3
ANGKASA
Oleh : RAHMAT MOHD DID Pelbagaikan Strategi Perniagaan Koperasi
SAJAK
Syair Koperasi
Awal bismillah pembuka kata, izin bermadah bersyair mutiara, akan zahirnya muafakat sesama, bulat perkara berpayung ANGKASA. Dalam koperasi bahu membahu, barang yang susah segera dibantu, ekonomi rakyat digembleng dipacu, demikianlah asbab negara maju. Prinsip muafakat asas koperasi, kesejahteraan ummah pasak bersendi, warga koperasi dibimbing diri melahirkan ahli yang berinovasi. Ilmu kewangan sebagai panduan untuk koperasi menuju kejayaan, tadbir urus ANGKASA perkasakan, agar koperasi maju kehadapan. Negara maju matlamat utama, warga koperasi bijak laksana, bersatu hati membina upaya, koperasi berjaya itu dicita.
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan BA100 kepada Puan Zamanila Tukimin.
Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, cabaran pandemik Covid-19 telah menjejaskan sektor ekonomi. Apabila perniagaan oleh koperasi dirancang secara lebih berstruktur, produk atau perkhidmatannya menepati kehendak pasaran semasa, ekonomi koperasi mampu kekal kukuh dan berjaya. Menurut beliau, usaha ini juga seiring dengan objektif Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu ‘Memastikan pemulihan serta kelestarian operasi perniagaan usahawan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19’. ANGKASA juga katanya sedia membantu mana- mana koperasi ahli ANGKASA yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti produk, memperbaiki jenama dan pelabelan serta mencapai mutu dan piawaian pasaran menerusi platform 100 Product Champion selain diberi peluang untuk memasarkan produk Koperasi perlu mempelbagaikan strategi perniagaan dan berubah mengikut keperluan semasa demi memastikan kelangsungan dan kelestarian gerakan koperasi.
mereka menerusi kedai koperasi dengan menggunakan platform projek Barang Asas 100 (BA100). Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian kepada media sewaktu hadir menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100) kepada anggota koperasi wanita di sekitar daerah Gombak. Sumbangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada misi tanggungjawab sosial Koperasi (CSR) di bawah payung CoopCare merupakan sebahagian daripada peruntukan CSR ANGKASA sebanyak RM2 juta bagi meringankan beban anggota koperasi serta masyarakat keseluruhannya. Sebanyak 100 pek barangan keperluan asas bernilai RM7,000 telah diagihkan dalam majlis tersebut dan diterima oleh Pengerusi Koperasi Wanita dan Ibu Tunggal Selangor Berhad (WITUS), Puan Zamanila Tukimin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Koperasi WITUS, Tuan Ibrahim Johari dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
14 Oktober 2020, Shah Alam Penulis bebas sepenuh masa dalam genre puisi, esei dan cerpen. Penerima Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 bagi Kategori Esei dan Kritikan Sastera Terbaik menerusi esei ‘Catatan di Bumi Anoa: Membangun Tekad Budaya’. Rosman Md Shah
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease