4
ANGKASA
www.coopqurban.com
Permudah Urusan Ibadah Korban
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Antara koperasi fidlot yang menyertai Projek Bekalan Lembu Korban KONSORMAS untuk tahun 2020.
Melalui portal tersebut, pelanggan boleh terus membuat tempahan dan bayaran dengan menggunakan sistem pembayaran dalam talian (FPX) atau eWallet. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan portal coopqurban.com membolehkan umat Islam berurusan secara online tanpa perlu ke lokasi penyembelihan seiring dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tambah beliau, KONSORMAS juga akan memastikan semua proses melalui coopqurban. com dijalankan secara telus. Pelanggan juga akan menerima sijil penyertaan yang menyatakan tarikh dan tempat perlaksanaan ibadah korban beserta bukti bergambar haiwan yang dikorbankan. Semua aktiviti korban akan dilaksanakan di masjid-masjid sekitar negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Sebagai rekod, KONSORMAS telah menjalankan projek bekalan lembu korban bagi membekal dan mengedar lembu korban kepada koperasi-koperasi fidlot di seluruh negara bermula tahun 2018. Pada tahun tersebut, hanya sebuah koperasi fidlot yang turut serta dengan membekalkan sebanyak 30 ekor lembu dan diikuti sebanyak 11 buah koperasi fidlot pada tahun berikutnya yang membekal sebanyak 501 ekor lembu. Jumlah terkumpul perolehan yang berjaya dicatat pada kedua-dua tahun ini adalah sebanyak RM1.97 juta. Sempena perayaan Aidiladha tahun ini, Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) menubuhkan se- buah portal, coopqurban.com bagi memudahkan umat Islam menguruskan pelaksanaan ibadah korban.
» Portal coopqurban.com versi mudah alih (mobile).
Bagi tahun 2020, sebanyak 17 buah koperasi fidlot akan turut serta dalam projek tersebut dan membekalkan sebanyak 675 ekor lembu bernilai hampir RM2 juta. Bagi melancarkan operasi ternakan lembu korban pada masa akan datang, KONSORMAS juga akan membuat pajakan Ladang Satelit Nasional Lot 447 di Kampung Kuala Jerang, Mukim Triang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan. » Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KONSORMAS, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA merangkap Setiausaha KONSORMAS, Encik Hasnan Haji Mustapha melihat portal coopqurban.com
PROJEK BEKALAN LEMBU KORBAN KONSORMAS (2018-2020) Tahun Jumlah Koperasi Fidlot
Jumlah Bekalan Lembu
2018
1
30
2019
11
501
2020
17
675
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease