WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2020

ANGKASA 10

Oleh : MOHD FARID AZMI

S elaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Cakna Kepada Masyarakat’, gerakan koperasi juga turut mengambil peluang bagi sama-sama membantu kerajaan dengan menyumbang kepada petugas di barisan hadapan dan masyarakat yang memerlukan.

BANTERAS & HENTIKAN PENULARAN WABAK

» Seramai 50 asnaf menerima sumbangan dari ANGKASA berbentuk barangan keperluan asas dengan nilai keseluruhan sebanyak RM4,000 di Masjid Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mewakili Presiden ANGKASA dan diserahkan melalui Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Binti Samsudin.

» Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampaikan 10 ribu unit baju hujan kepada Ibu Pejabat Kontinjen, Kuala Lumpur. Sesi sumbangan diserahkan secara rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mazlan Lazim. Sumbangan ini merupakan hasil kutipan Tabung Kutipan Sumbangan Petugas Frontliner Covid-19 Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah.

» Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad menyampaikan sumbangan produk keperluan makanan kepada kakitangan Sinar Harian. Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tanjong Keramat, Puan Suli Koi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease