WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2020

10 RENCANA

SOROTAN PERISTIWA JPAN 2020

Sabah

Perak

Pahang Zon 1

» Lawatan Penanda Aras Anggota Jawatankuasa JPAN, kakitangan serta angggota koperasi Ke Kuching, Sarawak pada 4-6 Februari 2020 bertujuan untuk meninjau aktiviti dan meneroka peluang-peluang ekonomi yang berdaya maju.

» Bengkel Makanan Sejuk Beku anjuran Jawatankuasa Wanita ANGKASA Negeri Sabah yang diadakan di Sandakan, Sabah pada 14 Mac 2020 bagi memperkasa ekonomi koperasi dan anggota koperasi wanita selain memberi pendedahan mengenai peluang pasaran dan kemahiran menghasilkan produk makanan sejuk beku.

» Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak telah menyampaikan bantuan kepada 24 buah keluarga yang merupakan mangsa- mangsa banjir di kawasan Hilir Perak di Dewan Bandaran Teluk Intan pada 26 November 2020.

Pahang Zon 3

Pahang Zon 2

» Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Vanila Berhad di Temerloh pada 15 Ogos 2020 membuka era baharu dalam peluang pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka oleh koperasi komuniti secara integrasi melalui tanaman dan produk hiliran berasaskan vanilla.

» Lawatan Penanda Aras Anggota Jawatankuasa JPAN, kakitangan serta angggota koperasi Ke Kuching, Sarawak pada 4-6 Februari 2020 bertujuan untuk meninjau aktiviti dan meneroka peluang-peluang ekonomi yang berdaya maju.

Terengganu

Pulau Pinang

Negeri Sembilan

» Taklimat dan Majlis Pelancaran Peluang Perniagaan Co-op Station Online Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad pada 12 Februari 2020. Program tersebut diadakan untuk koperasi yang mempunyai perniagaan kedai runcit dan berpotensi untuk dikembangkan secara dalam talian.

» Coop Farmasi milik Koperasi KEMAS Terengganu Berhad (KoKEMAS) yang beroperasi secara rasmi pada 30 Oktober 2020 di Pulau Kambing, Kuala Terengganu menjadi koperasi pertama di Terengganu menyertai Projek Pharma Wellness di bawah Program Pembangunan Perniagaan Koperasi ANGKASA.

» Sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dalam mendepani pandemik COVID-19, ANGKASA Negeri Sembilan berpeluang menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian kepada penghantar makanan yang juga petugas barisan hadapan, di bandar Seremban pada 23 April 2020.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease