7
WAWANCARA
tiga kategori iaitu generik, fungsional dan profesional. ANGKASA sentiasa mengalakkan budaya ilmu pendidikan di kalangan kakitangan dengan menyediakan peluang melanjutkan pangajian dari peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Kemudahan disediakan melalui Pembiayaan Melanjutkan Pelajaran dan Skim Pinjaman Melanjutkan Pelajaran (Tanpa Faedah). Setakat 2010 hingga kini, jumlah kakitangan yang menikmati kemudahan ini seramai 17 orang program Diploma, tujuh orang program Ijazah, 61 orang program Master dan tiga orang PhD termasuk BDA. Selain itu digalakkan warga kerja mengikuti latihan meningkatkan profesionalisme. Suasana keharmonian di tempat kerja amatlah penting. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh ANGKASA untuk memastikan suara warganya selalu didengari seterusnya mengekalkan keharmonian per- sekitaran tempat kerja? Hubungan dan persekitaran kerja harmoni adalah salah satu keutamaan rangka kerja (Frame work) dalam konsep ANGKASA Di Hatiku. Sikap dan penglibatan semua pihak amat mustahak bagi mengekalkan dan menhargai suasana keharmonian yang sudah lama terjalin. Justeru, hubungan erat pimpinan tertinggi ANGKASA yakni Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) dengan pihak pengurusan tinggi, KESASA dan KESUKA sentiasa bekerjasama dan bersefahaman untuk mencapai halatuju organisasi dan hasrat pemegang taruh serta kepuasan pelanggan. Sebab itu, memelihara suasana keharmonian tempat kerja amatlah penting. Dalam meningkatkan semangat dan kegembiraan bekerja, apakah langkah yang telah diambil di ANGKASA? usaha Dalam ANGKASA Di Hatiku aspek Jasmani dan Kerohanian mampu menghasilkan Keseimbangan Hidup (Worklife Balance) serta mengingatkan kita semua perlu berkhidmat dengan gigih kerana Allah. Agar kita semua perolehi keuntungan dunia dan akhirat.
Maka antara perkara dan aktivti BPSM yang telah dan akan dijalankan seperti berikut: i. Program menyayangi ANGKASA. ii. High Performance Teambuilding warga kerja ANGKASA. iii. Program bersama kesatuan warga kerja KESASA dan KESUKA. iv. Program bersama aktiviti Koperasi Kakitangan ANGKASA. v. Hari Keluarga / Jamuan Makan Malam. vi. Anugerah Kakitangan Cemerlang. vii. Anugerah Khidmat Setia ( Long Service Award ). viii.Program Sukan Piala Presiden usahasama Kelab Sukan ANGKASA (KESKA). ix. Pertandingan Sukan Petanq ANGKASA. x. Program Kesihatan termasuk ceramah dan permeriksaan kesihatan berkala. xi. Program Keagamaan termasuk Cuti Mengerjakan Haji dan Umrah. xii. Amalan Mengaji Quran setiap pagi dan bacaan Yassin setiap pagi Jumaat. Sebagai Majikan yang perihatin dan penyayang, apakah bantuan tambahan yang telah diambil oleh ANGKASA bagi meringankan bebanan kos sara hidup wargakerjanya terutamanya dalam situasi kegawatan ekonomi dan wabak Covid-19? ANGKASA sebagai majikan yang sentiasa prihatin dalam tanggungjawab sosial khususnya di kalangan warga kerjanya. Di antara bantuan tambahan yang diberikan adalah:
dengan harga yang berpatutan. ii. Bantuan Barangan Asas setiap bulan untuk kumpulan bukan Eksekutif. iii. Subsidi yuran untuk yang menghantar anak-anak ke Taska Cahaya Mata (TCM) ANGKASA. iv. Pemeriksaan kesihatan amat dititikberat serta menyediakan kemudahan dan kesedaran bahaya Covid-19. v. Dalam patut arahan Perintah Kawalan Pergerakan pihak menjalankan pergiliran kerja di rumah dan pejabat agar pihak ANGKASA dapat berperanan membantu Kerajaan dalam suasana kritikal juga menjaga kebajikan kakitangan. Apakah kesan atau menafaat daripada perlaksanaan konsep ANGKASA Di Hatiku kepada ANGKASA? koperasi menggalakan budaya kerja berpasukan, menghargai peranan setiap individu dan saling hormat menghormati. Saya yakin komitmen dan kegigihan semua peringkat kakitangan ibupejabat Sejajar dalam konsep dan negeri akan sentiasa berusaha mengharungi keadaan ekonomi pulih ataupun gawat dapat mengekalkan ANGKASA sebagai Badan Apeks Koperasi yang sentiasa kehadapan membantu pembangunan gerakan koperasi negara dan antarabangsa amnya. Insya-Allah. Apakah harapan YBhg. Dato’ untuk membudayakan dan melestarikan konsep Majikan Penyayang kepada gerakan koperasi? Saya berharap program ANGKASA Majikan Penyayang yang dilaksanakan dapat dicontohi oleh koperasi atau organisasi lain. Seterusnya dijadikan sebagai satu budaya kerja mewujudkan nilai persekitaran kerja dan falsafah koperasi. Dari peringkat Lembaga Koperasi, pengurusan, warga kerja dan anggota koperasi dalam menjayakan visi dan misi organisasi. Insya-Allah.
i. Program
Bantuan
Anak
Sekolah untuk
menampung
sebahagian kos persekolahan anak-anak warga kerja ANGKASA di peringkat Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan IPTA. Program ‘Back to School’ juga dibuat setiap hujung tahun bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan/membeli kelengkapan persekolahan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease