10 RENCANA
Keusahawanan Tingkat Keupayaan Koperasi Teroka Bidang Baharu
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
D asar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 merupakan pelan hala tuju yang dirangka melalui Kementerian Pembangunan usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi meningkatkan bilangan usahawan yang lebih berkualiti dan mempunyai pemikiran global yang kompetitif. Antara lain objektif dasar tersebut adalah untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan holistik dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan rakyat Malaysia selain membentuk mentaliti serta membudayakan bidang keusahawanan dalam kalangan mereka. Selaras dengan dasar kerajaan yang optimis mahu sektor keusahawanan dapat meningkatkan ekonomi negara sehingga 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, sektor koperasi juga diharap dapat meningkatkan sumbangan dalam sektor keusahawanan terutama berteraskan aktiviti berkoperasi. Ia bertepatan dengan strategi DKN melalui Teras Strategik Ke-3 iaitu “Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu & Holistik” yang memberi penekanan terhadap pemerkasaan Gerakan Koperasi dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan masyarakat luar bandar termasuklah menggalakkan penubuhan koperasi berasaskan komuniti. Kerajaan mahu sektor ini menjadi lebih berdaya saing pada masa akan datang. Sehingga Disember 2019, Gerakan Koperasi telah mencapai prestasi yang memberangsangkan di mana sebanyak 14,625 buah koperasi telah berdaftar dengan keanggotaan seramai 6.1 juta orang. Jumlah modal syer/yuran anggota adalah sebanyak RM15.3 bilion; jumlah aset RM146.7 bilion dan perolehan sebanyak RM45.7 bilion [Sumber: Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)] Gerakan Koperasi Negara wajar menyahut cabaran meningkatkan perolehan koperasi sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 iaitu lima tahun lebih awal daripada sasaran awal sebagaimana yang terkandung dalam DKN 2030. Cabaran ini dilihat berupaya membuka ruang kepada sektor ketiga ini untuk mencapai aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. Ia sekali gus melonjakkan pencapaian sektor koperasi untuk lebih berdaya saing dan berani sama ada di pasaran domestik mahu pun luar negara.
20 30 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI Dasar Keusahawanan Nasional “Malaysia Negara Keusahawanan Menjelang 2030”
Bagi merealisasikan inisiatif itu, gerakan koperasi di Malaysia perlu mengambil peluang dan ruang dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan, mewujudkan penggabungan koperasi, berani menceburi dan meneroka bidang baharu dan mengembangkan aktiviti sedia ada untuk menguasai pasaran secara lebih meluas menerusi keusahawanan dalam koperasi. Keusahawanan dalam koperasi perlu dilihat dari tiga aspek iaitu mengembangkan perniagaan koperasi, menerapkan nilai keusahawanan ini dalam diri anggota koperasi terutama yang terlibat secara langsung dalam tadbir urus koperasi dan melalui urus niaga dalam kalangan anggota koperasi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pertalian rapat antara satu lain dan kejayaan merealisasikannya bergantung kepada kefahaman, penghayatan dan penglibatan anggota dalam berkoperasi. (Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hasan & Ahmad Marzuki Ismail, 2017 “Keusahawanan Dalam Gerakan Koperasi Sekolah Di Malaysia” ) Dalam konteks ANGKASA, peranan memperkasakan keusahawanan dalam koperasi menjadi keutamaan selaras dengan fungsinya iaitu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi menerusi tiga program utama melalui Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA iaitu Program “100 Product Champion”; Program BA 100 dan Program ‘Go Global’. Program “100 Product Champion” kini telah berjaya membangunkan 61 produk Unit Simpanan Stok (SKU) koperasi dan sebahagiannya telah berjaya memasuki pasaran luar negara.
ANGKASA turut diberi peranan oleh Kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui Program BA 100 yang telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Kerajaan Malaysia sebagai Program Nasional. Manakala Program ‘Go Global’ yang dinamakan sebagai ‘Malaysia Coop Plate’ (MCP) mempunyai matlamat meningkatkan pemasaran produk-produk koperasi ke luar negara terutamanya dalam kalangan negara ASEAN menerusi tiga strategi utama. Strategi tersebut ialah kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategik di luar negara untuk meneroka peluang perniagaan; penyertaan dalam ekspo perdagangan luar negara serta menganjurkan pameran produk koperasi dan pemadanan perniagaan di luar negara. Bertindak sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi di negara ini, ANGKASA akan terus memberi sokongan dan bimbingan berterusan kepada usaha- usaha koperasi menjalankan operasi masing-masing sama ada dalam pentadbiran mahu pun perniagaan yang dilaksanakan. Usaha ini diharap dapat melonjakkan pencapaian Gerakan Koperasi Negara sekali gus melihat sektor ini bangkit menyumbang dan berkongsi kekayaan negara menerusi penglibatan aktif dalam meneroka peluang perniagaan baharu. Kerjasama erat dengan MEDAC juga akan terus diperkasa dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan inovasi semasa untuk memacu pembangunan perniagaan koperasi demi manfaat dan kesejahteraan enam juta anggota koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease