WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2020

2

ANGKASA

» Pelbagai isu berkaitan koperasi dibincangkan sewaktu pertemuan antara delegasi ANGKASA dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid

Sementara itu, pada hari yang sama, delegasi ANGKASA turut mengadakan kunjung hormat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid. Dalam pertemuan tersebut, Datin Mastura bersetuju bahawa koperasi adalah antara platform yang boleh menyelesaikan permasalahan B40 dan rakyat termiskin. Ia sekali gus menyatakan komitmennya untuk membantu gerakan koperasi bagi mendapatkan geran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama ( Shared Prosperity Delivering Unit ) SEPADU yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Hadir sama dalam kunjung hormat tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik S. Ahlaimuniandy; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik Shaharuddin Mohamed dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah) menunjukkan produk BA100 kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid (kanan).

Dari Meja Presiden ANGKASA

ANGKASA sentiasa meninjau peluang- peluang baharu melibatkan rangkaian penginapan seperti homestay, resort dan hotel koperasi yang menawarkan harga berpatutan melalui COOPSTAY, COOPHOTEL,COOPSPA dan lain-lain. Koperasi perlu sentiasa berhubung bagi membina satu resolusi yang mantap demi memastikan program pelancongan domestik anjuran koperasi terus berdaya saing dan berupaya memberi pulangan yang sewajarnya atau lebih baik meskipun terpaksa berdepan dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu akibat penularan Covid-19.

A ktiviti pelancongan domestik kini semakin diberi tumpuan oleh pengusaha pelancongan ekoran masalah pandemik Covid-19 yang menghalang kemasukan pelancong daripada luar negara. Justeru, koperasi yang terlibat dalam sektor berkaitan perlu memikirkan strategi perniagaan terbaik bagi memastikan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan kepada pelancong

tempatan mampu memberi nilai tambah yang seimbang antara pengusaha dan juga pelanggan. Banyak pendekatan perniagaan yang boleh dijalankan secara kerjasama dalam usaha untuk memastikan kos operasi menjadi lebih rendah namun pada masa yang sama, pakej yang disediakan menarik dan berbaloi dengan ringgit yang dikeluarkan.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease