ANGKASA 2 membantu koperasi dalam menangani situasi iniadalahdenganmengadakanProgramHarga Jualan Patut Koperasi dengan peruntukan RM1 juta yang akan memanfaatkan sejumlah kira-kira 200 buah koperasi. Geran bantuan kecemasan berjumlah maksima pembiayaan RM30,000 juga antara inisiatif MEDAC yang diberi untuk manfaat 14,628 buah koperasi iaitu yang terkandung dalam bantuan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.099 bilion. Pengumuman moratorium penangguhan bayaran balik pinjaman oleh koperasi menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan langkah prihatin Kerajaan meringankan beban dan membantu koperasi dalam berhadapan dengan krisis ini. Penangguhan bayaran balik berkenaan ditawarkan untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020 hingga September 2020 ini adalah melibatkan jumlah kos berjumlah RM99 juta berikutan pelaksanaan moratorium ini. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Menteri MEDAC pada 23 Mac 2020 lalu, YB. Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan Kerajaan
prihatin dan komited membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana; Perusahaan Mikro dan Sektor Koperasi dalam mendepani impak penularan krisis COVID-19 ini. Komitmen untuk membantu sektor koperasi merangkumi arahan kepada SKM di mana koperasi diberi tambahan tiga (3) bulan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Pelanjutan tempoh ini dijangka dapat memanfaatkan koperasi. Dalam hal ini, koperasi juga boleh memohon penanggguhan bayaran balik pembiayaan TMP-JPK serta lain-lain pembiayaan sedia ada oleh SKM. Kerajaan mengambil maklum dan prihatin dengan penangguhan ini dan akan mengambil pertimbangan sewajarnya dan ia dijangka melibatkan anggaran kos sebanyak RM16.5 juta. Selain itu, koperasi juga diberi pertimbangan pengurangan sewaan bangunan diuruskan SKM sehingga maksima 50 peratus untuk tempoh masa tertentu. Dalam perkembangan yang sama, kira- kira 4,000 ahli dari Sembilan buah koperasi ahli ANGKASA di negeri Melaka diberi penangguhan bayaran balik pembiayaan atau moratorium selama enam bulan berkuat
kuasa 1 April 2020 lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Muslim Md. Shah berkata, penangguhan bayaran balik ini dapat meringankan beban kewangan ahli koperasi yang terlibat khususnya koperasi kredit yang menjalankan aktiviti peminjaman wang kepada ahli dan koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Dalam situasi ini, koperator perlu sentiasa bersedia menghadapinya lebih- lebih lagi dunia kini menghadapi pandemik COVID-19 dan kesedaran mengenainya perlu dipertingkatkan. Koperator perlu meningkatkan ilmu mengenai kesiapsiagaan dan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan pihak Kerajaan supaya jangkitan penularan penyakit ini dapat dikurangkan. Patuhi beberapa garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ketika berdepan dengan situasi ini dan paling penting adalah jangan panik kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.
Sumber: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease