16 ANGKASA NIAGA
Yakult Sertai Program BA100
Y akult (Malaysia) Sdn. Bhd. kini menjadi salah satu pembekal dalam platform JiMATBIZ (www. jimatbiz.com) melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan ANGKASA di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 10 Julai 2020. Melalui kerjasama itu, produk keluaran Yakult akan dibekalkan kepada lebih 1,400 koperasi yang berdaftar di Oleh : NADIAH KAMARUDIN
dalam kalangan pengguna pada harga yang lebih kompetitif. Sebagai rekod, ANGKASA telah menjalin kerjasama dengan Yakult sejak tahun 2017 menerusi kerjasama pembekalan produk susu kultur probiotik keluaran syarikat antarabangsa tersebut kepada koperasi sekolah di seluruh negara. Program BA100 merupakan inisiatif ANGKASA untuk membantu kerajaan dalam misi mengurangkan kos sara hidup
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah bertukar dokumen MoU dengan Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada.
bawah Program Barang Asas 100 (BA100). Sehingga kini, lebih 20 syarikat telah menyertai platform JiMATBIZ sebagai pembekal melibatkan lebih 1,000 SKU. Dalam ucapan aluannya, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat yang berminat untuk menjadi pembekal program BA100 bagi mempelbagaikan lagi produk jualan di kedai runcit milik koperasi. Tambah beliau, kerjasama dengan Yakult menunjukkan usaha berterusan ANGKASA dalam memastikan koperasi menawarkan barisan produk yang mendapat sambutan
dengan memperkenalkan sistem JiMATBIZ dan JiMATSHOP (www. jimatshop.com). Pengguna boleh membeli barangan keperluan harian dengan melayari laman web JiMATSHOP. Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya; Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam dan Sains Yakult, Puan Mazlyn Mena; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease