MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
DISEMBER 2020 JILID: WP02 / 12
ANGKASACoop
www.angkasa.coop RM1.00
Perdana Menteri Sedia Ruang Bantu Koperasi
Pelbagaikan Perniagaan Tanpa Halangan
Oleh: HALIM HAJI IBRAHIM
Sektor koperasi mampu berkembang secara mampan sekiranya semua pihak memberikan peluang dan ruang kepada koperasi meneroka pelbagai perniagaan tanpa halangan dan sekatan. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia, 24 November 2020. Beliau yang diiringi oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya berkata, Anggota Lembaga Koperasi yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman, mampu menjalankan perniagaan dengan baik. “Berilah ruang dan peluang kepada koperasi untuk ‘bermain di padang yang sama’ seperti yang dinikmati oleh sektor PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhaha),” katanya. Menurut beliau lagi, koperasi adalah wadah untuk memastikan kelestarian sosioekonomi masyarakat di pelbagai peringkat tanpa mengira bangsa, kumpulan pendapatan isi rumah dan lokaliti masyarakat. “Koperasi diyakini mampu meningkatkan sosioekonomi masyarakat selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menjadi agenda utama kerajaan,” ujar beliau. Pada pertemuan tersebut, ANGKASA telah menyerahkan beberapa cadangan untuk memperkasa gerakan koperasi sebagai dokumen yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. YAB Perdana Menteri juga turut menyatakan sokongan beliau untuk membantu gerakan koperasi supaya dapat bergerak secara aktif dalam usaha mewujudkan keterangkuman ekonomi secara bersama.
» YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin meneliti laporan perkembangan perniagaan sektor koperasi yang dikemukakan oleh Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
» YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin dan Dato’ Abdul Fattah Abdullah.
2
ANGKASA
ANGKASA - KSN Sepakat Tingkatkan Pencapaian Koperasi Sektor Kerajaan
ANGKASA berharap agar satu kata sepakat dapat dicapai untuk sama- sama meningkatkan pencapaian ekonomi koperasi di bawah pelbagai agensi kerajaan dan anak syarikat milik kerajaan menerusi layanan dan pendekatan mesra koperasi. Demikian antara inti pati perbincangan antara Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali semasa sesi kunjung hormat ANGKASA ke pejabat KSN di Putrajaya. Menurut Dato’ Abdul Fattah, kerjasama dan sokongan oleh ketua-ketua jabatan sangat penting dengan memberi lebih ruang serta peluang kepada koperasi di bawah agensi masing-masing agar dapat memainkan peranan secara lebih efektif bagi membantu meningkatkan sosioekonomi anggota koperasi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan. Katanya lagi, beberapa rancangan ekonomi boleh dirangka dan dilaksanakan oleh koperasi di bawah sektor kerajaan seperti menubuhkan taska selain cadangan untuk memanjangkan tempoh potongan gaji kakitangan kerajaan melalui ANGKASA. Selain bertukar-tukar pendapat dan cadangan, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai usaha yang boleh dilakukan bagi melaksana projek Barangan Asas 100 (BA100) di setiap kedai koperasi. Hadir sama dalam kunjung hormat itu ialah Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Mohd. Alias Hamzah dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
» Dari kanan, Dato’ Mohd. Alias Hamzah, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Ahmad Jamil Hashim.
Dari Meja Presiden ANGKASA
pembangunan gerakan koperasi terutamanya untuk membantu memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Dalam kesempatan ini juga, saya secara peribadi ingin mengucapkan selamat maju jaya dan berdoa agar
H asrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk merubah taraf hidup 80 peratus anggota koperasi yang ketika ini berada pada kelompok B40 kepada M40, merupakan satu inisiatif murni yang wajar dipuji dalam usaha kerajaan untuk menggerak dan melestari gerakan koperasi ke satu tahap yang lebih meyakinkan. Seiring dengan bajet 2021 yang diperuntukkan bagi membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran melalui inisiatif MEDAC, saya amat menghargai usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan berharap
agar ia dapat memberi pulangan dan aspirasi yang lebih meyakinkan. ANGKASA juga sedia membantu kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut menerusi langkah transformasi koperasi yang akan dijalankan dengan matlamat perkongsian kemakmuran antara koperasi dengan anggota. Namun, kita juga sangat berharap agar Belanjawan 2021 yang diperuntukkan kepada MEDAC dapat disalurkan dengan kapasiti yang secukupnya untuk sektor koperasi. Ia sangat penting bagi menjana program
gerakan koperasi terus memberikan daya saing dalam mengharungi tahun yang mendatang. Selamat menyambut tahun baharu 2021.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkifli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3
ANGKASA
Oleh : RAHMAT MOHD DID Pelbagaikan Strategi Perniagaan Koperasi
SAJAK
Syair Koperasi
Awal bismillah pembuka kata, izin bermadah bersyair mutiara, akan zahirnya muafakat sesama, bulat perkara berpayung ANGKASA. Dalam koperasi bahu membahu, barang yang susah segera dibantu, ekonomi rakyat digembleng dipacu, demikianlah asbab negara maju. Prinsip muafakat asas koperasi, kesejahteraan ummah pasak bersendi, warga koperasi dibimbing diri melahirkan ahli yang berinovasi. Ilmu kewangan sebagai panduan untuk koperasi menuju kejayaan, tadbir urus ANGKASA perkasakan, agar koperasi maju kehadapan. Negara maju matlamat utama, warga koperasi bijak laksana, bersatu hati membina upaya, koperasi berjaya itu dicita.
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan BA100 kepada Puan Zamanila Tukimin.
Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, cabaran pandemik Covid-19 telah menjejaskan sektor ekonomi. Apabila perniagaan oleh koperasi dirancang secara lebih berstruktur, produk atau perkhidmatannya menepati kehendak pasaran semasa, ekonomi koperasi mampu kekal kukuh dan berjaya. Menurut beliau, usaha ini juga seiring dengan objektif Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu ‘Memastikan pemulihan serta kelestarian operasi perniagaan usahawan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19’. ANGKASA juga katanya sedia membantu mana- mana koperasi ahli ANGKASA yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti produk, memperbaiki jenama dan pelabelan serta mencapai mutu dan piawaian pasaran menerusi platform 100 Product Champion selain diberi peluang untuk memasarkan produk Koperasi perlu mempelbagaikan strategi perniagaan dan berubah mengikut keperluan semasa demi memastikan kelangsungan dan kelestarian gerakan koperasi.
mereka menerusi kedai koperasi dengan menggunakan platform projek Barang Asas 100 (BA100). Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian kepada media sewaktu hadir menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100) kepada anggota koperasi wanita di sekitar daerah Gombak. Sumbangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada misi tanggungjawab sosial Koperasi (CSR) di bawah payung CoopCare merupakan sebahagian daripada peruntukan CSR ANGKASA sebanyak RM2 juta bagi meringankan beban anggota koperasi serta masyarakat keseluruhannya. Sebanyak 100 pek barangan keperluan asas bernilai RM7,000 telah diagihkan dalam majlis tersebut dan diterima oleh Pengerusi Koperasi Wanita dan Ibu Tunggal Selangor Berhad (WITUS), Puan Zamanila Tukimin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Koperasi WITUS, Tuan Ibrahim Johari dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
14 Oktober 2020, Shah Alam Penulis bebas sepenuh masa dalam genre puisi, esei dan cerpen. Penerima Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 bagi Kategori Esei dan Kritikan Sastera Terbaik menerusi esei ‘Catatan di Bumi Anoa: Membangun Tekad Budaya’. Rosman Md Shah
4
WAWANCARA
Kejayaan dan prestasi cemerlang Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menceburi kepelbagaian bidang perniagaan berupaya memberi impak yang lebih besar kepada peningkatan ekonomi koperasi ahli dan anggota. Dengan kepelbagaian bidang keberhasilan yang telah meraih kejayaan memberangsangkan, ia sekaligus telah berjaya menjadi penyumbang bermakna kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Tonggak kejayaan KPF selama ini adalah faktor kesetiaan peneroka, barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang komited serta kekuatan sistem pengurusan KPF yang berkaliber dan disegani. Ikuti temu bual wakil PELANCAR bersama Pengerusi KPF, Dato’ Amir Hamdan Yusof mengenai pencapaian, sasaran, strategi perniagaan dan harapan beliau terhadap kelestarian kecemerlangan KPF pada masa hadapan. Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Perniagaan KPF Simbol Kekuatan Peneroka
» Pengerusi KPF, Dato’ Amir Hamdan Yusof.
Bagaimana pencapaian yang diraih KPF sehingga kini? Sejak penubuhan KPF pada 1 Julai 1980 iaitu 40 tahun yang lalu, kejayaan paling besar ialah KPF berjaya menjadikan semua peneroka/koperasi dan hampir keseluruhan warga kerja Kumpulan FELDA menjadi anggota KPF seramai 257,728 (2019) serta berjaya mengumpulkan modal syer berjumlah RM2.34 bilion (akhir tahun 2019). Kumpulan peneroka tersebut merupakan 88 peratus daripada jumlah anggota menguasai 74 peratus daripada modal syer tersebut. Jumlah dividen terbesar yang pernah dibayar oleh KPF (termasuk dividen khas) ialah pada tahun 2013 berjumlah RM378.9 juta. Selama 37 tahun (1981-2018), KPF berjaya mengekalkan bayaran dividen yang baik kepada anggotanya dengan purata 13.7 peratus dengan merekodkan dividen tertinggi sebanyak 18 peratus. Di samping itu, jumlah pelaburan KPF juga meningkat sehingga RM4.1 bilion pada akhir tahun 2019. Apakah bentuk-bentuk pelaburan dan perniagaan yang dijayakan oleh KPF? bidang keberhasilan utama dalam portfolio pelaburan dan perniagaannya berjumlah RM4.1 bilion merangkumi aktiviti KPF mempunyai lima perladangan iaitu sawit dan BTS, hartanah, pelaburan korporat, pasaran modal dan perkhidmatan kewangan iaitu Ar-Rahnu dan pembiayaan. Pelaburan KPF terus berkembang dengan menceburi sektor Perladangan Sawit di Samarahan (15,366.76 hektar) dan Gua Musang (5,334.1 hektar) bernilai RM1.33
bilion, Pelaburan Hartanah (termasuk Hotel Tenera di Bangi) bernilai RM1.26 bilion dan Perkhidmatan Kewangan (Ar Rahn sebanyak 36 cawangan dan pembiayaan) bernilai RM175.52 juta selain Pelaburan Korporat dan Pasaran Modal. Sebagai peneraju dalam Gerakan Koperasi Negara, bagaimana KPF melihat sasaran pada masa hadapan khususnya dalam bidang pelaburan? KPF telah menyediakan Pelan Induk Rancangan Kerja Lima Tahun (2021-2025) dengan menyasarkan perolehan RM1 bilion menjelang tahun 2025. Menerusinya, beberapa bidang baharu keberhasilan dan pendekatan yang berdaya maju telah dikenalpasti seperti pembekalan anak benih sawit; pemasaran produk dan perkhidmatan secara virtual mart; pembelian buah kelapa sawit daripada peneroka; perkhidmatan urus bangunan; perniagaan jual beli emas dan perkhidmatan urus ladang serta penternakan komersil. Apakah perancangan jangka panjang KPF dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar dalam merencana strategi perniagaan berimpak tinggi bagi memastikan KPF terus berdaya saing? Rancangan Kerja Lima Tahun KPF menyediakan pelan strategik menjurus kepada norma baharu dalam penyediaan perkhidmatan dan produk termasuk digitalisasi dalam perniagaan bagi merealisasikan perolehan RM1 bilion menjelang tahun 2025. KPF memberi fokus kepada bidang- bidang keberhasilan atau aktiviti perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang baik dalam tempoh jangka pendek dan sederhana serta Economic Proof . KPF juga turut menjalin
usahasama strategik dengan gerakan koperasi atau pemain industri yang sesuai dalam usaha meneroka pelaburan yang berskala besar bagi meminimakan risiko dan mendapatkan kepakaran luar. Apakah harapan yang ingin Dato’ sampaikan demi kemajuan KPF, anggota dan semua warga FELDA secara keseluruhannya? Saya menaruh keyakinan dan harapan agar KPF mampu bangun semula dan mengembalikan kegemilangannya dengan mengekalkan amalan integriti yang ada, mengembalikan kepercayaan dan keyakinan anggota di samping mencari keberkatan dalam setiap aktiviti yang diceburinya. Dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, KPF perlu mengatur strategi untuk bergerak bersama anggota untuk membantu menambah pendapatan bulanan mereka selain pulangan dividen tahunan. Anggota akan menjadi sebahagian daripada rakan kongsi atau rakan niaga KPF dengan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kerja, peluang perniagaan, peluang perkerjaan, pemasaran dan pendidikan. Kini, usaha menjadikan koperasi-koperasi rancangan sebagai agen pembelian BKS, kedai koperasi menjadi pengedar/peruncit produk keluaran KPF Trading & Niaga telah pun bermula secara berperingkat. Anggota juga boleh menjadi pembekal barangan kepada Kedai Serbaneka/Mesra di semua rangkaian Stesen Petrol KPF Niaga. KPF melihat pendekatan ini mampu menjana pendapatan tambahan kepada anggota di samping melahirkan anggota sebagai usahawan.
5
KOPERASI
KPF Sasar Perolehan RM1 Bilion Menjelang 2025
KPF juga melalui anak syarikat akan dan pergudangan untuk menjadi pembekal barangan utama kepada koperasi-koperasi di rancangan FELDA. Bagi syarikat kumpulan iaitu syarikat subsidiari, memperluaskan aktiviti pemborongan aktiviti perniagaan difokuskan kepada yang boleh menjana perolehan dalam masa yang singkat dan sederhana. Koperasi yang menjadi anggota KPF mempunyai peluang untuk bersama-sama KPF menjalankan aktiviti perniagaan supaya dapat meningkatkan sosioekonomi melalui aktiviti pembelian BTS, tanam semula dan aktiviti pemborongan, yang mana koperasi yang terlibat dapat menjalankan perniagan melalui modal kerja yang disediakan oleh KPF.
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Ketua Pegawai Eksekutif KPF, Hajah Sakinah Salleh.
» Hotel TENERA di Bangi milik KPF.
Dengan peningkatan pemilikan modal syer daripada RM300,000 kepada RM2.3 bilion serta pegangan aset yang kini berjumlah RM4.3 bilion, ia membuktikan KPF sebuah koperasi yang kompeten sekaligus kekal relevan dan cemerlang bersama anggota. Ketua Pegawai Eksekutif KPF, Hajah Sakinah Salleh komited dengan perancangan ekonomi yang dirangka melalui projek-projek baharu dan projek sedia ada bagi memberi peluang kepada koperasi Koperasi Permodalan FEDA Malaysia Berhad (KPF) menyasarkan perolehan sebanyak RM1 bilion menjelang tahun 2025 menerusi kepelbagaian bidang keberhasilan ekonomi yang kini rancak dilaksanakan.
Pencapaian KPF yang berjaya mempamerkan kedudukan terbaik di peringkat negara dan antarabangsa menjadi pembakar semangat kepada barisan kepimpinan dan pengurusan KPF serta warga FELDA secara keseluruhannya untuk terus mengukir kejayaan sekaligus menjadi contoh dan model terbaik dalam sektor koperasi bersaing dengan syarikat- syarikat luar dalam perniagaan.
ahli KPF dan anggota-anggota KPF meningkatkan pendapatan. Katanya, projek-projek ekonomi berdaya saing yang difokuskan KPF ini adalah bersesuaian dengan keadaan norma baharu masa kini kerana segala aktiviti melibatkan kos yang sudah diubah suai supaya boleh menjana pulangan yang baik pada masa sekarang. Antara projek-projek baharu yang kini sedang giat dilaksanakan termasuk urusniaga Buah Tandan Segar (BTS) melibatkan usahasama dengan Pertubuhan Peneroka dan Koperasi Rancangan dan Program Pembangunan Peneroka (PPP) iaitu projek ternakan dan pertanian pintar seperti cili fertigasi, arnab pedaging, cendawan dan sayuran. Projek-projek lain adalah seperti pembinaan perumahan buruh ladang dan pengkomersilan hasil bumi FELDA.
» Bangunan Wisma KPF Samarahan.
» Ladang kelapa sawit milik KPF.
6
RENCANA
Membangunkan Komuniti Melalui Koperasi Desa Lestari
Oleh : MOHAMAD HANIFF BIN MOHAMAD HASHIM Sektor Keusahawanan dan Perniagaan Institut Koperasi Malaysia
Pengenalan Program Desa Lestari di bawah Government Transformation Programe 2.0 merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam mentransformasikan desa menjadi sebuah kawasan yang maju dengan penduduk yang berpendapatan tinggi. Objektif utama penubuhan Desa Lestari adalah untuk meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung. Tujuan lain ialah untuk memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang meningkatkan pendapatan penduduk kampung.
Antara skop perniagaan dalam membangunkan konsep Desa Lestari ini ialah pelancongan desa, peruncitan, pertanian dan penternakan, dan perkhidmatan jentera perladangan. Desa Lestari yang dipilih diwajibkan untuk menubuhkan koperasi dan melaksanakan projek yang bermanfaat kepada komuniti. Kesemua bidang perniagaan yang disaran dijalankan dalam Kampung Desa Lestari adalah selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2010-2020 iaitu pelancongan, peruncitan, pertanian dan penternakan, dan perladangan. Justeru, konsep ini bertepatan dan perniagaan tersebut akan dijalankan melalui koperasi. Konsep ini didokong oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekaligus meningkatkan potensi kejayaan perniagaan yang dijalankan. Sejarah dan Perkembangan Program Desa Lestari Program Desa Lestari bermula pada tahun 2013 dengan pelantikan 29 kampung di seluruh Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM54,027,432. Sehingga April 2018, terdapat 105 buah kampung telah dilantik dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM106,571,371. Negeri yang paling banyak dipilih menjadi Desa Lestari ialah Pahang (11 kampung) diikuti dengan Johor dan Sabah (10 kampung). Semenjak program ini dijalankan, Negeri Pahang juga adalah penerima peruntukan tertinggi untuk program tersebut. Peningkatan kampung yang memenuhi konsep Desa Lestari ini terus meningkat dan dana yang diperuntukkan juga sangat besar. Peruntukan yang diberi akan disalurkan melalui agensi di bawah KPLB seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Koperasi yang telah ditubuhkan di setiap kampung terpilih akan diberikan dana untuk menjalankan projek. Dana tersebut akan diberikan melalui koperasi yang ditubuhkan dan kebanyakan kampung tersebut akan menjalankan aktiviti inap desa, kedai runcit, menjalankan aktiviti pengangkutan dan lain-lain. Aktiviti Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Koperasi Desa Lestari
Kesemua bidang perniagaan yang disaran dijalankan dalam Kampung Desa Lestari adalah selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2010-2020 iaitu pelancongan, peruncitan, pertanian dan penternakan, dan perladangan.
Kampung Ulu Lebong Baling Berhad, Koperasi Homestay Kampung Peruas Raub Berhad dan Koperasi Kampung Tok Dor Peroh Hulu Terengganu Berhad. b. Sewaan Pengangkutan Aktiviti sewaan pengangkutan mempunyai potensi yang besar kepada kampung Desa Lestari ini. Ini kerana melalui pembelian van, kereta dan bas oleh koperasi, ia dapat memudahkan urusan masyarakat kerana boleh pergi ke bandar dengan lebih mudah, memudahkan urusan hantar dan balik anak orang kampung dan menghantar tanaman kepada pemasar. Ini telah memudahkan urusan seharian penduduk kampung kerana tidak perlu bergerak jauh dan menjimatkan masa dan tenaga mereka. Antara koperasi yang mengangkut hasil tanaman ke kilang ialah Koperasi Kampung Tellian Tengah dan Ulu Mukah Berhad. Koperasi mengangkut rumbia dan arang batu ke kilang kerana koperasi mempunyai sebuah lori berkren dan sepuluh buah lori 20 tan. Koperasi Wawasan Pasir Gajah Kemaman Berhad mempunyai lori untuk kegunaan sewaan. Koperasi Pembangunan Kampung Ulu Lebong Baling Berhad pula menjalankan pengangkutan van untuk menghantar pelajar dan orang kampung ke sekolah dan bandar. Antara Koperasi Desa Lestari yang menjalankan aktiviti van penumpang ialah Koperasi Gerakan Daya Wawasan Padang Besar Selatan Perlis Berhad. c. Jentera dan Mesin Banyak aktiviti industri hiliran dijalankan di kampung Desa Lestari ini. Sebagai contoh, ada kampung yang menanam sawit, getah, padi, hasil perkebunan, menternak ikan air tawar, membuat produk industri kampung dan lain-lain. Disebabkan itu, terdapat koperasi yang telah membeli jentera untuk kegunaan
a. Madu Kelulut Aktiviti madu kelulut merupakan satu perniagaan komuniti yang melibatkan masyarakat setempat. Perniagaan ini tampak mudah diusahakan secara komunititi kerana hanya perlu meletakkan koloni kelulut di pokok dan melibatkan kos yang sederhana. Sebagai contoh, harga untuk membeli 50 koloni atau sarang kelulut melibatkan anggaran kos sebanyak RM65,000. Kelulut juga merupakan spesis lebah yang tidak menyengat menjadikannya lebih mudah dikendalikan berbanding lebah biasa. Permintaan yang banyak untuk madu ini adalah disebabkan kesedaran masyarakat yang amat tinggi akan khasiatnya selain rasanya yang berbeza iaitu masam dan manis berbanding madu biasa. Antara Koperasi Desa Lestari yang menjalankan aktiviti penternakan madu kelulut ialah Koperasi Desa Lestari 1 yang terletak di Kampung Paloh, Gua Musang. Koperasi ini juga menjalankan Pusat latihan penternakan kelulut dan merupakan pusat pengeluaran madu pertama di Gua Musang. Antara koperasi lain yang menjalankan aktiviti penternakan madu kelulut ini ialah Koperasi Pembangunan Kelulut juga merupakan spesis lebah yang tidak menyengat menjadikannya lebih mudah dikendalikan berbanding lebah biasa. Permintaan yang banyak untuk madu ini adalah disebabkan kesedaran masyarakat yang amat tinggi akan khasiatnya selain rasanya yang berbeza seperti iaitu masam dan manis berbanding madu biasa.
7
RENCANA
untuk disewakan manakala Koperasi Kampung Relong Berhad menjalankan pemprosesan mi dan pertanian Rock Melon.
Aktiviti sewaan pengangkutan mempunyai potensi yang besar kepada kampung Desa Lestari ini. Ini kerana melalui pembelian van, kereta dan bas oleh koperasi, ia dapat memudahkan urusan masyarakat kerana boleh pergi ke bandar dengan lebih mudah, memudahkan urusan hantar dan balik anak orang kampung dan menghantar tanaman kepada pemasar. masyarakat seperti back hoe , mesin menuai padi, mesin memproses mi dan lain-lain. Komitmen koperasi untuk membeli jentera dan mesin ini menunjukkan peranan koperasi yang memudahkan urusan seharian dan memenuhi keperluan masyarakat setempat. Antara contoh koperasi yang membeli jentera dan mesin untuk kegunaan masyarakat ialah Koperasi Gerakan Desa Wawasan Kampung Paya Guring Perlis Berhad membeli back hoe untuk disewakan orang kampung. Koperasi Gerakan Daya Wawasan Padang Besar Selatan Perlis Berhad pula membeli mesin menuai padi
Manfaat utama konsep Desa Lestari ini ialah dana yang diperuntukkan untuk membeli barangan atau mesin seperti jentera, mesin, produk dan perkhidmatan, dan lain-lain diberikan oleh KPLB melalui koperasi. Ini kerana melalui koperasi, pembangunan dan penglibatan penduduk untuk melakukan projek ekonomi akan terangkum dan komprehensif sekaligus meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.
Kesimpulan
Program Desa Lestari merupakan satu program meningkatkan taraf hidup sosioekonomi setempat. Tujuan dan objektif penubuhan koperasi dalam Desa Lestari perlu berkesinambungan agar projek ekonomi yang dijalankan akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Manfaat utama konsep Desa Lestari ini ialah dana yang diperuntukkan untuk membeli barangan atau mesin seperti jentera, mesin, produk dan perkhidmatan, dan lain-lain diberikan oleh KPLB melalui koperasi. Ini kerana melalui koperasi, pembangunan dan penglibatan penduduk untuk melakukan projek ekonomi akan terangkum dan komprehensif sekaligus meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.
Banyak aktiviti industri hiliran dijalankan di kampung Desa Lestari ini. Sebagai contoh, ada kampung yang menanam sawit, getah, padi, hasil perkebunan, menternak ikan air tawar, membuat produk industri kampung dan lain-lain. Disebabkan itu, terdapat koperasi yang telah membeli jentera untuk kegunaan masyarakat seperti back hoe , mesin menuai padi, mesin memproses mi dan lain-lain.
8
ANGKASA
Sorotan PERI
» Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat proudk Barangan Asas 100 (BA100) sewaktu menerima kunjungan ANGKASA di pejabat beliau di Putrajaya.
» Lebih 170 peserta dari 109 buah negara anggota ICA telah menghadiri Global Youth Forum (GYF) – Cooperative Entrepreneurship 2020 anjuran International Co-operative Alliance (ICA) dan dihoskan oleh ANGKASA pada 3 Februari 2020 di Kuching, Sarawak.
» Majlis perasmian cawangan baharu C Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada
» Sesi kunjung hormat Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco ke ibu pejabat ANGKASA pada 4 Februari 2020.
Tempoh Perintah Kawa cakna kepada
» Sebanyak 29 SKU keluaran 11 koperasi yang terlibat di bawah program ‘100 Product Champion’ akan dipasarkan di pasar raya Eccellente by Hao Mart di Kinex Mall, Singapura bermula Oktober 2020.
» Dato’ Abdul Fattah melihat kompos yang terhasil daripada sisa lebihan makanan melalui mesin pemprosesan kompos sewaktu merasmikan program Redirect: Bin to Garden Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam di Kajang, Selangor, 10 Januari lalu.
» Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) melancarkan Portal coopqurban.com versi mudah alih ( mobile ) bagi memberi kemudahan kepada orang ramai membuat tempahan dan bayaran korban tanpa perlu ke lokasi penyembelihan seiring dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
» ANGKASA meneruskan program amal kepada warga Muslim di Kemboja menerusi sumbangan tudung khususnya kepada pelajar, ibu tunggal dan fakir miskin. Inisiatif tersebut yang telah bermula sejak tahun 2018 adalah melalui kerjasama dengan Persatuan Wanita Islam Kemboja (CAMWA) dan Kemboja Business Network yang berpusat di Phnom Penh.
ANGKASA 9 ISTIWA 2020
» Lebih 30 produk makanan, minuman termasuk kraftangan keluaran lima buah koperasi di Sarawak telah dipersembahkan dalam program ‘Malaysian Coop Plate’ di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 27 dan 28 Februari 2020.
» Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Samsudin bergambar bersama produk Barangan Asas (BA100). Turut sama ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron (dua dari kiri).
Coop Farmasi di Bandar a 22 Jun 2020.
alan Pergerakan (PKP) tidak menghalang ANGKASA untuk terus a masyarakat menerusi Program Coopcare ANGKASA.
» Bertepatan dengan tema sambutan Sambutan Hari Kebangsaan 2020 iaitu ‘Malaysia Prihatin’, ANGKASA dengan Kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Program Coop Care Jom Derma Darah pada 10 September 2020 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
» Majlis Pelancaran Produk Mukmin 50+ Dan Flexi 68+ untuk sektor Koperasi, di Kedai RedCoop, Bangunan Glomac Kelana Jaya, 28 Ogos 2020.
10 RENCANA
SOROTAN PERISTIWA JPAN 2020
Sabah
Perak
Pahang Zon 1
» Lawatan Penanda Aras Anggota Jawatankuasa JPAN, kakitangan serta angggota koperasi Ke Kuching, Sarawak pada 4-6 Februari 2020 bertujuan untuk meninjau aktiviti dan meneroka peluang-peluang ekonomi yang berdaya maju.
» Bengkel Makanan Sejuk Beku anjuran Jawatankuasa Wanita ANGKASA Negeri Sabah yang diadakan di Sandakan, Sabah pada 14 Mac 2020 bagi memperkasa ekonomi koperasi dan anggota koperasi wanita selain memberi pendedahan mengenai peluang pasaran dan kemahiran menghasilkan produk makanan sejuk beku.
» Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak telah menyampaikan bantuan kepada 24 buah keluarga yang merupakan mangsa- mangsa banjir di kawasan Hilir Perak di Dewan Bandaran Teluk Intan pada 26 November 2020.
Pahang Zon 3
Pahang Zon 2
» Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Vanila Berhad di Temerloh pada 15 Ogos 2020 membuka era baharu dalam peluang pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka oleh koperasi komuniti secara integrasi melalui tanaman dan produk hiliran berasaskan vanilla.
» Lawatan Penanda Aras Anggota Jawatankuasa JPAN, kakitangan serta angggota koperasi Ke Kuching, Sarawak pada 4-6 Februari 2020 bertujuan untuk meninjau aktiviti dan meneroka peluang-peluang ekonomi yang berdaya maju.
Terengganu
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
» Taklimat dan Majlis Pelancaran Peluang Perniagaan Co-op Station Online Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad pada 12 Februari 2020. Program tersebut diadakan untuk koperasi yang mempunyai perniagaan kedai runcit dan berpotensi untuk dikembangkan secara dalam talian.
» Coop Farmasi milik Koperasi KEMAS Terengganu Berhad (KoKEMAS) yang beroperasi secara rasmi pada 30 Oktober 2020 di Pulau Kambing, Kuala Terengganu menjadi koperasi pertama di Terengganu menyertai Projek Pharma Wellness di bawah Program Pembangunan Perniagaan Koperasi ANGKASA.
» Sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dalam mendepani pandemik COVID-19, ANGKASA Negeri Sembilan berpeluang menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian kepada penghantar makanan yang juga petugas barisan hadapan, di bandar Seremban pada 23 April 2020.
RENCANA 11 SOROTAN PERISTIWA JPAN 2020
Perlis
Sarawak
Melaka
» Kursus Asas Gunting Rambut Wanita pada 10 November 2020 bertempat di Kolej Komuniti Arau, Perlis. Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan asas kepada koperator tentang panduan menggunting rambut di samping melahirkan usahawan koperasi khususnya dalam bidang berkaitan.
» Seramai 50 orang golongan asnaf di Masjid Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka menerima sumbangan daripada ANGKASA berbentuk barangan keperluan. Sumbangan diserahkan melalui Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Samsudin, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah pada 10 April 2020.
» Aktiviti pendakian Gunung Bung Jagui di Bau, Sarawak pada 31 Ogos 2020 sebagai simbolik pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 Malaysia.
Selangor
Johor
» Bengkel Asas Spa Menicure dan Pedicure pada 5 September 2020 bagi mendapatkan pendedahan mengenai kesihatan dan kecantikan diri serta kemahiran dalam bidang spa.
» Bengkel Asas Jurubekam Klinikal yang berlangsung pada 25 hingga 26 September 2020 di Johor Bahru bertujuan untuk membantu koperator mendalami ilmu jurubekam klinikal dan peluang perniagaan berkaitan.
Kedah
Wilayah Persekutuan
Kelantan
» Sesi Anugerah Kecemerlangan Koperator ANGKASA Wilayah Persekutuan 2020 semasa Majlis Makan Malam Tahunan ANGKASA Wilayah Persekutuan pada 28 Februari 2020.
» Program Cakna Dan Sumbangsih ANGKASA Kelantan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 20 April 2020.
» Sesi kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 27 Julai 2020 bagi membincangkan rancangan jangka panjang koperasi terutamanya dalam sektor peruncitan koperasi di negeri Kedah.
12 KOPERASI
4 K o p p e r a
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ KPMNJ Rancakkan Projek Berimpak Tinggi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) H O R
Berteraskan budaya kerja berprestasi tinggi, pengurusan berintegriti dengan produktiviti dan kecekapan yang memberangsangkan, Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) gigih meneroka usaha perniagaan baharu yang lebih berdaya maju demi kelestarian koperasi.
Dengan prospek terbuka luas melalui ekonomi digital yang semakin meluas pada masa kini, ia berupaya menambah ruang dan peluang buat KPMNJ untuk terus mengukir kecemerlangan bertunjangkan Prinsip Patuh Syariah serta pengawalan tahap risiko. Dalam usia 54 tahun ternyata satu tempoh yang cukup matang untuk KPMNJ terus mengorak langkah memperkasakan ekonomi anggota koperasi khususnya dan orang Melayu secara keseluruhannya. Menurut Pengerusinya, Haji Ahmad Daud, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi KPMNJ terus menjadi pembakar semangat untuk lebih berdaya saing sebaris koperasi berjaya lain seterusnya meneroka peluang baharu dalam bidang ekonomi. Beliau berkata, KPMNJ sentiasa mengambil perhatian dan menjangkakan persekitaran perniagaan yang mencabar pada masa hadapan selain optimis merebut peluang bagi memantapkan lagi sektor perniagaan sedia ada. Koperasi menggunakan segala sumber yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar untuk meningkatkan aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan seterusnya
meningkatkan
pertumbuhan
pulangan jangka panjang.
Sektor perladangan merupakan aktiviti utama koperasi menerusi pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) di Ladang KPMNJ Kahang, Ladang KPMNJ Sedili dan Ladang KPMNJ Panti yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan KPMNJ. Menyedari kekuatan koperasi bukan hanya bergantung dalam bidang perladangan semata-mata, KPMNJ berusaha mengembangkan sayap perniagaan kepada bidang lain yang dilihat mampu menjana pendapatan menerusi penglibatan dalam sektor hartanah, perkhidmatan teksi, Ar Rahnu, ternakan lembu dan mewujudkan syarikat subsidiari seperti Exercutive Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. (Exectravel), KPMNJ Utama Sdn. Bhd., KPMNJ Holdings Sdn. Bhd., KPMNJ Properties Sdn. Bhd., KPMNJ Gold Sdn. Bhd. dan Tema Viana Sdn. Bhd. Haji Ahmad berkata, aktiviti perniagaan melalui syarikat subsidiari Exectravel terus menjadi wadah untuk mengembangkan sektor pelancongan. Sektor hospitaliti terus dimantapkan dengan promosi lebih agresif bagi rangkaian Hotel De KPMJ
» Bangunan KPMNJ yang terletak di Jalan Segget, Johor Bahru.
» Hotel De KPMNJ Boutique.
dan pangsapuri yang dijangka siap pada tahun 2022. Selain itu, koperasi juga sedang mengusahakan farmasi yang terletak di Taman Kota Masai, Pasir Gudang bagi memberi manfaat
berpasukan yang tinggi untuk bersama-sama memajukan koperasi dan meletakkan koperasi sebaris dengan koperasi berjaya yang lain.
yang kini memiliki tiga cawangan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru; Jalan Nong Chik, Johor Bahru dan Taman Suria Muafakat, Johor Bahru. “ P r o j e k Pembangunan Hartanah Bercampur di atas tanah milik koperasi seluas 2.5 ekar terletak di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru kini sedang giat dijalankan dan bakal menempatkan rumah kedai, ruang pejabat
bekalan ubat kepada anggota koperasi dan komuniti setempat,” katanya ketika ditemui PELANCAR di Wisma KPMNJ di Jalan Segget, Johor Bahru, Johor. Beliau berkata, KPMNJamatmenghargai kerja keras serta sumbangan kumpulan pengurusan dan barisan Jawatankuasa Lembaga Koperasi yang bersikap profesional, berdedikasi dan memiliki semangat
Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) 50-B, Tingkat 5, Bangunan KPMNJ, Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-223 2050 Faks: 07-224 5501 E-mel: kpmnj@melayujohor.com Laman Web: http://www.melayujohor.com Facebook: www.facebook.com/grups/kpmnj
» Pengerusi KPMNJ, Haji Ahmad Daud menunjukkan plak, Sijil Penghargaan dan replika cek bernilai RM10,000 yang dimenangi KPMNJ dalam Anugerah 14 Koperasi Terbaik 2020.
13 KOPERASI
4 K o p p e r a
Tingkat Mutu Perkhidmatan Melalui Portal ‘MyKOPERKASA’
W A
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Barisan Anggota Lembaga KOPERKASA yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Fathi Hambali (empat dari kanan).
» Sijil dan trofi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Sarawak yang diterima oleh KOPERKASA pada Hari Koperasi Malaysia 2020.
» Cawangan Perkasa Ar-Rahnu di Wisma KOPERKASA bermula operasi pada bulan Jun 2011.
» Ibu pejabat KOPERKASA yang terletak di Jalan Simpang Tiga, Kuching. KOPERKASA turut mempunyai enam lagi cawangan iaitu di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.
Selain membolehkan anggotanya memeriksa baki akaun mereka secara dalam talian, portal tersebut juga turut menyajikan informasi berkaitan pembiayaan yang boleh dipohon oleh anggota. Menyedari akan persaingan yang sengit, KOPERKASA yang ditubuhkan pada 6 September 1949 dengan keanggotaan seramai 25,547 orang itu sentiasa mengkaji kadar keuntungannya apabila pesaing-pesaing menurunkan kadar pembiayaan. Fungsi-fungsi yang lain seperti fungsi permohonan pengeluaran wang secara dalam talian dan pembayaran secara terus ke akaun bank anggota akan turut dibangunkan untuk ‘MyKOPERKASA’. Sebahagian besar pendapatan koperasi adalah daripada produk- produk pembiayaan yang ditawarkan sekali gus membolehkannya mencatat prestasi yang baik. Pada penghujung tahun 2019, KOPERKASA menjana keuntungan sebanyak RM10.1 juta, peningkatan sebanyak 38 peratus daripada RM7.34 juta pada tempoh yang sama tahun 2018. Jumlah keseluruhan aset koperasi pula berkembang sebanyak 6.6 peratus sepanjang lima tahun iaitu daripada RM230.4 juta pada 2015 Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) berjaya meningkatkan mutu perkhid- matannya menerusi pembangu- nan portal ‘MyKOPERKASA’ se- bagai platform kepada seluruh anggotanya.
kepada RM245.7 juta pada 2019. Selain mengamalkan budaya ‘Jaga Wang Anggota’, faktor lain yang menyumbang kepada pencapaian positif koperasi adalah penerapan kefahaman nilai integriti, etika dan moral yang tinggi dalam kalangan barisan kepimpinan dan kakitangan. KOPERKASA memulakan operasi perniagaan Ar-Rahnu di Kuching sejak tahun 2011 iaitu ‘Perkasa Ar- Rahnu’ bermula daripada penyediaan premis, proses dan prosedur kerja sehinggalah ke peringkat pengurusan dan pembangunan sistem. Sehingga tahun kewangan 2019, nilai marhun yang diniagakan KOPERKASA adalah RM7 juta sekaligus menjana pendapatan berjumlah hampir setengah juta ringgit. Koperasi ini juga sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan Ar-Rahnu yang kedua di Miri pada suku pertama tahun 2021. Pengalaman luas KOPERKASA dalam perniagaan ini juga telah meyakinkan dua buah koperasi lain yang merancang untuk menjalankan operasi Ar-Rahnu mereka sendiri dan melantik KOPERKASA sebagai konsultan. Seperti pengusaha hotel yang lain, perniagaan hotel francais ‘Place2Stay’ yang dikendalikan oleh koperasi ini di Simpang Tiga, Kuching turut menerima tempias pandemik Covid-19. Setelah Perintah Kawalan PergerakanBersyaratdikuatkuasakan, KOPERKASA tidak menunggu lama untuk menarik semula pelanggan dengan menggiatkan promosi dan menawarkan diskaun terutama
kepada anggota koperasi.
Selain perhotelan, KOPERKASA juga mengorak langkah dalam bidang pembangunan hartanah dengan mem-bangunkan ‘Taman Koperkasa’ di Petra Jaya, Kuching. Menerusi projek tersebut, sebanyak 800 unit kediaman dan beberapa bangunan komersil akan dibina bermula tahun 2021.
Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) Wisma Koperkasa, 16-20, Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching, Sarawak. Tel. : 082-424596 E-mel: general@koperkasa.com.my Laman Web: http://www.koperkasa.com.my/
PRODUK PEMBIAYAAN KOPERKASA
14
PANGSAPURI SERVIS Lokasi di Bandar Kuantan
Pemandangan hebat (bandar raya / laut)
Pelbagai kemudahan sekeliling (bank, pasar raya dan lain-lain)
Sistem keselamatan lima peringkat
Saiz: 22’ x 70’ Bilik: 3 Bilik Air: 2
Yuran Guaman Percuma Pembiayaan 100% Tempahan hanya RM500 Pajakan 99 Tahun
15 KOPERASI
Oleh : SUBAIZAH BAHARUDDIN Pegawai ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 Ko-Makmur Rancang Tambah Cawangan Pasaraya Makmur Gold
Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) mengorak langkah dengan pembukaan sulung Pasaraya Makmur Gold di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan. Kejayaan ini adalah hasil inisiatif koperasi tersebut untuk melihat lebih banyak produk tempatan dapat berada di pasaran melalui saluran koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai sesi interaktif dan lawatan ke pasaraya tersebut pada 10 November 2020 memuji langkah proaktif koperasi tersebut yang bijak mengatur dan menjalankan perniagaan demi manfaat anggota dan masyarakat. Kunjungan beliau disambut barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pengurusan Ko-Makmur yang diketuai Pengerusinya, Tuan Hishamudin Abdullah. Menurut Tuan Hishamudin, Ko-Makmur dalam perancangan untuk menambah beberapa cawangan pasaraya Makmur Gold pada masa akan datang iaitu di sekitar Kotasas, Tanjung Lumpur dan Sungai Isap. Ko-Makmur yang ditubuhkan pada 26 Januari 2018 oleh sekumpulan belia mempunyai wawasan untuk menceburi bidang perniagaan yang berpotensi di seluruh negara khususnya di negeri Pahang. Selain pasaraya, Ko-Makmur juga turut aktif menjalankan aktiviti jual beli emas iaitu ‘Makmur Gold’ dan kini mempunyai cawangan di Kuantan, Bangi, Kelantan dan Terengganu. Menurut Tuan Hishamudin, Ko-Makmur berhasrat untuk menjadi peneraju kepada perniagaan emas dan Ar-Rahnu patuh syariah dengan rancangan untuk membuka 30 cawangan Makmur Gold di seluruh negara selain 30 buah Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) dalam tempoh tiga tahun. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain diiringi pegawai dan kakitangan JPAN Pahang Zon 1, Zon 2 dan Zon 3.
» Dato’ Abdul Fattah turut meninjau suasana di dalam Pasaraya Makmur Gold.
» Pasaraya Makmur Gold milik Ko-Makmur di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease