WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2020

12 KOPERASI

4 K o p p e r a

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ KPMNJ Rancakkan Projek Berimpak Tinggi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) H O R

Berteraskan budaya kerja berprestasi tinggi, pengurusan berintegriti dengan produktiviti dan kecekapan yang memberangsangkan, Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) gigih meneroka usaha perniagaan baharu yang lebih berdaya maju demi kelestarian koperasi.

Dengan prospek terbuka luas melalui ekonomi digital yang semakin meluas pada masa kini, ia berupaya menambah ruang dan peluang buat KPMNJ untuk terus mengukir kecemerlangan bertunjangkan Prinsip Patuh Syariah serta pengawalan tahap risiko. Dalam usia 54 tahun ternyata satu tempoh yang cukup matang untuk KPMNJ terus mengorak langkah memperkasakan ekonomi anggota koperasi khususnya dan orang Melayu secara keseluruhannya. Menurut Pengerusinya, Haji Ahmad Daud, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi KPMNJ terus menjadi pembakar semangat untuk lebih berdaya saing sebaris koperasi berjaya lain seterusnya meneroka peluang baharu dalam bidang ekonomi. Beliau berkata, KPMNJ sentiasa mengambil perhatian dan menjangkakan persekitaran perniagaan yang mencabar pada masa hadapan selain optimis merebut peluang bagi memantapkan lagi sektor perniagaan sedia ada. Koperasi menggunakan segala sumber yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar untuk meningkatkan aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan seterusnya

meningkatkan

pertumbuhan

pulangan jangka panjang.

Sektor perladangan merupakan aktiviti utama koperasi menerusi pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) di Ladang KPMNJ Kahang, Ladang KPMNJ Sedili dan Ladang KPMNJ Panti yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan KPMNJ. Menyedari kekuatan koperasi bukan hanya bergantung dalam bidang perladangan semata-mata, KPMNJ berusaha mengembangkan sayap perniagaan kepada bidang lain yang dilihat mampu menjana pendapatan menerusi penglibatan dalam sektor hartanah, perkhidmatan teksi, Ar Rahnu, ternakan lembu dan mewujudkan syarikat subsidiari seperti Exercutive Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. (Exectravel), KPMNJ Utama Sdn. Bhd., KPMNJ Holdings Sdn. Bhd., KPMNJ Properties Sdn. Bhd., KPMNJ Gold Sdn. Bhd. dan Tema Viana Sdn. Bhd. Haji Ahmad berkata, aktiviti perniagaan melalui syarikat subsidiari Exectravel terus menjadi wadah untuk mengembangkan sektor pelancongan. Sektor hospitaliti terus dimantapkan dengan promosi lebih agresif bagi rangkaian Hotel De KPMJ

» Bangunan KPMNJ yang terletak di Jalan Segget, Johor Bahru.

» Hotel De KPMNJ Boutique.

dan pangsapuri yang dijangka siap pada tahun 2022. Selain itu, koperasi juga sedang mengusahakan farmasi yang terletak di Taman Kota Masai, Pasir Gudang bagi memberi manfaat

berpasukan yang tinggi untuk bersama-sama memajukan koperasi dan meletakkan koperasi sebaris dengan koperasi berjaya yang lain.

yang kini memiliki tiga cawangan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru; Jalan Nong Chik, Johor Bahru dan Taman Suria Muafakat, Johor Bahru. “ P r o j e k Pembangunan Hartanah Bercampur di atas tanah milik koperasi seluas 2.5 ekar terletak di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru kini sedang giat dijalankan dan bakal menempatkan rumah kedai, ruang pejabat

bekalan ubat kepada anggota koperasi dan komuniti setempat,” katanya ketika ditemui PELANCAR di Wisma KPMNJ di Jalan Segget, Johor Bahru, Johor. Beliau berkata, KPMNJamatmenghargai kerja keras serta sumbangan kumpulan pengurusan dan barisan Jawatankuasa Lembaga Koperasi yang bersikap profesional, berdedikasi dan memiliki semangat

Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) 50-B, Tingkat 5, Bangunan KPMNJ, Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-223 2050 Faks: 07-224 5501 E-mel: kpmnj@melayujohor.com Laman Web: http://www.melayujohor.com Facebook: www.facebook.com/grups/kpmnj

» Pengerusi KPMNJ, Haji Ahmad Daud menunjukkan plak, Sijil Penghargaan dan replika cek bernilai RM10,000 yang dimenangi KPMNJ dalam Anugerah 14 Koperasi Terbaik 2020.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease