WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2020

12 RENCANA

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Mengurus Risiko Impak Dalam Ekonomi Sektor Koperasi c se a k b D t a o r a r a l a n k m o y p a m e n r e g a n s s d u i e n k p e a a g r n a in r i

peminjam? Sektor koperasi khususnya koperasi kredit boleh mengambil pendekatan untuk tidak melaksanakan moratorium atas sebab-sebab seperti berikut: 1) Koperasi tidak mampu memberi moratorium kepada pelanggan kerana tiada kekuatan modal daripada pendeposit. Pendeposit terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti kakitangan awam yang masih berkhidmat dan berpencen. 2) Sumber modal koperasi hanyalah daripada anggota melalui saham dan caruman yuran bulanan. 3) Sekiranya moratorium secara automatik seperti arahan Bank Negara dilaksanakan terhadap koperasi, impaknya adalah besar kerana koperasi tidak mempunyai tahap likuditi dan simpanan yang banyak seperti bank. 4) Koperasi belum bersedia kerana belum melaksanakan rangka kerja kecairan sedangkan bank sudah lama me- laksanakannya di samping dalam proses mencapai tahap kecairan optimum dengan kadar yang ditetapkan. Menyedari impak tersebut, koperasi perlu lebih cakna dengan memberi bantuan ehsan kepada anggota dan keluarga anggota yang dijangkiti COVID-19 serta membuka permohonan pengeluaran yuran modal bagi anggota yang layak. a i, wp raoj aa kr tmi f es ne cg aa rma bbiel rl akne gs ak na h ds iat ul aams i bk ee rt ihdaadkappaasnt i ad ne ni ng ia n kp he nu gs uu sr nu ys aa np re ins di keok ya at anng efisien.

W abak Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebimbangan yang meluas ke seluruh dunia ketika ini. Ia memberi kesan besar kerana secara tidak langsung telah melumpuhkan ekonomi global. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada kepelbagaian sektor juga turut terkesan dengan masalah yang berlaku akibat penularan pandemik itu. Sektor-sektor penting negara kini mengalami kelembapan ekonomi termasuk sektor koperasi yang merupakan sektor ketiga terbesar kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam mendepani cabaran yang sukar ini, sektor koperasi negara wajar mengambil langkah proaktif secara berkesan dalam berhadapan dengan situasi ketidakpastian ini khususnya pendekatan pengurusan risiko yang efisien. Pelaksanaan pengurusan risiko adalah penting untuk koperasi mengenal pasti, menilai dan mengatur kepentingan risiko dengan penggunaan sumber yang teratur bagi mengurangkan kesan yang tidak diingini dalam memaksimumkan peluang. Risiko boleh datang daripada ketidaktentuan dalam pelbagai sebab seperti pasaran kewangan, sumber manusia, perundangan dan kegagalan projek perniagaan. Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang perlu ditangani dengan baik oleh koperasi. Berdasarkan

pengalaman yang lepas ketika berlakunya kegawatan ekonomi, berikut adalah kesan yang dijangka mungkin boleh berlaku kepada koperasi:

a) Isu pemotongan gaji, pengurangan dan pembuangan pekerja.

b) Isu kegagalan memenuhi tanggungjawab pembayaran kepada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi koperasi Malaysia (SKM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). c) Penutupan operasi perniagaan terutamanya Koperasi Kredit dan Koperasi Pengguna.

d) Kegagalan memulangkan semula caruman anggota.

e) Pembayaran dividen kepada anggota koperasi akan terjejas.

Koperasi perlu mengambil kira kekuatan kewangan mereka untuk menilai kedudukan mereka dalam menghadapi situasi seperti ini. Pihak bank telah mengambil langkah untuk memberi moratorium kepada peminjam individu atau organisasi namun adakah koperasi berupaya untuk memberi moratorium kepada

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease