14 KOPERASI
Jadikan ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ Produk Pelancongan
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
dipasarkan di pintu-pintu masuk negara dan kawasan tumpuan pelancongan sebelum meneroka pasaran luar negara. Malah pembungkusan yang memaparkan lukisan lokasi-lokasi tarikan pelancong di setiap negeri juga sedang dalam perancangan koperasi, sesuai dengan hasrat mereka untuk menjadikan produk ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ sebagai produk pelancongan. Bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pelancong yang sentiasa mahu mencuba makanan dan minuman tempatan, Koperasi Sahabat Cakna berhasrat untuk menjual produk minuman tersebut melalui mesin layan diri (vending machine). Koperasi juga telah menjalankan kerjasama dengan Koperasi Gerakan Belia 4B Berhad bagi membantu mereka dari aspek pemasaran dan anggota yang mahu menjadi pengedar pula akan ditawarkan insentif jualan yang menarik. Selain kopi durian, koperasi juga menghasilkan produk bawang putih goreng yang menggunakan jenama ‘Dapur Kak Wid’ selain turut merancang untuk mengeluarkan jus minda ‘Avicenna’ pada tahun ini.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah sewaktu melawat tapak pameran koperasi di MACCOPS 2019. Hadir sama Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (paling kiri); Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (paling kanan); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri) dan Pengerusi Coop Cakna, Haji Zulkifli Haji Zainudin (empat dari kiri).
K operasi Sahabat Cakna Kuala Lumpur Berhad (Coop Cakna) yakin produk ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ keluarannya mampu memberi pulangan yang lebih bermakna kepada perolehan koperasi selain berdiri lebih kukuh dalam persaingan pasaran produk-produk seumpamanya di pasaran. Pengerusinya, Haji Zulkifli Haji Zainudin berkata, pengeluaran produk baharu tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif meningkatkan identiti Coop Cakna yang ditubuhkan pada tahun 2018 itu kepada masyarakat umum. ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ yang buat pertama kalinya dipamerkan pada Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) di Johor Bahru tahun lalu kini telah memasuki pasaran lebih 10
outlet di beberapa buah negeri.
Koperasi juga sedang memberi tumpuan pada pasaran pelancongan yang diyakini dapat memberi pulangan yang lebih besar. Haji Zulkifli berkata, “Kopi durian bukan menjadi pilihan utama untuk minuman harian bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana mereka sudah terbiasa dengan teh tarik atau kopi biasa.” “Kami melihat produk ‘Kopi Rasa Emas Musang King’ mempunyai potensi yang tinggi untuk promosi dan dijenamakan sebagai produk yang boleh dibeli oleh pelancong bagi dibawa pulang ke negara masing- masing sebagai cenderamata,” ujar beliau. Koperasi kini dalam usaha mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak tertentu untuk memastikan produk tersebut dapat
» Pengerusi Koperasi Sahabat Cakna Kuala Lumpur Berhad, Haji Zulkifli Haji Zainudin memegang reka bentuk pembungkusan baharu yang akan memaparkan lukisan mercu tanda setiap negeri di Malaysia.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease