WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2020

14 KOPERASI

KOPETRO Sumbang Produk RTE Kepada ‘Frontliners’

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

» Kumpulan barisan hadapan ( frontliners ) yang telah menerima sumbangan produk-produk ‘LengQuas’ daripada KOPETRO Food.

U saha memerangi wabak COVID-19 yang menular di seluruh negara telah menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, saban hari kita mendengar dan melihat banyak syarikat korporat, koperasi, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menghulurkan bantuan dengan menderma sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelindung muka ( face shield ) untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan ( frontliners ). Di samping itu, bantuan kewangan dan sumbangan barangan asas juga turut diberikan kepada yang memerlukan terutama golongan B40. Anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) iaitu KOPETRO Food Sdn. Bhd. adalah antara yang terlibat menghulurkan sumbangan dalam bentuk produk ‘makanan sedia dimakan’ (RTE) kepada petugas barisan hadapan dalam tiga sektor iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Antara penerima sumbangan oleh KOPETRO Food adalah Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S., Balai Polis Pudu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Klinik Kesihatan Cheras, Alam Flora MP Kg. Periuk dan Alam Flora MP Tiung Nam. Produk RTE yang diberi nama ‘LengQuas’ mula dihasilkan oleh KOPETRO Food pada tahun 2016 setelah meraih pengalaman dan kepakaran yang luas dalam menyediakan perkhidmatan katering dan makanan siap bungkus sejak tahun 2010. Sehingga kini, terdapat 14 SKU di bawah jenama ‘LengQuas’ yang diedarkan ke 15 outlet di seluruh negara dengan nilai jualan sebanyak RM70 ribu sebulan. Dalam sehari, KOPETRO Food yang mempunyai tenaga kerja seramai 68 orang itu berupaya mengeluarkan kira-kira seribu pek makanan melalui dapur pusat ( central kitchen ) yang terletak di Seri Kembangan. Setiap tahun juga, KOPETRO Food menyediakan produk RTE untuk jemaah umrah di bawah kendalian satu lagi anak syarikat KOPETRO iaitu KOPETRO Travel & Tours. Ini menunjukkan produk ‘LengQuas’ mendapat permintaan dalam kalangan pengguna dan membuktikan koperasi mampu untuk berdaya saing dalam industri pembuatan makanan.

Dalam usaha untuk memastikan produk kekal kompetitif dan diterima pelanggan, syarikat tersebut juga telah merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian penjualan di peringkat antarabangsa memandangkan terdapat juga permintaan dari negara luar seperti Indonesia dan Arab Saudi. KOPETRO Food juga turut berusaha untuk meningkatkan produktiviti dengan menambah jumlah mesin pemprosesan makanan serta mengadaptasi inovasi dan teknologi baharu dalam proses pembuatan produk mereka.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (lima dari kiri) melawat dapur setempat (central kitchen) KOPETRO Food pada 13 Mei 2019.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad Kopetro Food Sdn Bhd No. 7, Jalan Perindustrian PP5, Taman Perindustrian Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan No. telefon 03-8940 0378 E-mel food@kopetro.com.my Facebook @kopetrofood Instagram @kopetrofood

» Produk-produk ‘LengQuas’ yang boleh didapati di pasaran tempatan.

» Sebanyak 14 SKU yang terdiri daripada nasi berlauk dan lauk pauk yang mendapat sambutan pengguna.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease