15 KOPERASI
Oleh : SUBAIZAH BAHARUDDIN Pegawai ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 Ko-Makmur Rancang Tambah Cawangan Pasaraya Makmur Gold
Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) mengorak langkah dengan pembukaan sulung Pasaraya Makmur Gold di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan. Kejayaan ini adalah hasil inisiatif koperasi tersebut untuk melihat lebih banyak produk tempatan dapat berada di pasaran melalui saluran koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai sesi interaktif dan lawatan ke pasaraya tersebut pada 10 November 2020 memuji langkah proaktif koperasi tersebut yang bijak mengatur dan menjalankan perniagaan demi manfaat anggota dan masyarakat. Kunjungan beliau disambut barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pengurusan Ko-Makmur yang diketuai Pengerusinya, Tuan Hishamudin Abdullah. Menurut Tuan Hishamudin, Ko-Makmur dalam perancangan untuk menambah beberapa cawangan pasaraya Makmur Gold pada masa akan datang iaitu di sekitar Kotasas, Tanjung Lumpur dan Sungai Isap. Ko-Makmur yang ditubuhkan pada 26 Januari 2018 oleh sekumpulan belia mempunyai wawasan untuk menceburi bidang perniagaan yang berpotensi di seluruh negara khususnya di negeri Pahang. Selain pasaraya, Ko-Makmur juga turut aktif menjalankan aktiviti jual beli emas iaitu ‘Makmur Gold’ dan kini mempunyai cawangan di Kuantan, Bangi, Kelantan dan Terengganu. Menurut Tuan Hishamudin, Ko-Makmur berhasrat untuk menjadi peneraju kepada perniagaan emas dan Ar-Rahnu patuh syariah dengan rancangan untuk membuka 30 cawangan Makmur Gold di seluruh negara selain 30 buah Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) dalam tempoh tiga tahun. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain diiringi pegawai dan kakitangan JPAN Pahang Zon 1, Zon 2 dan Zon 3.
» Dato’ Abdul Fattah turut meninjau suasana di dalam Pasaraya Makmur Gold.
» Pasaraya Makmur Gold milik Ko-Makmur di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease