5
ANGKASA
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN MyANGKASA Amanah Berhad Tunai Zakat Perniagaan P embayaran zakat perniagaan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) bagi tahun 2019 berjumlah RM54,109.03 telah berlangsung dalam satu majlis di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Jumlah zakat tersebut adalah berdasarkan
keuntungan yang dicapai sebanyak RM1,733,606.00 untuk tahun ke-3 dan pembayaran tersebut dibuat kepada Lembaga Zakat Selangor melalui Bahagian Zakat ANGKASA. Berbanding tahun sebelum ini, pembayaran zakat telah meningkat sebanyak 60 peratus manakala keuntungan tahun 2019 meningkat 45 peratus berbanding tahun 2018. Sebanyak 25 buah koperasi yang juga rakan niaga MyANGKASA Amanah Berhad turut terlibat dalam sumbangan zakat tersebut. Majlis penyerahan cek bayaran zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi MyANGKASA Amanah merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAAB; Encik Faudzi Mt Din dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan & Pembangunan Syariah, Haji Azhar Hamzah.
» Majlis penyerahan cek bayaran zakat telah disampaikan oleh Pengerusi MyANGKASA Amanah, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease