WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2020

5

KOPERASI

KPF Sasar Perolehan RM1 Bilion Menjelang 2025

KPF juga melalui anak syarikat akan dan pergudangan untuk menjadi pembekal barangan utama kepada koperasi-koperasi di rancangan FELDA. Bagi syarikat kumpulan iaitu syarikat subsidiari, memperluaskan aktiviti pemborongan aktiviti perniagaan difokuskan kepada yang boleh menjana perolehan dalam masa yang singkat dan sederhana. Koperasi yang menjadi anggota KPF mempunyai peluang untuk bersama-sama KPF menjalankan aktiviti perniagaan supaya dapat meningkatkan sosioekonomi melalui aktiviti pembelian BTS, tanam semula dan aktiviti pemborongan, yang mana koperasi yang terlibat dapat menjalankan perniagan melalui modal kerja yang disediakan oleh KPF.

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Ketua Pegawai Eksekutif KPF, Hajah Sakinah Salleh.

» Hotel TENERA di Bangi milik KPF.

Dengan peningkatan pemilikan modal syer daripada RM300,000 kepada RM2.3 bilion serta pegangan aset yang kini berjumlah RM4.3 bilion, ia membuktikan KPF sebuah koperasi yang kompeten sekaligus kekal relevan dan cemerlang bersama anggota. Ketua Pegawai Eksekutif KPF, Hajah Sakinah Salleh komited dengan perancangan ekonomi yang dirangka melalui projek-projek baharu dan projek sedia ada bagi memberi peluang kepada koperasi Koperasi Permodalan FEDA Malaysia Berhad (KPF) menyasarkan perolehan sebanyak RM1 bilion menjelang tahun 2025 menerusi kepelbagaian bidang keberhasilan ekonomi yang kini rancak dilaksanakan.

Pencapaian KPF yang berjaya mempamerkan kedudukan terbaik di peringkat negara dan antarabangsa menjadi pembakar semangat kepada barisan kepimpinan dan pengurusan KPF serta warga FELDA secara keseluruhannya untuk terus mengukir kejayaan sekaligus menjadi contoh dan model terbaik dalam sektor koperasi bersaing dengan syarikat- syarikat luar dalam perniagaan.

ahli KPF dan anggota-anggota KPF meningkatkan pendapatan. Katanya, projek-projek ekonomi berdaya saing yang difokuskan KPF ini adalah bersesuaian dengan keadaan norma baharu masa kini kerana segala aktiviti melibatkan kos yang sudah diubah suai supaya boleh menjana pulangan yang baik pada masa sekarang. Antara projek-projek baharu yang kini sedang giat dilaksanakan termasuk urusniaga Buah Tandan Segar (BTS) melibatkan usahasama dengan Pertubuhan Peneroka dan Koperasi Rancangan dan Program Pembangunan Peneroka (PPP) iaitu projek ternakan dan pertanian pintar seperti cili fertigasi, arnab pedaging, cendawan dan sayuran. Projek-projek lain adalah seperti pembinaan perumahan buruh ladang dan pengkomersilan hasil bumi FELDA.

» Bangunan Wisma KPF Samarahan.

» Ladang kelapa sawit milik KPF.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease