WADAH PELANCAR NOVEMBER 2020

ANGKASA 9 Honorarium : Penghargaan Kepada Anggota Lembaga Koperasi Sekolah

Berita disumbang oleh : CIKGU KAMILAH MOHAMED NOOR SETIAUSAHA KOPERASI

» Tetamu kehormat yang hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi SMK Mantin Berhad iaitu dari kiri Yang Dipertua PIBG SMK Mantin, Encik Gani Md Daud; Pengetua SMK Mantin, Haji Zahari Dato’ Wira Haji Lon; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengarah SKM Negeri Sembilan, Encik Latib Talib dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah.

» Dato’ Haji Kamarudin menyampaikan Anugerah Koperator Guru Terbaik kepada Puan Norlaili Hassan.

K operasi sekolah digalakkan supaya memberi penghargaan dalam bentuk honorarium lebih tinggi kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagai penghargaan selain galakan kepada mereka untuk terus berjuang meningkatkan unjuran prestasi koperasi. Timbalan Presiden ANGKASA yang juga Anggota Lembaga ICA, Dato’ Kamarudin Ismail berkata, honorarium tersebut juga adalah sebagai tanda terima kasih atas sumbangan kepada mereka yang terlibat dan boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus memajukan koperasi sekolah.

Katanya, Koperasi SMK Mantin Berhad banyak membantu memberi sumbangan kepada sekolah melalui hasil daripada keuntungan yang diperoleh. Antaranya adalah seperti menyediakan kemudahan kipas angin wakaf dan bangku untuk kemudahan pelajar berehat atau sewaktu kehadiran ibu bapa. Bagi meningkatkan jumlah pendapatan, beliau juga turut mencadangkan supaya koperasi membuka lebih banyak kios jualan seperti kebanyakan koperasi lain, selain mencadangkan saham minimum pelajar dan guru dinaikkan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke- 27 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin Berhad yang berlangsung pada 30 September 2020. Seramai 473 pelajar, guru dan kakitangan hadir pada mesyuarat tersebut. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan, Encik Abd Latib Talib; Yang Dipertua PIBG SMK Mantin, Encik Abdul Gani Md Daud dan Pengetua SMK Mantin, Haji Zahari Dato’ Wira Haji Long.

» Koperator Siti Sufia Nasuha Mohamad menyerahkan buku kehadiran pelawat kepada Dato’ Haji Kamarudin diperhatikan oleh koperator Nur Adrieana Zam Mohammad Kinal.

» Sebahagian anggota Koperasi SMK Mantin Berhad yang menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-27.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease