8
ANGKASA
Urus Cukai Koperasi Secara Efektif Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
D alam usaha meningkat-kan pengetahuan ang-gota koperasi terhadap kepentingan ilmu percukaian, ANGKASA menerusi Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti (BPRTUI) telah mengadakan Program Pengiraan Cukai Koperasi bertempat di Hotel Taiping Perdana, Perak pada 28 September 2020 lalu. Program selama tiga hari tersebut yang dianjurkan bagi kali kedua dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyaksikan penyertaan seramai 60 koperator dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dalam ucapan perasmiannya menyatakan, anggota koperasi perlu dididik dalam bidang percukaian ke arah mening- katkan kesedaran, kefahaman pengurusan cukai yang lebih efisien dan pematuhan sistem percukaian dalam tadbir urus koperasi di Malaysia. Katanya, walaupun terdapat pengecualian dalam percukaian untuk koperasi, namun
» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan berucap di majlis perasmian Program Pengiraan Cukai Koperasi.
pengurusan koperasi perlu lebih memahami tentang pendekatan pengurusan percukaian dalam koperasi. Beliau berkata, program seperti ini juga amat bermanfaat kepada peserta kerana dapat membuka ruang lebih luas dalam membangun dan menyediakan kapasiti modal insan. Seterusnya, mereka akan dapat membantu
» Petugas LHDN mengedarkan Borang Pendaftaran Nombor Cukai Pendapatan Koperasi.
» Peserta mengemukakan soalan kepada penceramah.
menguruskan secara lebih efisien, sekaligus dapat membantu meningkatkan manfaat koperasi melalui pengecualian cukai bagi faedah yang lebih menyeluruh. cukai koperasi Hari ketiga program menyaksikan sesi dialog yang disertai tiga panel terdiri daripada Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Pengarah III, Cawangan Pembayar Cukai Besar merangkap Pengarah Bahagian Pungutan & Fungsi Am, Encik Azhar Husin dan Pengurus Besar BPRTUI, Encik Mohd Ismail Ibrahim yang dikendalikan moderator iaitu Pengerusi JPAN Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin. Antara isu dan persoalan yang dikemukakan peserta ialah keperluan setiap koperasi membuat pendaftaran cukai, kebimbangan koperasi baru yang mendaftar cukai dikenakan denda/penalti bagi tahun sebelumnya dan cadangan menganjurkan ‘Klinik Cukai’ kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan koperasi untuk mengira cukai koperasi. Hadir sama dalam majlis perasmian program tersebut ialah Pengerusi Jawatan- kuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengerusi JPAN Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dan Pegawai Kanan Subseksyen Amanah Dan Koperasi Cawangan Pembayar Cukai Besar, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Kuala Lumpur, Encik Rosman Sapi.
Kadar Cukai Koperasi
PENDAPATAN BERCUKAI (RM)
TAHUN TAKSIRAN (2014)
TAHUN TAKSIRAN (2015 - 2020)
1 - 30,000 30,001 - 60,000 60,001 - 100,000 100,001 - 150,000 150,001 - 250,000 250,001 - 500,000 500,001 - 750,000 Melebihi 750,000
0% 5%
0% 5%
10% 15% 20% 22% 24% 25%
10% 15% 18% 21% 23% 24%
Pengecualian Cukai Koperasi
Selepas 5 tahun tamat, jika kumpulan wang ahli pada hari pertama tempoh asas kurang daripada RM750,000.
5 tahun pertama mulai dari tarikh pendaftaran koperasi tersebut.
1
2
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease