13 KOPERASI
4 K o p p e r a
Tingkat Mutu Perkhidmatan Melalui Portal ‘MyKOPERKASA’
W A
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Barisan Anggota Lembaga KOPERKASA yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Fathi Hambali (empat dari kanan).
» Sijil dan trofi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Sarawak yang diterima oleh KOPERKASA pada Hari Koperasi Malaysia 2020.
» Cawangan Perkasa Ar-Rahnu di Wisma KOPERKASA bermula operasi pada bulan Jun 2011.
» Ibu pejabat KOPERKASA yang terletak di Jalan Simpang Tiga, Kuching. KOPERKASA turut mempunyai enam lagi cawangan iaitu di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.
Selain membolehkan anggotanya memeriksa baki akaun mereka secara dalam talian, portal tersebut juga turut menyajikan informasi berkaitan pembiayaan yang boleh dipohon oleh anggota. Menyedari akan persaingan yang sengit, KOPERKASA yang ditubuhkan pada 6 September 1949 dengan keanggotaan seramai 25,547 orang itu sentiasa mengkaji kadar keuntungannya apabila pesaing-pesaing menurunkan kadar pembiayaan. Fungsi-fungsi yang lain seperti fungsi permohonan pengeluaran wang secara dalam talian dan pembayaran secara terus ke akaun bank anggota akan turut dibangunkan untuk ‘MyKOPERKASA’. Sebahagian besar pendapatan koperasi adalah daripada produk- produk pembiayaan yang ditawarkan sekali gus membolehkannya mencatat prestasi yang baik. Pada penghujung tahun 2019, KOPERKASA menjana keuntungan sebanyak RM10.1 juta, peningkatan sebanyak 38 peratus daripada RM7.34 juta pada tempoh yang sama tahun 2018. Jumlah keseluruhan aset koperasi pula berkembang sebanyak 6.6 peratus sepanjang lima tahun iaitu daripada RM230.4 juta pada 2015 Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) berjaya meningkatkan mutu perkhid- matannya menerusi pembangu- nan portal ‘MyKOPERKASA’ se- bagai platform kepada seluruh anggotanya.
kepada RM245.7 juta pada 2019. Selain mengamalkan budaya ‘Jaga Wang Anggota’, faktor lain yang menyumbang kepada pencapaian positif koperasi adalah penerapan kefahaman nilai integriti, etika dan moral yang tinggi dalam kalangan barisan kepimpinan dan kakitangan. KOPERKASA memulakan operasi perniagaan Ar-Rahnu di Kuching sejak tahun 2011 iaitu ‘Perkasa Ar- Rahnu’ bermula daripada penyediaan premis, proses dan prosedur kerja sehinggalah ke peringkat pengurusan dan pembangunan sistem. Sehingga tahun kewangan 2019, nilai marhun yang diniagakan KOPERKASA adalah RM7 juta sekaligus menjana pendapatan berjumlah hampir setengah juta ringgit. Koperasi ini juga sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan Ar-Rahnu yang kedua di Miri pada suku pertama tahun 2021. Pengalaman luas KOPERKASA dalam perniagaan ini juga telah meyakinkan dua buah koperasi lain yang merancang untuk menjalankan operasi Ar-Rahnu mereka sendiri dan melantik KOPERKASA sebagai konsultan. Seperti pengusaha hotel yang lain, perniagaan hotel francais ‘Place2Stay’ yang dikendalikan oleh koperasi ini di Simpang Tiga, Kuching turut menerima tempias pandemik Covid-19. Setelah Perintah Kawalan PergerakanBersyaratdikuatkuasakan, KOPERKASA tidak menunggu lama untuk menarik semula pelanggan dengan menggiatkan promosi dan menawarkan diskaun terutama
kepada anggota koperasi.
Selain perhotelan, KOPERKASA juga mengorak langkah dalam bidang pembangunan hartanah dengan mem-bangunkan ‘Taman Koperkasa’ di Petra Jaya, Kuching. Menerusi projek tersebut, sebanyak 800 unit kediaman dan beberapa bangunan komersil akan dibina bermula tahun 2021.
Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) Wisma Koperkasa, 16-20, Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching, Sarawak. Tel. : 082-424596 E-mel: general@koperkasa.com.my Laman Web: http://www.koperkasa.com.my/
PRODUK PEMBIAYAAN KOPERKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease