WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2020

ANGKASA 11

ANGKASA Majukan Koperasi di Kawasan Geopark Jerai

Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) dan Konsultan Projek Geopark Jerai, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman (MOU) masing-masing. Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kanan), Penasihat Undang-undang ANGKASA, Dato’ Mohamad Shariff Abu Samah (tiga dari kiri) dan Pengurus Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan kesihatan, Encik Jamar Mat Ali (dua dari kanan).

K operasi-koperasi sekitar da- erah Kuala Muda dan Yan di Kedah bakal menerima manfaat apabila ANGKASA bakal melaksanakan inisiatif baharu khususnya dalam sektor pelancongan. Setakat ini, ANGKASA telah menandatangani perjanjian per- sefahaman dengan Konsultan Projek Geopark Jerai. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo sebagai langkah menetapkan hala tuju yang lebih luas untuk sektor koperasi di Kedah. Ia bagi membolehkan sektor koperasi dapat berperanan sebagai penggerak ekonomi secara lebih dominan terhadap industri pelancongan di negeri Kedah. Melaluinya, pihak konsultan akan memastikan koperasi-koperasi di Kedah mendapat bimbingan secara penuh dari semasa ke semasa bagi menjalankan perniagaan di kawasan Geopark Jerai. Geopark Jerai yang berkeluasan 816 kilometer persegi termasuk kawasan daratan seluas 501 kilometer persegi merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan Yan selain turut melibatkan sebanyak lima buah pulau iaitu Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Sayak, Pulau Songsong dan Pulau Telur.

Faktor utama yang menjadikan kawasan Jerai sebagai geopark adalah keunikan aspek geologi batuannya yang dianggap sebagai yang tertua di Malaysia. Selain itu, Gunung Jerai sendiri mempunyai tarikan dari aspek geologi pembentukan, komposisi batuan dan kepentingannya dari aspek nilai sejarah, budaya dan tamadun. Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuan Tamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok. Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai adalah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi. Geopark Jerai terdiri daripada 265 geotapak bernilai negeri dan kebangsaan termasuk tiga kompleks geoarkeologi serta sembilan tapak sejarah dan budaya. Geopark Jerai diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan sempena pertabalan Sultan Kedah ke-29 oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 24 November 2018 di kaki Gunung Jerai.

Koperasi Berdekatan Geopark Jerai

- Koperasi Desa Lestari Kampung Bujang Kedah Bhd - Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah Bhd

- Koperasi Nelayan Tanjung Dawai Bhd - Koperasi Pantai Merdeka Kedah Bhd - Koperasi Desa KEDA Kuala Sungai Udang Yan Bhd - Koperasi Pembangunan Daerah Yan Bhd - Koperasi Sabena Bhd

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease