6
RENCANA
Membangunkan Komuniti Melalui Koperasi Desa Lestari
Oleh : MOHAMAD HANIFF BIN MOHAMAD HASHIM Sektor Keusahawanan dan Perniagaan Institut Koperasi Malaysia
Pengenalan Program Desa Lestari di bawah Government Transformation Programe 2.0 merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam mentransformasikan desa menjadi sebuah kawasan yang maju dengan penduduk yang berpendapatan tinggi. Objektif utama penubuhan Desa Lestari adalah untuk meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung. Tujuan lain ialah untuk memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang meningkatkan pendapatan penduduk kampung.
Antara skop perniagaan dalam membangunkan konsep Desa Lestari ini ialah pelancongan desa, peruncitan, pertanian dan penternakan, dan perkhidmatan jentera perladangan. Desa Lestari yang dipilih diwajibkan untuk menubuhkan koperasi dan melaksanakan projek yang bermanfaat kepada komuniti. Kesemua bidang perniagaan yang disaran dijalankan dalam Kampung Desa Lestari adalah selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2010-2020 iaitu pelancongan, peruncitan, pertanian dan penternakan, dan perladangan. Justeru, konsep ini bertepatan dan perniagaan tersebut akan dijalankan melalui koperasi. Konsep ini didokong oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekaligus meningkatkan potensi kejayaan perniagaan yang dijalankan. Sejarah dan Perkembangan Program Desa Lestari Program Desa Lestari bermula pada tahun 2013 dengan pelantikan 29 kampung di seluruh Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM54,027,432. Sehingga April 2018, terdapat 105 buah kampung telah dilantik dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM106,571,371. Negeri yang paling banyak dipilih menjadi Desa Lestari ialah Pahang (11 kampung) diikuti dengan Johor dan Sabah (10 kampung). Semenjak program ini dijalankan, Negeri Pahang juga adalah penerima peruntukan tertinggi untuk program tersebut. Peningkatan kampung yang memenuhi konsep Desa Lestari ini terus meningkat dan dana yang diperuntukkan juga sangat besar. Peruntukan yang diberi akan disalurkan melalui agensi di bawah KPLB seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Koperasi yang telah ditubuhkan di setiap kampung terpilih akan diberikan dana untuk menjalankan projek. Dana tersebut akan diberikan melalui koperasi yang ditubuhkan dan kebanyakan kampung tersebut akan menjalankan aktiviti inap desa, kedai runcit, menjalankan aktiviti pengangkutan dan lain-lain. Aktiviti Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Koperasi Desa Lestari
Kesemua bidang perniagaan yang disaran dijalankan dalam Kampung Desa Lestari adalah selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2010-2020 iaitu pelancongan, peruncitan, pertanian dan penternakan, dan perladangan.
Kampung Ulu Lebong Baling Berhad, Koperasi Homestay Kampung Peruas Raub Berhad dan Koperasi Kampung Tok Dor Peroh Hulu Terengganu Berhad. b. Sewaan Pengangkutan Aktiviti sewaan pengangkutan mempunyai potensi yang besar kepada kampung Desa Lestari ini. Ini kerana melalui pembelian van, kereta dan bas oleh koperasi, ia dapat memudahkan urusan masyarakat kerana boleh pergi ke bandar dengan lebih mudah, memudahkan urusan hantar dan balik anak orang kampung dan menghantar tanaman kepada pemasar. Ini telah memudahkan urusan seharian penduduk kampung kerana tidak perlu bergerak jauh dan menjimatkan masa dan tenaga mereka. Antara koperasi yang mengangkut hasil tanaman ke kilang ialah Koperasi Kampung Tellian Tengah dan Ulu Mukah Berhad. Koperasi mengangkut rumbia dan arang batu ke kilang kerana koperasi mempunyai sebuah lori berkren dan sepuluh buah lori 20 tan. Koperasi Wawasan Pasir Gajah Kemaman Berhad mempunyai lori untuk kegunaan sewaan. Koperasi Pembangunan Kampung Ulu Lebong Baling Berhad pula menjalankan pengangkutan van untuk menghantar pelajar dan orang kampung ke sekolah dan bandar. Antara Koperasi Desa Lestari yang menjalankan aktiviti van penumpang ialah Koperasi Gerakan Daya Wawasan Padang Besar Selatan Perlis Berhad. c. Jentera dan Mesin Banyak aktiviti industri hiliran dijalankan di kampung Desa Lestari ini. Sebagai contoh, ada kampung yang menanam sawit, getah, padi, hasil perkebunan, menternak ikan air tawar, membuat produk industri kampung dan lain-lain. Disebabkan itu, terdapat koperasi yang telah membeli jentera untuk kegunaan
a. Madu Kelulut Aktiviti madu kelulut merupakan satu perniagaan komuniti yang melibatkan masyarakat setempat. Perniagaan ini tampak mudah diusahakan secara komunititi kerana hanya perlu meletakkan koloni kelulut di pokok dan melibatkan kos yang sederhana. Sebagai contoh, harga untuk membeli 50 koloni atau sarang kelulut melibatkan anggaran kos sebanyak RM65,000. Kelulut juga merupakan spesis lebah yang tidak menyengat menjadikannya lebih mudah dikendalikan berbanding lebah biasa. Permintaan yang banyak untuk madu ini adalah disebabkan kesedaran masyarakat yang amat tinggi akan khasiatnya selain rasanya yang berbeza iaitu masam dan manis berbanding madu biasa. Antara Koperasi Desa Lestari yang menjalankan aktiviti penternakan madu kelulut ialah Koperasi Desa Lestari 1 yang terletak di Kampung Paloh, Gua Musang. Koperasi ini juga menjalankan Pusat latihan penternakan kelulut dan merupakan pusat pengeluaran madu pertama di Gua Musang. Antara koperasi lain yang menjalankan aktiviti penternakan madu kelulut ini ialah Koperasi Pembangunan Kelulut juga merupakan spesis lebah yang tidak menyengat menjadikannya lebih mudah dikendalikan berbanding lebah biasa. Permintaan yang banyak untuk madu ini adalah disebabkan kesedaran masyarakat yang amat tinggi akan khasiatnya selain rasanya yang berbeza seperti iaitu masam dan manis berbanding madu biasa.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease