WADAH PELANCAR NOVEMBER 2020

4

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Bantu Pertingkat Pelan Perdagangan BA100 Kerjasama KPDNHEP – ANGKASA

» Dr. Mohd Azlan Yahya menyampaikan barangan BA100 kepada Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol bin Wahid.

P elan perdagangan berasaskan projek Barangan Asas 100 (BA100) akan terus dilonjak ke tahap yang lebih tinggi melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol bin Wahid yang mengetuai sesi perbincangan bersama delegasi ANGKASA di pejabatnya di Putrajaya telah menyatakan persetujuan untuk membantu dengan membawa usul pemerkasaan projek BA100 ANGKASA dalam Mesyuarat Pos Kabinet Kementarian. Beliau juga turut mengusulkan cadangan agar projek BA100 dapat dipromosikan secara lebih holistik di peringkat domestik dan antarabangsa menerusi sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai delegasi ANGKASA turut menyuarakan hasrat agar KPDNHEP dapat memberikan sokongan lebih padu bagi sama- sama menyemarakkan potensi ekonomi sektor pemborongan dan peruncitan koperasi. Hadir sama dalam perbincangan

Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Besar Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ROBU Group, Raja Danir Ikram.

yang berlangsung pada 2 Oktober 2020 itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah bersama Dato’ Rosol bin Wahid.

» Antara produk koperasi yang berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease