8
ANGKASA NIAGA
ANGKASA Rasmi Coop F ANGKASA komited dalam usahanya untuk membuka sekurang-kurangnya 16 outlet Coop Farmasi di seluruh negara dalam tempoh dua tahun. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah. Katanya, Coop Farmasi kedua di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang merupakan kesinambungan terhadap langkah tersebut selain melihat kejayaan Coop Farmasi pertama di Bentong, Pahang yang dibuka sejak November tahun lalu. Oleh: NADIAH KAMARUDIN
» Coop Farmasi juga menyediakan pembelian barangan secara dalam talian melalui coopfarmasi.storehub.me
Menurut beliau, pembukaan Coop Farmasi yang kedua itu juga adalah bertepatan dengan keadaan semasa negara yang dilanda pandemik Covid-19. Ia sekali gus dapat membantu masyarakat setempat dalam usaha untuk menangani aspek kesihatan dan pelindungan diri melalui kepelbagaian sumber yang dijual. Pembukaan kedai farmasi juga penting dalam membantu kerajaan khususnya dalam aspek pembekalan ubat-ubatan kepada rakyat pada harga yang berpatutan selain menjamin kestabilan dan kemajuan industri farmaseutikal negara. “Industri farmaseutikal adalah industri yang mencabar, tetapi memberi keuntungan kerana permintaan terhadap produk-produk kesihatan sedia ada, maka ANGKASA mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai jaringan Coop Farmasi”. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian ketika berucap merasmikan Coop Farmasi cawangan Bandar Indera Mahkota, 22 Jun 2020. Jaringan Coop Farmasi di bawah projek perniagaan Pharma Wellness ANGKASAmerupakan inisiatifANGKASAuntuk menyediakan akses kesihatan yang lebih baik kepada anggota koperasi dan masyarakat serta bertindak sebagai hub pembekalan barangan farmasi kepada kedai farmasi milik koperasi yang lain. Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota menawarkan lebih 1,400 SKU antaranya seperti makanan tambahan dan vitamin, produk penjagaan diri dan kosmetik serta peralatan perubatan. ANGKASA akan sentiasa memantau pengurusan dan operasi farmasi tersebut selama enam bulan sebelum diambil oleh MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. Farmasi yang berteraskan koperasi komuniti tersebut juga turut menawarkan potongan harga sebanyak 15 peratus untuk anggota koperasi dan 10 peratus untuk pembeli pertama serta menyediakan khidmat konsultansi perubatan dan pemborongan barangan kesihatan.
» Me
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah menandatangani plak perasmian cawangan baharu Coop Farmasi di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
» Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota mempunyai tiga pekerja termasuk seorang pegawai farmasi.
» Barangan perlindungan diri seperti pembersih tangan (hand sanitizer) dan pelitup muk
» Dato’ Abdul Fattah diberi penerangan oleh pegawai Farmasi, Encik Mohd Afif Sedek mengenai produk kesihatan yang dijual.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease