WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2020

2

ANGKASA

ANGKASA - KSN Sepakat Tingkatkan Pencapaian Koperasi Sektor Kerajaan

ANGKASA berharap agar satu kata sepakat dapat dicapai untuk sama- sama meningkatkan pencapaian ekonomi koperasi di bawah pelbagai agensi kerajaan dan anak syarikat milik kerajaan menerusi layanan dan pendekatan mesra koperasi. Demikian antara inti pati perbincangan antara Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali semasa sesi kunjung hormat ANGKASA ke pejabat KSN di Putrajaya. Menurut Dato’ Abdul Fattah, kerjasama dan sokongan oleh ketua-ketua jabatan sangat penting dengan memberi lebih ruang serta peluang kepada koperasi di bawah agensi masing-masing agar dapat memainkan peranan secara lebih efektif bagi membantu meningkatkan sosioekonomi anggota koperasi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan. Katanya lagi, beberapa rancangan ekonomi boleh dirangka dan dilaksanakan oleh koperasi di bawah sektor kerajaan seperti menubuhkan taska selain cadangan untuk memanjangkan tempoh potongan gaji kakitangan kerajaan melalui ANGKASA. Selain bertukar-tukar pendapat dan cadangan, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai usaha yang boleh dilakukan bagi melaksana projek Barangan Asas 100 (BA100) di setiap kedai koperasi. Hadir sama dalam kunjung hormat itu ialah Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Mohd. Alias Hamzah dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Dari kanan, Dato’ Mohd. Alias Hamzah, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Dari Meja Presiden ANGKASA

pembangunan gerakan koperasi terutamanya untuk membantu memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Dalam kesempatan ini juga, saya secara peribadi ingin mengucapkan selamat maju jaya dan berdoa agar

H asrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk merubah taraf hidup 80 peratus anggota koperasi yang ketika ini berada pada kelompok B40 kepada M40, merupakan satu inisiatif murni yang wajar dipuji dalam usaha kerajaan untuk menggerak dan melestari gerakan koperasi ke satu tahap yang lebih meyakinkan. Seiring dengan bajet 2021 yang diperuntukkan bagi membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran melalui inisiatif MEDAC, saya amat menghargai usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan berharap

agar ia dapat memberi pulangan dan aspirasi yang lebih meyakinkan. ANGKASA juga sedia membantu kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut menerusi langkah transformasi koperasi yang akan dijalankan dengan matlamat perkongsian kemakmuran antara koperasi dengan anggota. Namun, kita juga sangat berharap agar Belanjawan 2021 yang diperuntukkan kepada MEDAC dapat disalurkan dengan kapasiti yang secukupnya untuk sektor koperasi. Ia sangat penting bagi menjana program

gerakan koperasi terus memberikan daya saing dalam mengharungi tahun yang mendatang. Selamat menyambut tahun baharu 2021.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkifli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease