WADAH PELANCAR NOVEMBER 2020

3

ANGKASA

Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ Perkasakan Ekonomi Sektor Koperasi

» Dato’ Abdul Fattah menyerahkan dokumen mengenai maklumat Pemerkasaan Ekonomi Gerakan Koperasi di Malaysia kepada Tuan Shahar Abdullah. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri); Datuk Ahmad Jamil Hashim (paling kiri) dan Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (paling kanan).

S atu sesi perbincangan antara ANGKASA dengan Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd Shahar Abdullah telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 5 Oktober 2020 bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan program pemerkasaan ekonomi koperasi. Menerusi kunjungan hormat ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, beberapa perkara mengenai isu pemerkasaan ekonomi koperasi telah dibincangkan termasuk Projek Barangan Asas (BA100) dan Projek Industri Jagung Bijian Negara. Menurut Dato’ Abdul Fattah, kedua-dua projek tersebut adalah prospek perniagaan baharu koperasi di

bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA yang berdaya saing bagi merealisasikan hasrat menjadikan sektor koperasi sebagai “ Third Driving Force Of Economy ” selaras dengan Aspirasi Dasar Ekonomi Baru. Pertemuan ringkas itu juga turut membawa hasrat ANGKASA yang mahu kerajaan melihat peranan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi negara menerusi Pembentangan Belanjawan Negara Tahun 2021 demi manfaat kepada lebih enam juta anggota. Selain itu, Dato’ Abdul Fattah turut menyuarakan hasrat supaya agensi-agensi kerajaan dapat memberikan sokongan khususnya dalam program-program pemerkasaan koperasi komuniti.

» Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd Shahar Abdullah.

Sementara itu, Tuan Mohd Shahar merakamkan penghargaan tinggi terhadap kepimpinan Dato’ Abdul Fattah dan kepimpinan tertinggi ANGKASA dalam memaju dan meletakkan ANGKASA sebagai Badan Puncak Koperasi negara yang disegani di persada negara dan antarabangsa. Usaha memperkasakan ekonomi anggota koperasi yang diperjuangkan ANGKASA ini katanya wajar dipuji dan beliau secara peribadi menyatakan akan terus memberi sokongan padu terhadap segala usaha ANGKASA untuk sektor koperasi secara keseluruhannya. Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama Tuan Shahar Abdullah. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri), Datuk Ahmad Jamil Hashim (paling kiri) dan Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (paling kanan).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease