15 KOPERASI
Yakin Teknologi Retort Mampu Bantu Koperasi Berdaya Saing Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
» Kilang Sahabat Ikhtiar Retort Sdn. Bhd. dan Sahabat Retort Food yang terletak di Senawang, Seremban Negeri Sembilan.
» Gudang simpanan produk MRE.
» Teknologi retort mampu menghasilkan produk yang selamat dan bebas daripada bakteria serta tidak menggunakan bahan pengawet.
B erkualiti tinggi, mudah dan cepat untuk disediakan serta memenuhi cita rasa tempatan adalah antara faktor produk makanan sedia dimakan (MRE) semakin mendapat sambutan ramai.
» Makanan berkuah antara produk yang turut dihasilkan.
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mula berkecimpung dalam bidang pembuatan MRE sejak 2014 melalui pengambilalihan Sahabat Ikhtiar Retort Sdn. Bhd. daripada Sime Darby Aliff Retort Pack Sdn. Bhd. Pengambilalihan tersebut merupakan antara pelaburan awal Koop Sahabat dalam teknologi retort yang pada ketika itu dilihat masih baru dan belum digunakan secara meluas di Malaysia. Teknologi tersebut yang digunakan untuk menghasilkan produk MRE membolehkan masa memasak dikurangkan sehingga 50 peratus tanpa menjejaskan rasa, nutrisi dan kualiti produk serta memanjangkan jangka hayat produk sehingga 18 ke 24 bulan. Memandangkan majoriti anggota
peluang kepada pihak luar untuk mengeluarkan produk mereka secara Original Equipment Manufacturer (OEM). Sehingga kini, syarikat tersebut mempunyai lebih 10 pelanggan OEM yang menghasilkan pelbagai produk dengan jenama sendiri. Penyelidikan dan pembangunan produk yang berterusan adalah antara strategi yang digunakan oleh syarikat untuk memastikannya kekal bersaing dalam industri selain memastikan semua produk yang dikeluarkan berkualiti, selamat dimakan, halal dan suci dengan pengiktirafan Halal dari JAKIM serta mempunyai pensijilan MeSTi, SIRIM, GMP serta HACCP.
» Antara produk keluaran Sahabat Ikhtiar Retort.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak koperasi terlibat dalam teknologi retort, Sahabat Ikhtiar Retort akan menyediakan peruntukan untuk pengiklanan dan promosi supaya penekanan terhadap kepentingan teknologi tersebut dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Persediaan untuk memastikan produk keluaran mereka memenuhi syarat- syarat eksport ke negara-negara terpilih juga sedang dilakukan. Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad Sahabat Ikhtiar Retort Sdn. Bhd. No. 11B, Lot PT 14725, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus No. telefon 06-675 1526 E-mel info@sahabatretortfood.com
Koop Sahabat berkecimpung dalam industri pemakanan, pelaburan tersebut adalah relevan dalam usaha menggalakkan mereka menghasilkan produk sendiri menggunakan teknologi pembungkusan yang lebih menarik dan inovatif serta menjamin keselamatan makanan. Anggota juga diberi peluang menjadi pengedar rasmi bagi produk- produk keluaran Sahabat Ikhtiar Retort sekali gus membantu mereka meningkatkan pendapatan. Sahabat Ikhtiar Retort turut membuka
» Koop Sahabat aktif menyertai ekspo makanan untuk mempromosikan produk.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease