3
ANGKASA
ANGKASA Sumbang Cermin Mata Keselamatan untuk Petugas Barisan Hadapan Oleh: MOHD FARID AZMI
Kesihatan Negeri Selangor.
Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan diterima oleh Pengarah kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman di Wisma Sunway, Shah Alam. Hadir sama ialah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr Haji Mansor Ahmad yang mewakili Pengerusi JPAN Selangor; Panel KK Kebangsaan & Selangor yang juga merangkap Pengerusi Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad, Dato’ Dr. Kannan. Sumbangan yang diberikan diharap dapat membantu menjaga kesihatan petugas di barisan hadapan sebagai langkah pencegahan sewaktu menjalankan tugas. Barisan hadapan merupakan wira negara kerana sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan masa serta tenaga dalam menangani COVID-19 yang sedang melanda ketika ini. Pihak ANGKASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan hadapan atas pengorbanan yang mereka lakukan dalam tempoh yang mencabar ini.
S ebagai menghargai jasa kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dalam menangani jangkitan wabak COVID-19, MyANGKASA Optikal Sdn. Bhd. (MyANGKASA Optikal) sebuah syarikat bersekutu MyANGKASA Holdings Sdn.
Bhd. iaitu anak syarikat milik ANGKASA telah menyumbang sebanyak 1,800 pasang cermin mata keselamatan yang boleh dikitar guna kepada Jabatan
Dari Meja Presiden ANGKASA
Keadaan ekonomi yang suram bukan bermakna kuasa membeli terus lemah dan semakin jatuh. Namun sekiranya produk yang ditawarkan bertepatan dengan bajet pengguna dan disekalikan dengan pakej lain yang menarik, pasti pengguna akan memberi respon yang positif terhadap produk yang diniagakan. Sama-samalah kita mendoakan agar COVID-19 dapat berakhir dengan cepat dan masalah ekonomi koperasi dapat kembali pulih walaupun secara beransur-ansur dan mengambil masa. Harapan dan keyakinan anggota koperasi perlu dipegang dan dipertahankan demi memartabat maruah serta kelangsungan gerakan koperasi selain
memupuk semangat untuk terus memberi kepercayaan kepada koperasi sebagai platform pembangunan sosioekonomi yang mantap dan terjamin.
K operasi kini bukan sahaja terkesan dengan keadaan ekonomi yang terjejas ekoran terbatasnya aktiviti perniagaan akibat COVID-19, malah pada masa yang sama perlu bertindak secara langsung bagi membantu mengurangkan kos sara hidup anggotanya. Prinsip ketujuh koperasi itu sendiri yang cakna kepada masyarakat telah meletakkan koperasi sebagai medan yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan sedikit sebanyak bantuan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung khususnya oleh anggota koperasi dan masyarakat.
Justeru, mengharapkan bukan sahaja bantuan pinjaman kewangan daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban tadbir urus koperasi, tetapi juga manfaat-manfaat yang lain seperti sokongan pemberian permit import (AP) bagi barangan tertentu seperti makanan dan bahan binaan, mempromosi perkhidmatan dan produk-produk keluaran koperasi selain insentif-insentif yang lebih komprehensif dan sesuai dengan persekitaran gerakan koperasi. ANGKASA juga sentiasa menggalakkan ANGKASA koperasi supaya mengkaji semula strategi perniagaan masing-masing bagi mengurangkan impak harga selain meneruskan perniagaan dengan persekitaran baharu.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease