ANGKASA 11
» MyANGKASA Optikal Sdn Bhd (MyANGKASA Optikal) sebuah syarikat bersekutu MyANGKASA Holdings Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menyerahkan sebanyak 1,800 pasang cermin mata keselamatan yang boleh dikitar guna kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
» Eshop Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (Coopusma) menawarkan Jualan Combo Pakej Keperluan Asas Sempena PKP dengan HARGA PROMOSI. Terima Kasih Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di atas bantuan Subsidi sebanyak 15 peratus bagi membantu anggota dan masyarakat dapat membeli keperluan asas dengan harga yang rendah.
» Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad turut sama membantu dengan menyumbangkan keperluan makanan kepada foodbank JAWI dalam misi #MusaadahCovid19 sempena #koperasibantu.
» Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan program khas dikenali sebagai Program CB-Prihatin membabitkan peruntukan melebihi RM100 juta. Sebanyak tiga pakej ditawarkan iaitu Pakej Pembiayaan CB-Prihatin PKS & Koperasi; Pakej CB-Prihatin (COVID-19) dan Pakej Majikan CB-Prihatin.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease