WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2020

MuatTurun Aplikasi Mudah Alih

PERCUMA

APRIL 2020 JILID: WP02 / 4

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kerajaan Komited Bantu Sektor Koperasi Tangani

BANTERAS & HENTIKAN PENULARAN WABAK

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

muka 10

Berita Penuh

K risis pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini memaksa pelbagai sektor mengambil langkah berwaspada sebagai persiapan dalam usaha menghadapi ancaman yang meragut banyak nyawa manusia seluruh dunia. Sektor koperasi negara tidak terkecuali terkesan dengan situasi penularan COVID-19 ini terutama melibatkan aktiviti perniagaan koperasi di Malaysia. Aktiviti koperasi yang terjejas

ANGKASA Mohon Sokongan KPDNHEP Perkasa Program BA100

muka 15

Berita Penuh

Mengurus Risiko Impak Dalam Ekonomi Sektor Koperasi

ini turut memberikan kesan kepada kebajikan seramai 6.05 juta anggota seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi arahan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan banyak koperasi yang menerima kesan secara langsung akibat pemberhentian operasi perniagaan. Langkah proaktif MEDAC dalam membantu meringankan beban koperasi yang terlibat menerusi beberapa inisiatif yang ditawarkan diharap dapat menangani impak penularan COVID-19 ini. Salah satu inisiatif Kerajaan

muka 12

Berita Penuh

Sasar Jadikan Produk Pelancongan

‘Kopi Rasa Emas Musang King’

» YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

bersambung di muka surat 2

muka 14

Berita Penuh

ANGKASA 2 membantu koperasi dalam menangani situasi iniadalahdenganmengadakanProgramHarga Jualan Patut Koperasi dengan peruntukan RM1 juta yang akan memanfaatkan sejumlah kira-kira 200 buah koperasi. Geran bantuan kecemasan berjumlah maksima pembiayaan RM30,000 juga antara inisiatif MEDAC yang diberi untuk manfaat 14,628 buah koperasi iaitu yang terkandung dalam bantuan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.099 bilion. Pengumuman moratorium penangguhan bayaran balik pinjaman oleh koperasi menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan langkah prihatin Kerajaan meringankan beban dan membantu koperasi dalam berhadapan dengan krisis ini. Penangguhan bayaran balik berkenaan ditawarkan untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020 hingga September 2020 ini adalah melibatkan jumlah kos berjumlah RM99 juta berikutan pelaksanaan moratorium ini. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Menteri MEDAC pada 23 Mac 2020 lalu, YB. Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan Kerajaan

prihatin dan komited membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana; Perusahaan Mikro dan Sektor Koperasi dalam mendepani impak penularan krisis COVID-19 ini. Komitmen untuk membantu sektor koperasi merangkumi arahan kepada SKM di mana koperasi diberi tambahan tiga (3) bulan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Pelanjutan tempoh ini dijangka dapat memanfaatkan koperasi. Dalam hal ini, koperasi juga boleh memohon penanggguhan bayaran balik pembiayaan TMP-JPK serta lain-lain pembiayaan sedia ada oleh SKM. Kerajaan mengambil maklum dan prihatin dengan penangguhan ini dan akan mengambil pertimbangan sewajarnya dan ia dijangka melibatkan anggaran kos sebanyak RM16.5 juta. Selain itu, koperasi juga diberi pertimbangan pengurangan sewaan bangunan diuruskan SKM sehingga maksima 50 peratus untuk tempoh masa tertentu. Dalam perkembangan yang sama, kira- kira 4,000 ahli dari Sembilan buah koperasi ahli ANGKASA di negeri Melaka diberi penangguhan bayaran balik pembiayaan atau moratorium selama enam bulan berkuat

kuasa 1 April 2020 lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Muslim Md. Shah berkata, penangguhan bayaran balik ini dapat meringankan beban kewangan ahli koperasi yang terlibat khususnya koperasi kredit yang menjalankan aktiviti peminjaman wang kepada ahli dan koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Dalam situasi ini, koperator perlu sentiasa bersedia menghadapinya lebih- lebih lagi dunia kini menghadapi pandemik COVID-19 dan kesedaran mengenainya perlu dipertingkatkan. Koperator perlu meningkatkan ilmu mengenai kesiapsiagaan dan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan pihak Kerajaan supaya jangkitan penularan penyakit ini dapat dikurangkan. Patuhi beberapa garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ketika berdepan dengan situasi ini dan paling penting adalah jangan panik kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

Sumber: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC)

3

ANGKASA

ANGKASA Sumbang Cermin Mata Keselamatan untuk Petugas Barisan Hadapan Oleh: MOHD FARID AZMI

Kesihatan Negeri Selangor.

Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan diterima oleh Pengarah kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman di Wisma Sunway, Shah Alam. Hadir sama ialah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr Haji Mansor Ahmad yang mewakili Pengerusi JPAN Selangor; Panel KK Kebangsaan & Selangor yang juga merangkap Pengerusi Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad, Dato’ Dr. Kannan. Sumbangan yang diberikan diharap dapat membantu menjaga kesihatan petugas di barisan hadapan sebagai langkah pencegahan sewaktu menjalankan tugas. Barisan hadapan merupakan wira negara kerana sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan masa serta tenaga dalam menangani COVID-19 yang sedang melanda ketika ini. Pihak ANGKASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan hadapan atas pengorbanan yang mereka lakukan dalam tempoh yang mencabar ini.

S ebagai menghargai jasa kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dalam menangani jangkitan wabak COVID-19, MyANGKASA Optikal Sdn. Bhd. (MyANGKASA Optikal) sebuah syarikat bersekutu MyANGKASA Holdings Sdn.

Bhd. iaitu anak syarikat milik ANGKASA telah menyumbang sebanyak 1,800 pasang cermin mata keselamatan yang boleh dikitar guna kepada Jabatan

Dari Meja Presiden ANGKASA

Keadaan ekonomi yang suram bukan bermakna kuasa membeli terus lemah dan semakin jatuh. Namun sekiranya produk yang ditawarkan bertepatan dengan bajet pengguna dan disekalikan dengan pakej lain yang menarik, pasti pengguna akan memberi respon yang positif terhadap produk yang diniagakan. Sama-samalah kita mendoakan agar COVID-19 dapat berakhir dengan cepat dan masalah ekonomi koperasi dapat kembali pulih walaupun secara beransur-ansur dan mengambil masa. Harapan dan keyakinan anggota koperasi perlu dipegang dan dipertahankan demi memartabat maruah serta kelangsungan gerakan koperasi selain

memupuk semangat untuk terus memberi kepercayaan kepada koperasi sebagai platform pembangunan sosioekonomi yang mantap dan terjamin.

K operasi kini bukan sahaja terkesan dengan keadaan ekonomi yang terjejas ekoran terbatasnya aktiviti perniagaan akibat COVID-19, malah pada masa yang sama perlu bertindak secara langsung bagi membantu mengurangkan kos sara hidup anggotanya. Prinsip ketujuh koperasi itu sendiri yang cakna kepada masyarakat telah meletakkan koperasi sebagai medan yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan sedikit sebanyak bantuan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung khususnya oleh anggota koperasi dan masyarakat.

Justeru, mengharapkan bukan sahaja bantuan pinjaman kewangan daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban tadbir urus koperasi, tetapi juga manfaat-manfaat yang lain seperti sokongan pemberian permit import (AP) bagi barangan tertentu seperti makanan dan bahan binaan, mempromosi perkhidmatan dan produk-produk keluaran koperasi selain insentif-insentif yang lebih komprehensif dan sesuai dengan persekitaran gerakan koperasi. ANGKASA juga sentiasa menggalakkan ANGKASA koperasi supaya mengkaji semula strategi perniagaan masing-masing bagi mengurangkan impak harga selain meneruskan perniagaan dengan persekitaran baharu.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Rakan Strategik

Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.

www.myangkasaamanah.com.my

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my

myangkasaamanahberhad myangkasaamanah

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

6

WAWANCARA

Bersama Prof Madya Dato’ Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden ANGKASA

ANGKASA DI HATIKU

Oleh : NORAZAH AZIZ

(BPSM). memperkenalkan konsep ANGKASA Di Hatiku. Konsep ini menitikberatkan keperihatinan, ehsan dan hormati menghormati majikan terhadap warja kerja ANGKASA. Sejajar hasrat Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah agar warga kerja bersama bertanggungjawab, berdedikasi dan komitmen terhadap ANGKASA. Kami Bolehkah YBhg. Dato’ menjelaskan peranan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) ke arah konsep ANGKASA Di Hatiku. Tidak dapat dinafikan kakitangan merupakan aset penting dalam organisasi. Justeru, BPSM perlu melaksanakan konsep ANGKASA Di Hatiku dari aspek berikut: i. Budaya kerja positif. ii. Kebajikan dan keselamatan. iii. Kompetensi dan pembangunan modal insan. iv. Tenaga kerja yang cemerlang. v. Hubungan dan persekitaran kerja harmoni. vi. Jasmani dan kerohanian. Berapa jumlah tenaga kerja di ANGKASA dan bagaimanakah kebajikan mereka ini dijaga oleh ANGKASA? Setakat ini jumlah tenaga kerja di ANGKASA seramai 716 orang. ANGKASA mempunyai hubungan erat dan muafakat antara Pengurusan Tinggi, Kesatuan Eksekutif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (KESASA) dan Kesatuan Kakitangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (KESUKA). Melalui Perjanjian Bersama KESASA dan KESUKA dalam Skim Perkhidmatan yang ada, warga kerja mendapat

pelbagai faedah. Antaranya kelebihan, kemudahan kesihatan warga kerja dan keluarga, kemudahan pinjaman, perlindungan insurans, MyKhairat, cuti ehsan, Taska, elaun sara hidup, elaun cermin mata, dan lain-lain. Saya berpendapat faedah sebegini jarang didapati di organisasi lain. Dari aspek menyediakan tenaga kerja yang cemerlang, apakah pendekatan dan kaedah yang telah dilaksanakan Bagi kerja yang cemerlang, ANGKASA perlu mengambil kira faktor penempatan kerja, persekitaran kerja kondusif bagi meningkat semangat kerja yang tinggi dan kepuasan bekerja. Mereka melakukan kerja yang diberi amanah dengan sepenuh hati dan penuh tanggungjawab. Justeru, ANGKASA perlu ada perancangan laluan kerjaya masa depan kakitangannya melalui pendekatan Rasionalisasi menghasilkan warga Sumber Manusia termasuk sistem pusingan kerja ( Job Rotation ) yang boleh meningkatkan kemahiran, penstrukturan dan penggunaan sumber manusia yang optimum.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia (JSM), apakah pendekatan pembangunan sumber manusia yang ingin YBhg. Dato’ akan perkenalkan kepada warga ANGKASA. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PELANCAR melalui sesi temu bual. Ini adalah satu-satunya jawatan dalam ANGKASA, saya selaku sebagai Pengerusi Jawatankuasa yang diberikan kepercayaan untuk menerajui pembangunan sumber manusia warga ANGKASA melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

Bagaimana kompetensi

pula dan

dari

aspek

pembangunan

modan Bagaimanakah komitmen di ANGKASA terhadap program modal insannya secara berterusan? insan? Perancangan latihan modal insan dimulakan dengan Analisa Keperluan Latihan ( Training Needs Analysis ) yang dibuat secara tahunan. Malah ANGKASA menyediakan peruntukan kewangan yang cukup untuk Latihan dan Pembangunan Modal Insan setiap tahun. Sejajar dengan polisi ANGKASA mewajibkan dua hari latihan setiap tahun di mana dibahagikan kepada

7

WAWANCARA

tiga kategori iaitu generik, fungsional dan profesional. ANGKASA sentiasa mengalakkan budaya ilmu pendidikan di kalangan kakitangan dengan menyediakan peluang melanjutkan pangajian dari peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Kemudahan disediakan melalui Pembiayaan Melanjutkan Pelajaran dan Skim Pinjaman Melanjutkan Pelajaran (Tanpa Faedah). Setakat 2010 hingga kini, jumlah kakitangan yang menikmati kemudahan ini seramai 17 orang program Diploma, tujuh orang program Ijazah, 61 orang program Master dan tiga orang PhD termasuk BDA. Selain itu digalakkan warga kerja mengikuti latihan meningkatkan profesionalisme. Suasana keharmonian di tempat kerja amatlah penting. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh ANGKASA untuk memastikan suara warganya selalu didengari seterusnya mengekalkan keharmonian per- sekitaran tempat kerja? Hubungan dan persekitaran kerja harmoni adalah salah satu keutamaan rangka kerja (Frame work) dalam konsep ANGKASA Di Hatiku. Sikap dan penglibatan semua pihak amat mustahak bagi mengekalkan dan menhargai suasana keharmonian yang sudah lama terjalin. Justeru, hubungan erat pimpinan tertinggi ANGKASA yakni Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) dengan pihak pengurusan tinggi, KESASA dan KESUKA sentiasa bekerjasama dan bersefahaman untuk mencapai halatuju organisasi dan hasrat pemegang taruh serta kepuasan pelanggan. Sebab itu, memelihara suasana keharmonian tempat kerja amatlah penting. Dalam meningkatkan semangat dan kegembiraan bekerja, apakah langkah yang telah diambil di ANGKASA? usaha Dalam ANGKASA Di Hatiku aspek Jasmani dan Kerohanian mampu menghasilkan Keseimbangan Hidup (Worklife Balance) serta mengingatkan kita semua perlu berkhidmat dengan gigih kerana Allah. Agar kita semua perolehi keuntungan dunia dan akhirat.

Maka antara perkara dan aktivti BPSM yang telah dan akan dijalankan seperti berikut: i. Program menyayangi ANGKASA. ii. High Performance Teambuilding warga kerja ANGKASA. iii. Program bersama kesatuan warga kerja KESASA dan KESUKA. iv. Program bersama aktiviti Koperasi Kakitangan ANGKASA. v. Hari Keluarga / Jamuan Makan Malam. vi. Anugerah Kakitangan Cemerlang. vii. Anugerah Khidmat Setia ( Long Service Award ). viii.Program Sukan Piala Presiden usahasama Kelab Sukan ANGKASA (KESKA). ix. Pertandingan Sukan Petanq ANGKASA. x. Program Kesihatan termasuk ceramah dan permeriksaan kesihatan berkala. xi. Program Keagamaan termasuk Cuti Mengerjakan Haji dan Umrah. xii. Amalan Mengaji Quran setiap pagi dan bacaan Yassin setiap pagi Jumaat. Sebagai Majikan yang perihatin dan penyayang, apakah bantuan tambahan yang telah diambil oleh ANGKASA bagi meringankan bebanan kos sara hidup wargakerjanya terutamanya dalam situasi kegawatan ekonomi dan wabak Covid-19? ANGKASA sebagai majikan yang sentiasa prihatin dalam tanggungjawab sosial khususnya di kalangan warga kerjanya. Di antara bantuan tambahan yang diberikan adalah:

dengan harga yang berpatutan. ii. Bantuan Barangan Asas setiap bulan untuk kumpulan bukan Eksekutif. iii. Subsidi yuran untuk yang menghantar anak-anak ke Taska Cahaya Mata (TCM) ANGKASA. iv. Pemeriksaan kesihatan amat dititikberat serta menyediakan kemudahan dan kesedaran bahaya Covid-19. v. Dalam patut arahan Perintah Kawalan Pergerakan pihak menjalankan pergiliran kerja di rumah dan pejabat agar pihak ANGKASA dapat berperanan membantu Kerajaan dalam suasana kritikal juga menjaga kebajikan kakitangan. Apakah kesan atau menafaat daripada perlaksanaan konsep ANGKASA Di Hatiku kepada ANGKASA? koperasi menggalakan budaya kerja berpasukan, menghargai peranan setiap individu dan saling hormat menghormati. Saya yakin komitmen dan kegigihan semua peringkat kakitangan ibupejabat Sejajar dalam konsep dan negeri akan sentiasa berusaha mengharungi keadaan ekonomi pulih ataupun gawat dapat mengekalkan ANGKASA sebagai Badan Apeks Koperasi yang sentiasa kehadapan membantu pembangunan gerakan koperasi negara dan antarabangsa amnya. Insya-Allah. Apakah harapan YBhg. Dato’ untuk membudayakan dan melestarikan konsep Majikan Penyayang kepada gerakan koperasi? Saya berharap program ANGKASA Majikan Penyayang yang dilaksanakan dapat dicontohi oleh koperasi atau organisasi lain. Seterusnya dijadikan sebagai satu budaya kerja mewujudkan nilai persekitaran kerja dan falsafah koperasi. Dari peringkat Lembaga Koperasi, pengurusan, warga kerja dan anggota koperasi dalam menjayakan visi dan misi organisasi. Insya-Allah.

i. Program

Bantuan

Anak

Sekolah untuk

menampung

sebahagian kos persekolahan anak-anak warga kerja ANGKASA di peringkat Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan IPTA. Program ‘Back to School’ juga dibuat setiap hujung tahun bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan/membeli kelengkapan persekolahan

Kementerian Pembangunan Usahawan da penularan COVID-19 menerusi beberapa p ‘PRIHATIN TAMBAHAN’.

an Koperasi terus cakna dalam usaha membantu koperasi menangani impak pakej bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau

Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia

ANGKASA 10

Oleh : MOHD FARID AZMI

S elaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Cakna Kepada Masyarakat’, gerakan koperasi juga turut mengambil peluang bagi sama-sama membantu kerajaan dengan menyumbang kepada petugas di barisan hadapan dan masyarakat yang memerlukan.

BANTERAS & HENTIKAN PENULARAN WABAK

» Seramai 50 asnaf menerima sumbangan dari ANGKASA berbentuk barangan keperluan asas dengan nilai keseluruhan sebanyak RM4,000 di Masjid Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mewakili Presiden ANGKASA dan diserahkan melalui Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Binti Samsudin.

» Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampaikan 10 ribu unit baju hujan kepada Ibu Pejabat Kontinjen, Kuala Lumpur. Sesi sumbangan diserahkan secara rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mazlan Lazim. Sumbangan ini merupakan hasil kutipan Tabung Kutipan Sumbangan Petugas Frontliner Covid-19 Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah.

» Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad menyampaikan sumbangan produk keperluan makanan kepada kakitangan Sinar Harian. Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tanjong Keramat, Puan Suli Koi.

ANGKASA 11

» MyANGKASA Optikal Sdn Bhd (MyANGKASA Optikal) sebuah syarikat bersekutu MyANGKASA Holdings Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menyerahkan sebanyak 1,800 pasang cermin mata keselamatan yang boleh dikitar guna kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

» Eshop Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (Coopusma) menawarkan Jualan Combo Pakej Keperluan Asas Sempena PKP dengan HARGA PROMOSI. Terima Kasih Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di atas bantuan Subsidi sebanyak 15 peratus bagi membantu anggota dan masyarakat dapat membeli keperluan asas dengan harga yang rendah.

» Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad turut sama membantu dengan menyumbangkan keperluan makanan kepada foodbank JAWI dalam misi #MusaadahCovid19 sempena #koperasibantu.

» Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan program khas dikenali sebagai Program CB-Prihatin membabitkan peruntukan melebihi RM100 juta. Sebanyak tiga pakej ditawarkan iaitu Pakej Pembiayaan CB-Prihatin PKS & Koperasi; Pakej CB-Prihatin (COVID-19) dan Pakej Majikan CB-Prihatin.

12 RENCANA

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Mengurus Risiko Impak Dalam Ekonomi Sektor Koperasi c se a k b D t a o r a r a l a n k m o y p a m e n r e g a n s s d u i e n k p e a a g r n a in r i

peminjam? Sektor koperasi khususnya koperasi kredit boleh mengambil pendekatan untuk tidak melaksanakan moratorium atas sebab-sebab seperti berikut: 1) Koperasi tidak mampu memberi moratorium kepada pelanggan kerana tiada kekuatan modal daripada pendeposit. Pendeposit terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti kakitangan awam yang masih berkhidmat dan berpencen. 2) Sumber modal koperasi hanyalah daripada anggota melalui saham dan caruman yuran bulanan. 3) Sekiranya moratorium secara automatik seperti arahan Bank Negara dilaksanakan terhadap koperasi, impaknya adalah besar kerana koperasi tidak mempunyai tahap likuditi dan simpanan yang banyak seperti bank. 4) Koperasi belum bersedia kerana belum melaksanakan rangka kerja kecairan sedangkan bank sudah lama me- laksanakannya di samping dalam proses mencapai tahap kecairan optimum dengan kadar yang ditetapkan. Menyedari impak tersebut, koperasi perlu lebih cakna dengan memberi bantuan ehsan kepada anggota dan keluarga anggota yang dijangkiti COVID-19 serta membuka permohonan pengeluaran yuran modal bagi anggota yang layak. a i, wp raoj aa kr tmi f es ne cg aa rma bbiel rl akne gs ak na h ds iat ul aams i bk ee rt ihdaadkappaasnt i ad ne ni ng ia n kp he nu gs uu sr nu ys aa np re ins di keok ya at anng efisien.

W abak Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebimbangan yang meluas ke seluruh dunia ketika ini. Ia memberi kesan besar kerana secara tidak langsung telah melumpuhkan ekonomi global. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada kepelbagaian sektor juga turut terkesan dengan masalah yang berlaku akibat penularan pandemik itu. Sektor-sektor penting negara kini mengalami kelembapan ekonomi termasuk sektor koperasi yang merupakan sektor ketiga terbesar kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam mendepani cabaran yang sukar ini, sektor koperasi negara wajar mengambil langkah proaktif secara berkesan dalam berhadapan dengan situasi ketidakpastian ini khususnya pendekatan pengurusan risiko yang efisien. Pelaksanaan pengurusan risiko adalah penting untuk koperasi mengenal pasti, menilai dan mengatur kepentingan risiko dengan penggunaan sumber yang teratur bagi mengurangkan kesan yang tidak diingini dalam memaksimumkan peluang. Risiko boleh datang daripada ketidaktentuan dalam pelbagai sebab seperti pasaran kewangan, sumber manusia, perundangan dan kegagalan projek perniagaan. Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang perlu ditangani dengan baik oleh koperasi. Berdasarkan

pengalaman yang lepas ketika berlakunya kegawatan ekonomi, berikut adalah kesan yang dijangka mungkin boleh berlaku kepada koperasi:

a) Isu pemotongan gaji, pengurangan dan pembuangan pekerja.

b) Isu kegagalan memenuhi tanggungjawab pembayaran kepada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi koperasi Malaysia (SKM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). c) Penutupan operasi perniagaan terutamanya Koperasi Kredit dan Koperasi Pengguna.

d) Kegagalan memulangkan semula caruman anggota.

e) Pembayaran dividen kepada anggota koperasi akan terjejas.

Koperasi perlu mengambil kira kekuatan kewangan mereka untuk menilai kedudukan mereka dalam menghadapi situasi seperti ini. Pihak bank telah mengambil langkah untuk memberi moratorium kepada peminjam individu atau organisasi namun adakah koperasi berupaya untuk memberi moratorium kepada

RENCANA 13

m ke e w K n a e kuunat tuakn md ael anmi l a mi keendguhdaudkaapni smi teuraeski a seperti ini. Pihak bank telah mm ee nmgbaemr ibmi l ol arnagt okraihu mu n t u k a g o n a p g m e a r b n a i s l m i k p e ir e r a e r l k k u ki nedpiavdi daupaetma ui noj ar gma n i s a s i nb ea rmuupna yaad ua nk at uhkkmo peemr absei r i m pe o m ra in to ja r m iu ? m kepada

Katanya, inisiatif Kementerian Pembangunan U( Ms aEhDaAwCa)nmDeanny Ka loupr ke raans i peruntukan sebanyak RM1.099 bilion bagi mo peenr aa ns ig pa en ri nk ieal ge amn baakpi ba na t kesan wabak Covid-19 telah mkeepma dbae rsienkat of arskboaphearraus i u n t u k tdeernugsamn emnei nnggkgaetrkaaknk akna p a s i t i sg eums mu l ea npyeurmn i ba ag na ag nk se epkaadl ai pembangunan ekonomi negara.

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mahu sektor koperasi mengkaji semula pelan tindakan strategi perniagaan bagi mengurangkan impak terhadap perniagaan mereka. Antara aktiviti perniagaan yang dikesan telah menjejaskan perolehan koperasi termasuk inap desa, pelancongan, haji dan umrah serta perniagaan yang membabitkan urusan dengan pembekal luar negara. Dr. Mohd Azlan berkata, kesan daripada wabak itu juga turut menggesa koperasi supaya memikirkan strategi lain bagi menangani isu dan mengurus risiko perniagaan masing-masing menerusi pendekatan berstrategi dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Katanya, inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.099 bilion bagi menangani kelembapan operasi perniagan akibat kesan wabak Covid-19 telah memberi nafas baharu kepada sektor koperasi untuk terus meningkatkan kapasiti dengan menggerakkan semula perniagaan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

14 KOPERASI

Jadikan ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ Produk Pelancongan

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

dipasarkan di pintu-pintu masuk negara dan kawasan tumpuan pelancongan sebelum meneroka pasaran luar negara. Malah pembungkusan yang memaparkan lukisan lokasi-lokasi tarikan pelancong di setiap negeri juga sedang dalam perancangan koperasi, sesuai dengan hasrat mereka untuk menjadikan produk ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ sebagai produk pelancongan. Bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pelancong yang sentiasa mahu mencuba makanan dan minuman tempatan, Koperasi Sahabat Cakna berhasrat untuk menjual produk minuman tersebut melalui mesin layan diri (vending machine). Koperasi juga telah menjalankan kerjasama dengan Koperasi Gerakan Belia 4B Berhad bagi membantu mereka dari aspek pemasaran dan anggota yang mahu menjadi pengedar pula akan ditawarkan insentif jualan yang menarik. Selain kopi durian, koperasi juga menghasilkan produk bawang putih goreng yang menggunakan jenama ‘Dapur Kak Wid’ selain turut merancang untuk mengeluarkan jus minda ‘Avicenna’ pada tahun ini.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah sewaktu melawat tapak pameran koperasi di MACCOPS 2019. Hadir sama Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (paling kiri); Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (paling kanan); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri) dan Pengerusi Coop Cakna, Haji Zulkifli Haji Zainudin (empat dari kiri).

K operasi Sahabat Cakna Kuala Lumpur Berhad (Coop Cakna) yakin produk ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ keluarannya mampu memberi pulangan yang lebih bermakna kepada perolehan koperasi selain berdiri lebih kukuh dalam persaingan pasaran produk-produk seumpamanya di pasaran. Pengerusinya, Haji Zulkifli Haji Zainudin berkata, pengeluaran produk baharu tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif meningkatkan identiti Coop Cakna yang ditubuhkan pada tahun 2018 itu kepada masyarakat umum. ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ yang buat pertama kalinya dipamerkan pada Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) di Johor Bahru tahun lalu kini telah memasuki pasaran lebih 10

outlet di beberapa buah negeri.

Koperasi juga sedang memberi tumpuan pada pasaran pelancongan yang diyakini dapat memberi pulangan yang lebih besar. Haji Zulkifli berkata, “Kopi durian bukan menjadi pilihan utama untuk minuman harian bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana mereka sudah terbiasa dengan teh tarik atau kopi biasa.” “Kami melihat produk ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ mempunyai potensi yang tinggi untuk promosi dan dijenamakan sebagai produk yang boleh dibeli oleh pelancong bagi dibawa pulang ke negara masing- masing sebagai cenderamata,” ujar beliau. Koperasi kini dalam usaha mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak tertentu untuk memastikan produk tersebut dapat

» Pengerusi Koperasi Sahabat Cakna Kuala Lumpur Berhad, Haji Zulkifli Haji Zainudin memegang reka bentuk pembungkusan baharu yang akan memaparkan lukisan mercu tanda setiap negeri di Malaysia.

15 ANGKASA NIAGA

ANGKASA Mohon Sokongan KPDNHEP Perkasa Program BA100 Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

» YB Dato’ Rosol Wahid melihat sebahagian produk di bawah Projek BA100.

S atu kunjungan ringkas Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menemui Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Rosol Wahid telah berlangsung di Putrajaya pada 28 April. Selain menerangkan tentang peranan ANGKASA sebagai badan Apeks dalam gerakan koperasi, pertemuan tersebut juga antara lainnya turut membincangkan tentang program BA100 dan pendekatan yang boleh dimainkan oleh kementerian berkenaan bagi membantu mempromosikan program BA100 kepada peniaga dan pengguna. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengurus Besar Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, En. Ahmad Marzuki Ismail.

PROJEK BARANGAN ASAS (BA100) Dilaksana di Peringkat Nasional (NACCOL) untuk rantaian koperasi sebagai pemacu pengurangan kos sara hidup rakyat melalui aktiviti pemborongan/peruncitan.

PROJEK INDUSTRI JAGUNG BIJIAN NEGARA (AJB 100) Bank tanah koperasi dalam penanaman & penghasilan ANGKASA Jagung Bijian (AJB100).

PROJEK PERNIAGAAN COOP FARMASI (PHARMAWELLNESS) Gerakan Koperasi menceburi industri farmaseutikal & kesihatan melalui jaringan Coop Farmasi & Coop Wellness.

ANGKASA Menawarkan Projek Perniagaan Baru Yang Berdaya Saing Untuk Gerakan Koperasi Bagi Merealisasikan Hasrat Koperasi Sebagai ‘Third Driving Force of Economy’ Selaras Dengan Aspirasi Dasar Ekonomi Baru.

COOP UMRAH Koperasi sebagai Ejen Penyatuan Umrah di bawah jaringan Coop Umrah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: BAHAGIAN ANGKASA NIAGA 03-7800 8128 / 6012-3492427 E-mel: angkasaniaga.angkasa@gmail.com ENCIK CHE MAHALIM CHE HASHIM Pengurus ANGKASA Niaga

Koperasi Dipelawa Untuk Menyertai Projek Perniagaan Baru Bersama ANGKASA.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease