WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2020

ANGKASA 12

ANGKASA Perkasa Gerakan Koperasi Negeri Kedah Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI ‘B angunkan Komuniti Melalui Koperasi’ menjadi agenda utama perbincangan langsung ANGKASA bersama koperasi, ‘Bangunkan Komuniti Melalui Koperasi’

syarikat serta agensi kerajaan tempatan dalam usaha untuk terus membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran produk dan perkhidmatan koperasi secara lebih efektif dan dominan. Program anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah telah menjayakan beberapa siri tinjauan bermula lawatan kerja ke Kompleks Bazar Rakyat di Pendang. Beliau yang diiringi Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh serta barisan Ahli Jawatankuasa JPAN yang lain telah meninjau potensi bangunan berkenaan yang bakal dijadikan sebagai sebagai pusat pengedaran dan jualan

» Bergambar di hadapan Kompleks Bazar Rakyat Pendang.

» Dato’ Abdul Fattah (kanan) meninjau sarang lebah kelulut yang diusahakan oleh Koperasi Wawasan Kampung Kuala Kerik Sik Kedah Berhad.

» Dato’ Abdul Fattah (dua dari kiri) bergambar bersama kotak penghantaran bermotosikal yang bakal diusahakan oleh syarikat Mini Suri Heritage Sdn. Bhd.

produk-produk BA100 dengan kerjasama Koperasi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Berhad. Selain itu, ANGKASA juga akan memberi peluang kepada koperasi-koperasi khususnya di daerah Pendang yang berminat untuk menjalankan perniagaan masing-masing melalui penyewaan lot- lot kedai yang tersedia di bazar tersebut. Tinjauan seterusnya dijalankan di Kampung Kerik, Sik bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Wawasan Kampung Kuala Kerik Sik Kedah Berhad. Sesi lawatan tersebut antara lainnya adalah bagi meninjau dan menilai prestasi semasa perniagaan koperasi berkenaan seperti penyewaan jengkaut, lori dan khemah. Dato’ Abdul Fattah juga turut memberikan pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi membantu melancarkan lagi aktiviti perniagaan koperasi khususnya terhadap aktiviti ekonomi yang terjejas akibat Covid-19. Tinjauan seterusnya adalah di SALAM T MART milik Koperasi Muamalat Kuala Muda Berhad (KOMUDA) yang baru sahaja memulakan

Berhad berhasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dengan koperasi yang lain dalam bidang peruncitan, pemborongan, farmasi dan penjagaan diri. Sesi tersebut juga diadakan bagi meninjau potensi produk-produk lain yang sesuai untuk dibangunkan secara OEM oleh syarikat berkenaan. Hadir sama dalam sesi tinjauan tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. » Dato’ Abdul Fattah ketika melawat ladang ternak di pusat ternakan lembu milik Teras Maju Dinamik Sdn. Bhd. di Tikam Batu.

» Kunjungan ke SALAM T MART milik Koperasi Muamalat Kuala Muda Berhad (KOMUDA).

operasinya Mac lepas di Sungai Petani. Sesi tinjauan bersambung pula selepas itu di Tikam Batu bagi membincangkan projek inovasi makanan formulasi HAYLAGE bersama syarikat Teras Maju Dinamik Sdn. Bhd. Projek tersebut dianggap sebagai sangat penting bagi membantu memenuhi keperluan nutrisi haiwan ruminan khususnya lembu ternakan milik koperasi dengan kualiti yang terbaik dan harga yang lebih rendah. Kerjasama akan dijalinkan bersama KONSORMAS. Perbincangan bersama syarikat Mini Suri Heritage Sdn. Bhd. juga turut diadakan di Mergong, Alor Setar. Syarikat ini yang telah bekerjasama dengan Koperasi FELDA Mempaga 3

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease