7
RENCANA
untuk disewakan manakala Koperasi Kampung Relong Berhad menjalankan pemprosesan mi dan pertanian Rock Melon.
Aktiviti sewaan pengangkutan mempunyai potensi yang besar kepada kampung Desa Lestari ini. Ini kerana melalui pembelian van, kereta dan bas oleh koperasi, ia dapat memudahkan urusan masyarakat kerana boleh pergi ke bandar dengan lebih mudah, memudahkan urusan hantar dan balik anak orang kampung dan menghantar tanaman kepada pemasar. masyarakat seperti back hoe , mesin menuai padi, mesin memproses mi dan lain-lain. Komitmen koperasi untuk membeli jentera dan mesin ini menunjukkan peranan koperasi yang memudahkan urusan seharian dan memenuhi keperluan masyarakat setempat. Antara contoh koperasi yang membeli jentera dan mesin untuk kegunaan masyarakat ialah Koperasi Gerakan Desa Wawasan Kampung Paya Guring Perlis Berhad membeli back hoe untuk disewakan orang kampung. Koperasi Gerakan Daya Wawasan Padang Besar Selatan Perlis Berhad pula membeli mesin menuai padi
Manfaat utama konsep Desa Lestari ini ialah dana yang diperuntukkan untuk membeli barangan atau mesin seperti jentera, mesin, produk dan perkhidmatan, dan lain-lain diberikan oleh KPLB melalui koperasi. Ini kerana melalui koperasi, pembangunan dan penglibatan penduduk untuk melakukan projek ekonomi akan terangkum dan komprehensif sekaligus meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.
Kesimpulan
Program Desa Lestari merupakan satu program meningkatkan taraf hidup sosioekonomi setempat. Tujuan dan objektif penubuhan koperasi dalam Desa Lestari perlu berkesinambungan agar projek ekonomi yang dijalankan akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Manfaat utama konsep Desa Lestari ini ialah dana yang diperuntukkan untuk membeli barangan atau mesin seperti jentera, mesin, produk dan perkhidmatan, dan lain-lain diberikan oleh KPLB melalui koperasi. Ini kerana melalui koperasi, pembangunan dan penglibatan penduduk untuk melakukan projek ekonomi akan terangkum dan komprehensif sekaligus meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.
Banyak aktiviti industri hiliran dijalankan di kampung Desa Lestari ini. Sebagai contoh, ada kampung yang menanam sawit, getah, padi, hasil perkebunan, menternak ikan air tawar, membuat produk industri kampung dan lain-lain. Disebabkan itu, terdapat koperasi yang telah membeli jentera untuk kegunaan masyarakat seperti back hoe , mesin menuai padi, mesin memproses mi dan lain-lain.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease