ANGKASA 7 P elan Jangka Sederhana ANGKASA (2021-2030) akan lebih fokus kepada usaha memperkasa taraf serta mempertingkatkan penglibatan wanita dan belia dalam bidang keusahawanan melalui gerakan koperasi. Pelan tersebut yang diselaraskan sosioekonomi golongan B40 secara berstruktur dan sistematik turut mengambil kira 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), Wawasan Kemakmuran Bersama, Dasar Keusahawanan Nasional dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (2021-2025). Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (2021-2025) atau singkatannya, TRANSKOM, menggariskan langkah- langkah transformasi bagi memperkasa gerakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi rakyat. Pelan tersebut yang dirangka oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkumi lima bidang tujuan strategik, 20 langkah strategik dan 36 program serta aktiviti. ANGKASA telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat Validasi Pelan Hala Tuju ANGKASA 2050 untuk menyelaraskan Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2020. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, dasar yang tepat dan polisi yang fleksibel adalah salah satu prinsip utama tadbir urus yang baik bagi membolehkan gerakan koperasi bergerak ke arah landasan yang lebih kukuh dan masa hadapan yang lebih cerah. Katanya, semua pihak bermula dari kerajaan sehinggalah anggota koperasi mempunyai kepentingan untuk memastikan dasar dan polisi mendukung dan menjadi pemudah cara bagi koperasi menjalankan perniagaan. “Sebagai contoh, ANGKASA telah mencadangkan kepada kerajaan supaya koperasi diiktiraf setara dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana agar kita (koperasi) turut menikmati insentif yang selama ini diberikan kepada kumpulan tersebut,” ujarnya. Perbincangan meja bulat yang dihadiri oleh barisan Anggota Lembaga dan pengurusan ANGKASA turut menjemput panel pemikir daripada Institut Koperasi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Jabatan Perdana
PUISI
Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Malaysia Institute Economic Research (MIER), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) dan Far Legacy. Pelan Jangka Sederhana ANGKASA (2021-2030), yang mendukung tema “Koperasi Menjadi Pilihan Utama Menjalankan Perniagaan”, juga akan berusaha mengatasi jurang perolehan yang besar antara koperasi kluster besar dengan koperasi kluster mikro. Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah melaporkan sebanyak 276 koperasi kluster besar mencatatkan perolehan sejumlah RM43.6 bilion pada tahun 2019, manakala 12,179 koperasi kluster mikro telah merekodkan perolehan sejumlah RM295.7 juta.
Koperasi utamakan nilai berdikari, Kukuh kuat dalam diri sendiri. Gurindam Nilai-Nilai Koperasi
Setiap ahli mesti bertanggungjawab. Laksanakan tugas teliti dan cekap.
Amalkan juga sikap demokrasi, Saling membantu cekap bervisi.
Nilai kesamaan tetap diutamakan Dalam kerja amal dan kebajikan.
Barisan Anggota Lembaga Pelan Strategik ANGKASA 2017 – 2050
Laksana kesaksamaan dan keadilan, Itulah sebaik-baiknya jalan.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Dato’ Haji Kamarudin Ismail Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Dalam koperasi utamakan perpaduan, Kuat matlamat jadikan panduan.
Dr. Mohd. Azlan Yahya
Dato’ Haji Mohd. Shukree Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Kukuh kesetiaan dan bersatu hati, Bersatu teguh dan selalu perhati.
Senarai Panel Jemputan
Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) dan Pengarah Eksekutif Pusat Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr. Chandrakantan Subramaniam Pengarah Eksekutif Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia Encik Hariz Husin Timbalan Pengarah MIER Centre Social Infrastructure Research (Public Private Partnership), MIER Cik Sharina Abdullah Pengarah Kanan (Dasar & Strategi), Institut Koperasi Malaysia Puan Mazlina Mahmud Penolong Pengarah (Unit Perancang Ekonomi), Jabatan Perdana Menteri
Nilai etika sadik dan amanah, Jadi pegangan sepenuh hikmah.
Telus laksana tanggungjawab sosial, Dalam dunia di era digital.
Prihatin juga pada orang lain, Terutamanya pada golongan miskin.
Prinsip koperasi menjadi panduan, Bersatu hati dalam kehidupan.
Ambil berat terhadap masyarakat Bersatu erat kuat dan berpakat.
Unitar, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan E-mel: farha.alya@hotmail.com Penulis Pemenang Hadiah Tunas Cipta DBP 2018/2019 Farha Alya Binti Mohd. Fitri
Puan Rokiah Haron Penasihat Khas Far Legacy
Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease