MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
JULAI 2020 JILID: WP02 / 7 ANGKASACoop Tingkat Kemudahan Komunikasi dan Multimedia Sektor Koperasi www.angkasa.coop RM1.00
Oleh: RAHMAT MOHD DID
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan) ketika mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (kiri) di pejabatnya.
D elegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presiden, Dato’ Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan kunjung hormat ke Putrajaya menemui Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid pada 23 Jun lalu. Dalam pertemuan dengan Datuk Zahidi Zainul
Abidin, pelbagai perkara dasar dan perkembangan koperasi telah dibincangkan termasuk memohon sokongan daripada kerajaan pusat bagi membantu menaik taraf kemudahan komunikasi dan multimedia bagi 3,500 buah koperasi runcit, hardware dan farmasi khususnya bagi membantu koperasi dalam meningkatkan kebolehpasaran produk dan perkhidmatan. Dianggarkan sebanyak RM10.5 juta melibatkan penyediaan peralatan
digital diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut. ANGKASA juga turut memohon kerajaan supaya dapat memberikan peruntukan sewajarnya kepada gerakan koperasi bagi pakej PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri bagi menjana peningkatan kaedah perniagaan melalui e-dagang, digitalisasi, internet termasuk pembelian secara dalam talian.
bersambung di muka surat 2
2
ANGKASA
» Pelbagai isu berkaitan koperasi dibincangkan sewaktu pertemuan antara delegasi ANGKASA dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid
Sementara itu, pada hari yang sama, delegasi ANGKASA turut mengadakan kunjung hormat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid. Dalam pertemuan tersebut, Datin Mastura bersetuju bahawa koperasi adalah antara platform yang boleh menyelesaikan permasalahan B40 dan rakyat termiskin. Ia sekali gus menyatakan komitmennya untuk membantu gerakan koperasi bagi mendapatkan geran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama ( Shared Prosperity Delivering Unit ) SEPADU yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Hadir sama dalam kunjung hormat tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik S. Ahlaimuniandy; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik Shaharuddin Mohamed dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah) menunjukkan produk BA100 kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid (kanan).
Dari Meja Presiden ANGKASA
ANGKASA sentiasa meninjau peluang- peluang baharu melibatkan rangkaian penginapan seperti homestay, resort dan hotel koperasi yang menawarkan harga berpatutan melalui COOPSTAY, COOPHOTEL,COOPSPA dan lain-lain. Koperasi perlu sentiasa berhubung bagi membina satu resolusi yang mantap demi memastikan program pelancongan domestik anjuran koperasi terus berdaya saing dan berupaya memberi pulangan yang sewajarnya atau lebih baik meskipun terpaksa berdepan dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu akibat penularan Covid-19.
A ktiviti pelancongan domestik kini semakin diberi tumpuan oleh pengusaha pelancongan ekoran masalah pandemik Covid-19 yang menghalang kemasukan pelancong daripada luar negara. Justeru, koperasi yang terlibat dalam sektor berkaitan perlu memikirkan strategi perniagaan terbaik bagi memastikan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan kepada pelancong
tempatan mampu memberi nilai tambah yang seimbang antara pengusaha dan juga pelanggan. Banyak pendekatan perniagaan yang boleh dijalankan secara kerjasama dalam usaha untuk memastikan kos operasi menjadi lebih rendah namun pada masa yang sama, pakej yang disediakan menarik dan berbaloi dengan ringgit yang dikeluarkan.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
4
ANGKASA
www.coopqurban.com
Permudah Urusan Ibadah Korban
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Antara koperasi fidlot yang menyertai Projek Bekalan Lembu Korban KONSORMAS untuk tahun 2020.
Melalui portal tersebut, pelanggan boleh terus membuat tempahan dan bayaran dengan menggunakan sistem pembayaran dalam talian (FPX) atau eWallet. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan portal coopqurban.com membolehkan umat Islam berurusan secara online tanpa perlu ke lokasi penyembelihan seiring dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tambah beliau, KONSORMAS juga akan memastikan semua proses melalui coopqurban. com dijalankan secara telus. Pelanggan juga akan menerima sijil penyertaan yang menyatakan tarikh dan tempat perlaksanaan ibadah korban beserta bukti bergambar haiwan yang dikorbankan. Semua aktiviti korban akan dilaksanakan di masjid-masjid sekitar negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Sebagai rekod, KONSORMAS telah menjalankan projek bekalan lembu korban bagi membekal dan mengedar lembu korban kepada koperasi-koperasi fidlot di seluruh negara bermula tahun 2018. Pada tahun tersebut, hanya sebuah koperasi fidlot yang turut serta dengan membekalkan sebanyak 30 ekor lembu dan diikuti sebanyak 11 buah koperasi fidlot pada tahun berikutnya yang membekal sebanyak 501 ekor lembu. Jumlah terkumpul perolehan yang berjaya dicatat pada kedua-dua tahun ini adalah sebanyak RM1.97 juta. Sempena perayaan Aidiladha tahun ini, Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) menubuhkan se- buah portal, coopqurban.com bagi memudahkan umat Islam menguruskan pelaksanaan ibadah korban.
» Portal coopqurban.com versi mudah alih (mobile).
Bagi tahun 2020, sebanyak 17 buah koperasi fidlot akan turut serta dalam projek tersebut dan membekalkan sebanyak 675 ekor lembu bernilai hampir RM2 juta. Bagi melancarkan operasi ternakan lembu korban pada masa akan datang, KONSORMAS juga akan membuat pajakan Ladang Satelit Nasional Lot 447 di Kampung Kuala Jerang, Mukim Triang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan. » Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KONSORMAS, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA merangkap Setiausaha KONSORMAS, Encik Hasnan Haji Mustapha melihat portal coopqurban.com
PROJEK BEKALAN LEMBU KORBAN KONSORMAS (2018-2020) Tahun Jumlah Koperasi Fidlot
Jumlah Bekalan Lembu
2018
1
30
2019
11
501
2020
17
675
5
ANGKASA
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN MyANGKASA Amanah Berhad Tunai Zakat Perniagaan P embayaran zakat perniagaan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) bagi tahun 2019 berjumlah RM54,109.03 telah berlangsung dalam satu majlis di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Jumlah zakat tersebut adalah berdasarkan
keuntungan yang dicapai sebanyak RM1,733,606.00 untuk tahun ke-3 dan pembayaran tersebut dibuat kepada Lembaga Zakat Selangor melalui Bahagian Zakat ANGKASA. Berbanding tahun sebelum ini, pembayaran zakat telah meningkat sebanyak 60 peratus manakala keuntungan tahun 2019 meningkat 45 peratus berbanding tahun 2018. Sebanyak 25 buah koperasi yang juga rakan niaga MyANGKASA Amanah Berhad turut terlibat dalam sumbangan zakat tersebut. Majlis penyerahan cek bayaran zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi MyANGKASA Amanah merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAAB; Encik Faudzi Mt Din dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan & Pembangunan Syariah, Haji Azhar Hamzah.
» Majlis penyerahan cek bayaran zakat telah disampaikan oleh Pengerusi MyANGKASA Amanah, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.
6
ANGKASA
Senarai Koperasi Yang Telah Mendapat Sijil Pematuhan Syariah 2010 - 2019
BIL
NAMA
68 KOPERASI NIAGA PEGAWAI-PEGAWAI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG BERHAD 69 KOPERASI SIMPANAN DAN KREDIT BERSATU MALAYSIA BERHAD 70 KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD 71 KOPERASI KAKITANGAN LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA MALAYSIA BERHAD (LPPKN) 72 KOPERASI SERBAGUNA GURU-GURU MELAYU SELANGOR BERHAD 73 KOPERASI KEMAS KUALA LUMPUR BERHAD 74 KOPERASI PERKASA MALAYSIA BERHAD 75 KOPERASI KONSUMER MALAYSIA BERHAD 76 KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (M) BERHAD 77 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN NASIONAL BERHAD (KOPENAS) 78 KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD 79 KOPERASI UKHWAH MALAYSIA BERHAD 80 KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA) 81 KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD 82 KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD 83 KOPERASI KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT BERHAD 84 KOPERASI CAHAYA AL-KIFAYAH BERHAD 85 EXTREME LIMOUSINES SDN BHD 86 KOPERASI KASTAM MALAYSIA BERHAD 87 KOPERASI PEKERJA FELDA BERHAD 88 KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL BERHAD 89 KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD 90 KOPERASI SUJANA MALAYSIA BERHAD 91 KOPERASI KAKITANGAN LPPKN (M) BERHAD 92 KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD 93 KOPERASI PENGUSAHA PEKERJA MALAYSIA BERHAD 94 KOPERASI KOGUMA BERHAD 95 KOPERASI KAKITANGAN KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (KOTANI) 96 KOPERASI KAKITANGAN PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM MALAYSIA BERHAD 97 KOPERASI KAKITANGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA BERHAD (KOPPEMA) 98 KOPERASI FRIM BERHAD 99 KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD 100 KOPERASI YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD 101 KOPERASI HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA BERHAD 102 KOPERASI USAHA BERSAMA BERHAD (KOSAMA) 103 KOPERASI PENDIDIKAN USAHAWAN BERHAD (KEKAL) 104 KOPERASI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA BERHAD 105 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU JABATAN PERTANIAN BERHAD 106 KOPERASI IKTISAS MALAYSIA BERHAD 107 KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD (KOWAJA) 108 KOPERASI WAWASAN EKONOMI MALAYSIA BERHAD 109 KOPERASI PERDANAJAYA MALAYSIA BERHAD 110 KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD 111 KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD 112 KOPERASI PERBADANAN PUTRAJAYA BERHAD 113 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD 114 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA MELAYU MELAKA BERHAD 115 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA MAJLIS PERBANDARAN MELAKA BERHAD 116 KOPERASI POLIS DIRAJA MELAKA BERHAD 117 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA KUMPULAN SOKONGAN MELAKA BERHAD 118 KOPERASI PERUBATAN DAN KESIHATAN MELAKA BERHAD 119 KOPERASI GURU MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD (KGMNSB) 120 KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD 121 KOPERASI GURU-GURU AGAMA NEGERI SEMBILAN BERHAD 122 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 123 KOPERASI GURU-GURU DAN PEGAWAI AGAMA PAHANG BERHAD 124 KOPERASI PENGGUNA PAHANG BERHAD 125 KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN BERHAD (KOSPEK) 126 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 127 KOPERASI GURU-GURU & PEGAWAI AGAMA PAHANG BERHAD 128 KOPERASI KAKITANGAN KUMPULAN PKNP PAHANG BERHAD 129 KOPERASI IKHTISAS MALAYSIA BERHAD 130 KOPERASI BIMBINGAN INSAN PAHANG BERHAD 131 KOPERASI PENGGUNA PAHANG BERHAD 132 KOPERASI UMP PAHANG BERHAD 133 KOPERASI TELEKOM PAHANG BERHAD 134 KOPERASI LKPP PAHANG BERHAD
1 KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD 2 KOPERASI SERBAGUNA WANITA KLUANG BERHAD 3 KOPERASI WANITA BATU PAHAT BERHAD 4 KOPERASI GURU-GURU MELAYU MUAR BERHAD 5 KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA JOHOR BERHAD 6 KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD 7 KOPERASI LEMBAGA NANAS MALAYSIA JOHOR BERHAD 8 KOPERASI PERUBATAN NEGERI JOHOR BERHAD 9 KOPERASI KAKITANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JOHOR BERHAD 10 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHAD 11 KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD 12 KOPERASI PERUBATAN JOHOR BERHAD 13 KOPERASI PELABUHAN NEGERI JOHOR BERHAD 14 KOPERASI GURU-GURU JOHOR BERHAD 15 KOPERASI PERNIAGAAN GURU-GURU MUAR BERHAD 16 KOPERASI D’HARMONI JOHOR BERHAD 17 KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD 18 KOPERASI PERBADANAN JOHOR BERHAD 19 KOPERASI ANGGOTA SYARIKAT AIR JOHOR BERHAD 20 KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA KEJORA KOTA TINGGI BERHAD 21 KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN DAERAH KLUANG BERHAD 22 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BANDAR BAHARU KEDAH BERHAD 23 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUBANG PASU BERHAD 24 KOPERASI KAKITANGAN UNIUTAMA KEDAH BERHAD 25 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH KULIM BERHAD 26 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH SIK BERHAD 27 KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD 28 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 29 KOPERASI KEDAH JAYA BERHAD 30 KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD 31 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA BERHAD 32 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH SIK BERHAD 33 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD 34 KOPERASI PEGAWAI JPJ NEGERI KEDAH DARUL AMAN 35 KOPERASI JABATAN KESIHATAN KEDAH BERHAD 36 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KEDA BERHAD 37 KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH 38 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BANDAR BAHARU KEDAH BERHAD 39 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI AGAMA KEDAH DARUL AMAN BERHAD 40 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KEMAS NEGERI KEDAH BERHAD 41 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUALA MUDA / YAN KEDAH BERHAD 42 KOPERASI PEKERJA SHARP SUNGAI PETANI KEDAH 43 KOPERASI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEDAH BERHAD 44 KOPERASI SEBERANG NYONYA KUALA KEDAH BERHAD 45 KOPERASI USAHAWAN BUMIPUTERA SERDANG KEDAH BERHAD 46 KOPERASI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU BERHAD 47 KOPERASI KEDAH JAYA BERHAD 48 KOPERASI INSANIAH KEDAH BERHAD 49 KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 50 KOPERASI GURU MELAYU KELANTAN BERHAD 51 KOPERASI KELUARGA NAWI DAN ZAINAB KELANTAN BERHAD 52 KOPERASI KELUARGA RAMLAH ZAHARI SELANGOR BERHAD 53 KOPERASI KAKITANGAN MARDI KELANTAN BERHAD 54 KOPERASI MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BERHAD 55 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA MELAYU KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERHAD 56 KOPERASI KEMAS NEGERI KELANTAN BERHAD 57 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU KELANTAN BERHAD 58 KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD 59 KOPERASI KARIAH MASJID SULTAN YAHYA PETRA MACHANG BERHAD
60 KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD 61 KOPERASI AT-TAQWA KELANTAN BERHAD 62 KOPERASI MACMA KELANTAN BERHAD 63 TDC HOLDINGS SDN BHD 64 KOPERASI YAYASAN ISLAM KELANTAN BERHAD 65 KOPERASI RISDA KELANTAN BERHAD 66 KOPERASI GURU-GURU MUSLIM KELANTAN BERHAD 67 KOPERASI POS NASIONAL BERHAD (KOPONAS)
7
ANGKASA
135 KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 136 KOPERASI KAKITANGAN KUMPULAN PKNP PAHANG BERHAD 137 KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH BERHAD 138 KOPERASI GURU MELAYU PAHANG SELATAN BERHAD 139 KOPERASI KEMAJUAN MASYARAKAT PAHANG BERHAD 140 KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN BERHAD 141 KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG BERHAD 142 KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BERHAD 143 KOPERASI MUAFAKAT MAKMUR BERHAD 144 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD 145 KOPERASI GURU-GURU MELAYU KUALA KANGSAR DAN HULU PERAK BERHAD 146 KOPERASI MALIMJAYA TANJONG MALIM BERHAD 147 KOPERASI JABATAN HUTAN PERAK BERHAD 148 KOPERASI GURU-GURU MELAYU LEPASAN MAKTAB PERAK BERHAD 149 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH TAPAH BERHAD 150 KOPERASI GURU-GURU MELAYU LEPASAN MAKTAB PERAK BERHAD 151 KOPERASI MUTLAQ PERAK BERHAD 152 KOPERASI ORANG MELAYU KERAJAAN (SKOMK) PERAK BERHAD 153 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA MAJLIS BANDARAYA IPOH BERHAD 154 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUALA KANGSAR BERHAD 155 KOPERASI GURU-GURU MELAYU LARUT, MATANG , SELAMA DAN DINDING TAIPINGBERHAD 156 KOPERASI SERBAGUNA KEMAS NEGERI PERAK BERHAD 157 KOPERASI PERBADANAN PERAK BERHAD 158 KOPERASI KERETAPI TANAH MELAYU IPOH BERHAD 159 KOPERASI WARISAN PEGAWAI HUTAN MELAYU NEGERI PERAK BERHAD 160 KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD 161 KOPERASI GURU MELAYU PERAK BERHAD 162 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAN BADAN BERKANUN KERIAN BERHAD 163 KOPERASI UNIMAP PERLIS BERHAD 164 KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN DAN SWASTA NEGERI PERLIS BERHAD 165 KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS BERHAD 166 KOPERASI YAYASAN ISLAM PERLIS BERHAD 167 KOPERASI PEKERJA FUJIKURA FEDERAL CABLES PULAU PINANG BERHAD 168 KOPERASI POLIS DIRAJA PULAU PINANG BERHAD 169 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BERHAD 170 KOPERASI POS DAN TELEKOM PULAU PINANG BERHAD 171 KOPERASI PELABUHAN PULAU PINANG BERHAD 172 KOPERASI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG BERHAD 173 KOPERASI PEKERJA MALAYAN SUGAR MANUFACTURING COMPANY BERHAD 174 KOPERASI DAGANG EMAS PULAU PINANG BERHAD 175 KOPERASI KAKITANGAN ZAKAT PULAU PINANG BERHAD 176 KOPERASI KOMUNITI POKOK SENA SEBERANG PERAI BERHAD 177 KOPERASI GERAKAN BERSATU PULAU PINANG BERHAD 178 KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD 179 KOPERASI GAGASAN EKONOMI NUSANTARA SABAH BERHAD 180 KOPERASI ANAK-ANAK TEMPATAN PANTAI BARAT SABAH BERHAD 181 LEAD GLOW SDN BHD 182 KOPERASI PEMBANGUNAN USAHASAMA MASYARAKAT MAJU SABAH BERHAD (KOP-PUSAMAJU) 183 PERMODALAN CAPITAL BERHAD 184 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA KERAJAAN SABAH BERHAD 185 KOPERASI PERNIAGAAN SABAH BERHAD 186 KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD 188 KOPERASI HOMESTAY WALAI TOKOU KUNDASANG SABAH BERHAD 189 KOPERASI INSTITUT PERGURUAN TUN ABDUL RAZAK SAMARAHAN BERHAD 190 KOPERASI GURU-GURU BUMIPUTERA SABAH BERHAD 196 KOPERASI GURU BUMIPUTERA SARAWAK BERHAD 197 KOPERASI WAWASAN MALAYSIA BERHAD (KOWAMAS) 198 KOPERASI URUSAN IBADAH QURBAN SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERHAD 199 KOPERASI CO-OP SHOPPE 200 KOPERASI KAKITANGAN NIPPON ELECTRIC GLASS (M) BERHAD (NEGM) 201 SKIM INFAQ LIL-WAQF (2) 202 KOPERASI SERBAGUNA IMAN MALAYSIA BERHAD 203 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SABAK BERNAM BERHAD 204 KOPERASI PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA BERHAD 205 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU JABATAN PERTANIAN BERHAD 206 KOPERASI SERBAGUNA PEKERJA-PEKERJA KERAJAAN (KOSPEK) DAERAH SABAK BERNAM / KUALA SELANGOR BERHAD 207 MyANGKASA AMANAH BERHAD 191 KOPERASI PELABUHAN BINTULU BERHAD 192 KOPERASI PUSAKA SARAWAK BERHAD 193 KOPERASI KOJAKSA SARAWAK BERHAD 194 KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD 195 PETRONESA SDN BHD
208 KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD 209 KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA BERHAD (KOPSYA) 210 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN ANGKASA (KESKA) 211 KOPERASI GURU-GURU AGAMA ISLAM SELANGOR BERHAD 212 KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD 213 KOPERASI KAKITANGAN NIPPON ELECTRIC GLASS (M) BERHAD (NEGM) 214 KOPERASI SERBAGUNA IMAN MALAYSIA BERHAD (KOIMAN) 215 KOPERASI PEGAWAI MPOB BERHAD 216 KOPERASI AIM BERHAD 217 MyANGKASA AMANAH BERHAD 218 KOPERASI PENGUSAHA PEKERJA MALAYSIA BERHAD 219 MyKHAIRAT MANAGEMENT SERVICES BERHAD 220 UNIT KUTIPAN DAN PENGURUSAN DANA INFAQ LIL-WAQF ANGKASA 221 KOPERASI KELUARGA RAMLAH ZAHARI SELANGOR BERHAD 222 KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BERHAD 223 KOPERASI JABATAN PENJARA MALAYSIA BERHAD 224 KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA PROTON BERHAD 225 WAVEPAY SYSTEM SDN BHD 226 KOPERASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD 234 KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN TERENGGANU (KOKITAB) BERHAD 235 KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU TERENGGANU (KOMODAL) BERHAD 236 KOPERASI KEMAS TERENGGANU BERHAD (KOKEMAS) 237 KOPERASI KAKITANGAN YAYASAN PEMBANGUNAN TERENGGANU BERHAD 238 KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN & BADAN-BADAN BERKANUN TERENGGANU BERHAD (KOKANUN) 239 KOPERASI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU BERHAD (KOMAIDAM) 240 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI PERKERANIAN TERENGGANU (KOKANI) BERHAD 241 KOPERASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (KOSMAT) BERHAD 242 KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SETIU BERHAD 227 MyKHAIRAT MANAGEMENT SERVICES BERHAD 228 KOPERASI FREESCALE SELANGOR BERHAD 229 KOPERASI KAKITANGAN PUSPATI BERHAD 230 KOPERASI PENDIDIKAN KUALA SELANGOR BERHAD 231 KOPERASI KAKITANGAN UITM BERHAD 232 KOPERASI WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU BERHAD 233 KOPERASI KESIHATAN TERENGGANU BERHAD KELUARGA 243 KOPERASI KAKITANGAN RISDA TERENGGANU (KOKITAR) BERHAD 244 KOPERASI DESA LESTARI KAMPUNG BUJANG KEDAH BERHAD 245 KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH BERHAD 246 KOPERASI NELAYAN TANJUNG DAWAI BERHAD 247 KOPERASI PANTAI MERDEKA KEDAH BERHAD 248 KOPERASI DESA KEDA KUALA SUNGAI UDANG YAN BERHAD 249 KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH YAN BERHAD 250 KOPERASI SABENA BERHAD ANGKASA melalui Jawatankuasa Syariah ANGKASA kini sudah bersedia dengan Inovasi Ar Rahnu selaras dengan arahan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Inovasi Ar Rahnu merupakan peralihan kontrak daripada kontrak Qard kepada kontrak Tawarruq bagi transaksi Ar Rahnu.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Pematuhan Syariah Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-7884 6614/ 6616/ 6612/ 6673 Faks: 03-78846677 E-mel: sistemtawarruq@gmail.com
8
ANGKASA NIAGA
ANGKASA Rasmi Coop F ANGKASA komited dalam usahanya untuk membuka sekurang-kurangnya 16 outlet Coop Farmasi di seluruh negara dalam tempoh dua tahun. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah. Katanya, Coop Farmasi kedua di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang merupakan kesinambungan terhadap langkah tersebut selain melihat kejayaan Coop Farmasi pertama di Bentong, Pahang yang dibuka sejak November tahun lalu. Oleh: NADIAH KAMARUDIN
» Coop Farmasi juga menyediakan pembelian barangan secara dalam talian melalui coopfarmasi.storehub.me
Menurut beliau, pembukaan Coop Farmasi yang kedua itu juga adalah bertepatan dengan keadaan semasa negara yang dilanda pandemik Covid-19. Ia sekali gus dapat membantu masyarakat setempat dalam usaha untuk menangani aspek kesihatan dan pelindungan diri melalui kepelbagaian sumber yang dijual. Pembukaan kedai farmasi juga penting dalam membantu kerajaan khususnya dalam aspek pembekalan ubat-ubatan kepada rakyat pada harga yang berpatutan selain menjamin kestabilan dan kemajuan industri farmaseutikal negara. “Industri farmaseutikal adalah industri yang mencabar, tetapi memberi keuntungan kerana permintaan terhadap produk-produk kesihatan sedia ada, maka ANGKASA mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai jaringan Coop Farmasi”. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian ketika berucap merasmikan Coop Farmasi cawangan Bandar Indera Mahkota, 22 Jun 2020. Jaringan Coop Farmasi di bawah projek perniagaan Pharma Wellness ANGKASAmerupakan inisiatifANGKASAuntuk menyediakan akses kesihatan yang lebih baik kepada anggota koperasi dan masyarakat serta bertindak sebagai hub pembekalan barangan farmasi kepada kedai farmasi milik koperasi yang lain. Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota menawarkan lebih 1,400 SKU antaranya seperti makanan tambahan dan vitamin, produk penjagaan diri dan kosmetik serta peralatan perubatan. ANGKASA akan sentiasa memantau pengurusan dan operasi farmasi tersebut selama enam bulan sebelum diambil oleh MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. Farmasi yang berteraskan koperasi komuniti tersebut juga turut menawarkan potongan harga sebanyak 15 peratus untuk anggota koperasi dan 10 peratus untuk pembeli pertama serta menyediakan khidmat konsultansi perubatan dan pemborongan barangan kesihatan.
» Me
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah menandatangani plak perasmian cawangan baharu Coop Farmasi di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
» Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota mempunyai tiga pekerja termasuk seorang pegawai farmasi.
» Barangan perlindungan diri seperti pembersih tangan (hand sanitizer) dan pelitup muk
» Dato’ Abdul Fattah diberi penerangan oleh pegawai Farmasi, Encik Mohd Afif Sedek mengenai produk kesihatan yang dijual.
9
ANGKASA NIAGA
Farmasi Kedua
emotong riben tanda perasmian Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota.
Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi My ANGKASA Amanah, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Dato’Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Timur, Puan Haslinda Sujak dan Pengerusi-Pengerusi ANGKASA Negeri. Sebagai rekod, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa jumlah farmasi komuniti di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 2,554 buah. Farmasi komuniti adalah farmasi yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membekal ubat- ubatan di premis oleh ahli farmasi yang berlesen, mengikut keperluan kesihatan orang awam dalam sesuatu kawasan.
ka dijual pada harga berpatutan.
10 RENCANA
Keusahawanan Tingkat Keupayaan Koperasi Teroka Bidang Baharu
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
D asar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 merupakan pelan hala tuju yang dirangka melalui Kementerian Pembangunan usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi meningkatkan bilangan usahawan yang lebih berkualiti dan mempunyai pemikiran global yang kompetitif. Antara lain objektif dasar tersebut adalah untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan holistik dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan rakyat Malaysia selain membentuk mentaliti serta membudayakan bidang keusahawanan dalam kalangan mereka. Selaras dengan dasar kerajaan yang optimis mahu sektor keusahawanan dapat meningkatkan ekonomi negara sehingga 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, sektor koperasi juga diharap dapat meningkatkan sumbangan dalam sektor keusahawanan terutama berteraskan aktiviti berkoperasi. Ia bertepatan dengan strategi DKN melalui Teras Strategik Ke-3 iaitu “Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu & Holistik” yang memberi penekanan terhadap pemerkasaan Gerakan Koperasi dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan masyarakat luar bandar termasuklah menggalakkan penubuhan koperasi berasaskan komuniti. Kerajaan mahu sektor ini menjadi lebih berdaya saing pada masa akan datang. Sehingga Disember 2019, Gerakan Koperasi telah mencapai prestasi yang memberangsangkan di mana sebanyak 14,625 buah koperasi telah berdaftar dengan keanggotaan seramai 6.1 juta orang. Jumlah modal syer/yuran anggota adalah sebanyak RM15.3 bilion; jumlah aset RM146.7 bilion dan perolehan sebanyak RM45.7 bilion [Sumber: Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)] Gerakan Koperasi Negara wajar menyahut cabaran meningkatkan perolehan koperasi sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 iaitu lima tahun lebih awal daripada sasaran awal sebagaimana yang terkandung dalam DKN 2030. Cabaran ini dilihat berupaya membuka ruang kepada sektor ketiga ini untuk mencapai aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. Ia sekali gus melonjakkan pencapaian sektor koperasi untuk lebih berdaya saing dan berani sama ada di pasaran domestik mahu pun luar negara.
20 30 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI Dasar Keusahawanan Nasional “Malaysia Negara Keusahawanan Menjelang 2030”
Bagi merealisasikan inisiatif itu, gerakan koperasi di Malaysia perlu mengambil peluang dan ruang dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan, mewujudkan penggabungan koperasi, berani menceburi dan meneroka bidang baharu dan mengembangkan aktiviti sedia ada untuk menguasai pasaran secara lebih meluas menerusi keusahawanan dalam koperasi. Keusahawanan dalam koperasi perlu dilihat dari tiga aspek iaitu mengembangkan perniagaan koperasi, menerapkan nilai keusahawanan ini dalam diri anggota koperasi terutama yang terlibat secara langsung dalam tadbir urus koperasi dan melalui urus niaga dalam kalangan anggota koperasi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pertalian rapat antara satu lain dan kejayaan merealisasikannya bergantung kepada kefahaman, penghayatan dan penglibatan anggota dalam berkoperasi. (Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hasan & Ahmad Marzuki Ismail, 2017 “Keusahawanan Dalam Gerakan Koperasi Sekolah Di Malaysia” ) Dalam konteks ANGKASA, peranan memperkasakan keusahawanan dalam koperasi menjadi keutamaan selaras dengan fungsinya iaitu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi menerusi tiga program utama melalui Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA iaitu Program “100 Product Champion”; Program BA 100 dan Program ‘Go Global’. Program “100 Product Champion” kini telah berjaya membangunkan 61 produk Unit Simpanan Stok (SKU) koperasi dan sebahagiannya telah berjaya memasuki pasaran luar negara.
ANGKASA turut diberi peranan oleh Kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui Program BA 100 yang telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Kerajaan Malaysia sebagai Program Nasional. Manakala Program ‘Go Global’ yang dinamakan sebagai ‘Malaysia Coop Plate’ (MCP) mempunyai matlamat meningkatkan pemasaran produk-produk koperasi ke luar negara terutamanya dalam kalangan negara ASEAN menerusi tiga strategi utama. Strategi tersebut ialah kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategik di luar negara untuk meneroka peluang perniagaan; penyertaan dalam ekspo perdagangan luar negara serta menganjurkan pameran produk koperasi dan pemadanan perniagaan di luar negara. Bertindak sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi di negara ini, ANGKASA akan terus memberi sokongan dan bimbingan berterusan kepada usaha- usaha koperasi menjalankan operasi masing-masing sama ada dalam pentadbiran mahu pun perniagaan yang dilaksanakan. Usaha ini diharap dapat melonjakkan pencapaian Gerakan Koperasi Negara sekali gus melihat sektor ini bangkit menyumbang dan berkongsi kekayaan negara menerusi penglibatan aktif dalam meneroka peluang perniagaan baharu. Kerjasama erat dengan MEDAC juga akan terus diperkasa dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan inovasi semasa untuk memacu pembangunan perniagaan koperasi demi manfaat dan kesejahteraan enam juta anggota koperasi.
ANGKASA 11
ANGKASA Majukan Koperasi di Kawasan Geopark Jerai
Oleh : RAHMAT MOHD DID
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) dan Konsultan Projek Geopark Jerai, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman (MOU) masing-masing. Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kanan), Penasihat Undang-undang ANGKASA, Dato’ Mohamad Shariff Abu Samah (tiga dari kiri) dan Pengurus Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan kesihatan, Encik Jamar Mat Ali (dua dari kanan).
K operasi-koperasi sekitar da- erah Kuala Muda dan Yan di Kedah bakal menerima manfaat apabila ANGKASA bakal melaksanakan inisiatif baharu khususnya dalam sektor pelancongan. Setakat ini, ANGKASA telah menandatangani perjanjian per- sefahaman dengan Konsultan Projek Geopark Jerai. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo sebagai langkah menetapkan hala tuju yang lebih luas untuk sektor koperasi di Kedah. Ia bagi membolehkan sektor koperasi dapat berperanan sebagai penggerak ekonomi secara lebih dominan terhadap industri pelancongan di negeri Kedah. Melaluinya, pihak konsultan akan memastikan koperasi-koperasi di Kedah mendapat bimbingan secara penuh dari semasa ke semasa bagi menjalankan perniagaan di kawasan Geopark Jerai. Geopark Jerai yang berkeluasan 816 kilometer persegi termasuk kawasan daratan seluas 501 kilometer persegi merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan Yan selain turut melibatkan sebanyak lima buah pulau iaitu Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Sayak, Pulau Songsong dan Pulau Telur.
Faktor utama yang menjadikan kawasan Jerai sebagai geopark adalah keunikan aspek geologi batuannya yang dianggap sebagai yang tertua di Malaysia. Selain itu, Gunung Jerai sendiri mempunyai tarikan dari aspek geologi pembentukan, komposisi batuan dan kepentingannya dari aspek nilai sejarah, budaya dan tamadun. Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuan Tamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok. Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai adalah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi. Geopark Jerai terdiri daripada 265 geotapak bernilai negeri dan kebangsaan termasuk tiga kompleks geoarkeologi serta sembilan tapak sejarah dan budaya. Geopark Jerai diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan sempena pertabalan Sultan Kedah ke-29 oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 24 November 2018 di kaki Gunung Jerai.
Koperasi Berdekatan Geopark Jerai
- Koperasi Desa Lestari Kampung Bujang Kedah Bhd - Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah Bhd
- Koperasi Nelayan Tanjung Dawai Bhd - Koperasi Pantai Merdeka Kedah Bhd - Koperasi Desa KEDA Kuala Sungai Udang Yan Bhd - Koperasi Pembangunan Daerah Yan Bhd - Koperasi Sabena Bhd
ANGKASA 12
ANGKASA Perkasa Gerakan Koperasi Negeri Kedah Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI ‘B angunkan Komuniti Melalui Koperasi’ menjadi agenda utama perbincangan langsung ANGKASA bersama koperasi, ‘Bangunkan Komuniti Melalui Koperasi’
syarikat serta agensi kerajaan tempatan dalam usaha untuk terus membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran produk dan perkhidmatan koperasi secara lebih efektif dan dominan. Program anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah telah menjayakan beberapa siri tinjauan bermula lawatan kerja ke Kompleks Bazar Rakyat di Pendang. Beliau yang diiringi Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh serta barisan Ahli Jawatankuasa JPAN yang lain telah meninjau potensi bangunan berkenaan yang bakal dijadikan sebagai sebagai pusat pengedaran dan jualan
» Bergambar di hadapan Kompleks Bazar Rakyat Pendang.
» Dato’ Abdul Fattah (kanan) meninjau sarang lebah kelulut yang diusahakan oleh Koperasi Wawasan Kampung Kuala Kerik Sik Kedah Berhad.
» Dato’ Abdul Fattah (dua dari kiri) bergambar bersama kotak penghantaran bermotosikal yang bakal diusahakan oleh syarikat Mini Suri Heritage Sdn. Bhd.
produk-produk BA100 dengan kerjasama Koperasi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Berhad. Selain itu, ANGKASA juga akan memberi peluang kepada koperasi-koperasi khususnya di daerah Pendang yang berminat untuk menjalankan perniagaan masing-masing melalui penyewaan lot- lot kedai yang tersedia di bazar tersebut. Tinjauan seterusnya dijalankan di Kampung Kerik, Sik bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Wawasan Kampung Kuala Kerik Sik Kedah Berhad. Sesi lawatan tersebut antara lainnya adalah bagi meninjau dan menilai prestasi semasa perniagaan koperasi berkenaan seperti penyewaan jengkaut, lori dan khemah. Dato’ Abdul Fattah juga turut memberikan pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi membantu melancarkan lagi aktiviti perniagaan koperasi khususnya terhadap aktiviti ekonomi yang terjejas akibat Covid-19. Tinjauan seterusnya adalah di SALAM T MART milik Koperasi Muamalat Kuala Muda Berhad (KOMUDA) yang baru sahaja memulakan
Berhad berhasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dengan koperasi yang lain dalam bidang peruncitan, pemborongan, farmasi dan penjagaan diri. Sesi tersebut juga diadakan bagi meninjau potensi produk-produk lain yang sesuai untuk dibangunkan secara OEM oleh syarikat berkenaan. Hadir sama dalam sesi tinjauan tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. » Dato’ Abdul Fattah ketika melawat ladang ternak di pusat ternakan lembu milik Teras Maju Dinamik Sdn. Bhd. di Tikam Batu.
» Kunjungan ke SALAM T MART milik Koperasi Muamalat Kuala Muda Berhad (KOMUDA).
operasinya Mac lepas di Sungai Petani. Sesi tinjauan bersambung pula selepas itu di Tikam Batu bagi membincangkan projek inovasi makanan formulasi HAYLAGE bersama syarikat Teras Maju Dinamik Sdn. Bhd. Projek tersebut dianggap sebagai sangat penting bagi membantu memenuhi keperluan nutrisi haiwan ruminan khususnya lembu ternakan milik koperasi dengan kualiti yang terbaik dan harga yang lebih rendah. Kerjasama akan dijalinkan bersama KONSORMAS. Perbincangan bersama syarikat Mini Suri Heritage Sdn. Bhd. juga turut diadakan di Mergong, Alor Setar. Syarikat ini yang telah bekerjasama dengan Koperasi FELDA Mempaga 3
13 KOPERASI
Tingkat Ekonomi Anggota Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI P erkembangan pesat sektor peruncitan koperasi bukan sahaja memberi jaminan kepada program pembangunan produk berasaskan Program Peruncitan Koperasi produk hasilan sendiri sebagai pendapatan tambahan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan
juga turut menawarkan perkhidmatan belian secara dalam talian yang diuruskan sendiri oleh petugas Best Mart kepada komuniti setempat. Pengurusan Pasaraya Best Mart juga merancang untuk menambah bilangan cawangannya di beberapa buah negeri seperti di Pulau Pinang, Pahang dan Selangor dalam tahun ini. Best Mart juga ada menjual pelbagai hasilan laut segar seperti ikan, sotong, ketam dan udang pada harga berpatutan.
Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib- naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, Encik Amran Abd. Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin; Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi Ko-Best, Dato’ Mazlan Hashim serta barisan Anggota Lembaga Ko-Best. Dalam majlis yang sama, satu sesi penyampaian sumbangan bantuan barangan dapur kepada 20 orang asnaf telah disampaikan oleh Datuk Zakaria Abd. Rahman, ALK Ko-Best. Pasaraya Best Mart beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam dan diuruskan oleh tujuh petugas. Selain menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan runcit, Best Mart
peruncitan malah turut membuka pelbagai peluang ekonomi melalui pembukaan lebih banyak kedai koperasi, pembekalan barangan keluaran koperasi selain peluang pekerjaan baharu. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, situasi tersebut juga bertepatan dengan landasan yang dibina oleh ANGKASA untuk menjana pembangunan peruncitan koperasi sehingga tiga ribu buah kedai runcit koperasi pada tahun hadapan. Beliau berucap demikian di majlis doa selamat sempena pembukaan Pasaraya Best Mart milik Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad (Ko-Best) di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 4 Julai lalu. Dato’ Abdul Fattah juga menyatakan penghargaan dan kekaguman terhadap inisiatif berterusan koperasi tersebut untuk terus mengembangkan perniagaan berasaskan peruncitan sekali gus membuka peluang khususnya kepada anggota koperasi untuk terlibat secara
Pasaraya Best Mart No. 8 Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur No Tel: 03 6242 2203 E-mel: info@ko-best.my
lebih aktif dalam aliran yang sama melalui pembekalan
» Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, En. Amran Abd. Kadir menyampaikan ucapan dalam majlis doa selamat pembukaan Ko-Best Mart.
14 KOPERASI
KOPETRO Sumbang Produk RTE Kepada ‘Frontliners’
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
» Kumpulan barisan hadapan ( frontliners ) yang telah menerima sumbangan produk-produk ‘LengQuas’ daripada KOPETRO Food.
U saha memerangi wabak COVID-19 yang menular di seluruh negara telah menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, saban hari kita mendengar dan melihat banyak syarikat korporat, koperasi, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menghulurkan bantuan dengan menderma sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelindung muka ( face shield ) untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan ( frontliners ). Di samping itu, bantuan kewangan dan sumbangan barangan asas juga turut diberikan kepada yang memerlukan terutama golongan B40. Anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) iaitu KOPETRO Food Sdn. Bhd. adalah antara yang terlibat menghulurkan sumbangan dalam bentuk produk ‘makanan sedia dimakan’ (RTE) kepada petugas barisan hadapan dalam tiga sektor iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Antara penerima sumbangan oleh KOPETRO Food adalah Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S., Balai Polis Pudu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Klinik Kesihatan Cheras, Alam Flora MP Kg. Periuk dan Alam Flora MP Tiung Nam. Produk RTE yang diberi nama ‘LengQuas’ mula dihasilkan oleh KOPETRO Food pada tahun 2016 setelah meraih pengalaman dan kepakaran yang luas dalam menyediakan perkhidmatan katering dan makanan siap bungkus sejak tahun 2010. Sehingga kini, terdapat 14 SKU di bawah jenama ‘LengQuas’ yang diedarkan ke 15 outlet di seluruh negara dengan nilai jualan sebanyak RM70 ribu sebulan. Dalam sehari, KOPETRO Food yang mempunyai tenaga kerja seramai 68 orang itu berupaya mengeluarkan kira-kira seribu pek makanan melalui dapur pusat ( central kitchen ) yang terletak di Seri Kembangan. Setiap tahun juga, KOPETRO Food menyediakan produk RTE untuk jemaah umrah di bawah kendalian satu lagi anak syarikat KOPETRO iaitu KOPETRO Travel & Tours. Ini menunjukkan produk ‘LengQuas’ mendapat permintaan dalam kalangan pengguna dan membuktikan koperasi mampu untuk berdaya saing dalam industri pembuatan makanan.
Dalam usaha untuk memastikan produk kekal kompetitif dan diterima pelanggan, syarikat tersebut juga telah merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian penjualan di peringkat antarabangsa memandangkan terdapat juga permintaan dari negara luar seperti Indonesia dan Arab Saudi. KOPETRO Food juga turut berusaha untuk meningkatkan produktiviti dengan menambah jumlah mesin pemprosesan makanan serta mengadaptasi inovasi dan teknologi baharu dalam proses pembuatan produk mereka.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (lima dari kiri) melawat dapur setempat (central kitchen) KOPETRO Food pada 13 Mei 2019.
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad Kopetro Food Sdn Bhd No. 7, Jalan Perindustrian PP5, Taman Perindustrian Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan No. telefon 03-8940 0378 E-mel food@kopetro.com.my Facebook @kopetrofood Instagram @kopetrofood
» Produk-produk ‘LengQuas’ yang boleh didapati di pasaran tempatan.
» Sebanyak 14 SKU yang terdiri daripada nasi berlauk dan lauk pauk yang mendapat sambutan pengguna.
15 KOPERASI
Yakin Teknologi Retort Mampu Bantu Koperasi Berdaya Saing Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
» Kilang Sahabat Ikhtiar Retort Sdn. Bhd. dan Sahabat Retort Food yang terletak di Senawang, Seremban Negeri Sembilan.
» Gudang simpanan produk MRE.
» Teknologi retort mampu menghasilkan produk yang selamat dan bebas daripada bakteria serta tidak menggunakan bahan pengawet.
B erkualiti tinggi, mudah dan cepat untuk disediakan serta memenuhi cita rasa tempatan adalah antara faktor produk makanan sedia dimakan (MRE) semakin mendapat sambutan ramai.
» Makanan berkuah antara produk yang turut dihasilkan.
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mula berkecimpung dalam bidang pembuatan MRE sejak 2014 melalui pengambilalihan Sahabat Ikhtiar Retort Sdn. Bhd. daripada Sime Darby Aliff Retort Pack Sdn. Bhd. Pengambilalihan tersebut merupakan antara pelaburan awal Koop Sahabat dalam teknologi retort yang pada ketika itu dilihat masih baru dan belum digunakan secara meluas di Malaysia. Teknologi tersebut yang digunakan untuk menghasilkan produk MRE membolehkan masa memasak dikurangkan sehingga 50 peratus tanpa menjejaskan rasa, nutrisi dan kualiti produk serta memanjangkan jangka hayat produk sehingga 18 ke 24 bulan. Memandangkan majoriti anggota
peluang kepada pihak luar untuk mengeluarkan produk mereka secara Original Equipment Manufacturer (OEM). Sehingga kini, syarikat tersebut mempunyai lebih 10 pelanggan OEM yang menghasilkan pelbagai produk dengan jenama sendiri. Penyelidikan dan pembangunan produk yang berterusan adalah antara strategi yang digunakan oleh syarikat untuk memastikannya kekal bersaing dalam industri selain memastikan semua produk yang dikeluarkan berkualiti, selamat dimakan, halal dan suci dengan pengiktirafan Halal dari JAKIM serta mempunyai pensijilan MeSTi, SIRIM, GMP serta HACCP.
» Antara produk keluaran Sahabat Ikhtiar Retort.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak koperasi terlibat dalam teknologi retort, Sahabat Ikhtiar Retort akan menyediakan peruntukan untuk pengiklanan dan promosi supaya penekanan terhadap kepentingan teknologi tersebut dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Persediaan untuk memastikan produk keluaran mereka memenuhi syarat- syarat eksport ke negara-negara terpilih juga sedang dilakukan. Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad Sahabat Ikhtiar Retort Sdn. Bhd. No. 11B, Lot PT 14725, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus No. telefon 06-675 1526 E-mel info@sahabatretortfood.com
Koop Sahabat berkecimpung dalam industri pemakanan, pelaburan tersebut adalah relevan dalam usaha menggalakkan mereka menghasilkan produk sendiri menggunakan teknologi pembungkusan yang lebih menarik dan inovatif serta menjamin keselamatan makanan. Anggota juga diberi peluang menjadi pengedar rasmi bagi produk- produk keluaran Sahabat Ikhtiar Retort sekali gus membantu mereka meningkatkan pendapatan. Sahabat Ikhtiar Retort turut membuka
» Koop Sahabat aktif menyertai ekspo makanan untuk mempromosikan produk.
16 ANGKASA NIAGA
Yakult Sertai Program BA100
Y akult (Malaysia) Sdn. Bhd. kini menjadi salah satu pembekal dalam platform JiMATBIZ (www. jimatbiz.com) melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan ANGKASA di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 10 Julai 2020. Melalui kerjasama itu, produk keluaran Yakult akan dibekalkan kepada lebih 1,400 koperasi yang berdaftar di Oleh : NADIAH KAMARUDIN
dalam kalangan pengguna pada harga yang lebih kompetitif. Sebagai rekod, ANGKASA telah menjalin kerjasama dengan Yakult sejak tahun 2017 menerusi kerjasama pembekalan produk susu kultur probiotik keluaran syarikat antarabangsa tersebut kepada koperasi sekolah di seluruh negara. Program BA100 merupakan inisiatif ANGKASA untuk membantu kerajaan dalam misi mengurangkan kos sara hidup
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah bertukar dokumen MoU dengan Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada.
bawah Program Barang Asas 100 (BA100). Sehingga kini, lebih 20 syarikat telah menyertai platform JiMATBIZ sebagai pembekal melibatkan lebih 1,000 SKU. Dalam ucapan aluannya, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat yang berminat untuk menjadi pembekal program BA100 bagi mempelbagaikan lagi produk jualan di kedai runcit milik koperasi. Tambah beliau, kerjasama dengan Yakult menunjukkan usaha berterusan ANGKASA dalam memastikan koperasi menawarkan barisan produk yang mendapat sambutan
dengan memperkenalkan sistem JiMATBIZ dan JiMATSHOP (www. jimatshop.com). Pengguna boleh membeli barangan keperluan harian dengan melayari laman web JiMATSHOP. Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya; Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam dan Sains Yakult, Puan Mazlyn Mena; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease