MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
OKTOBER 2020 JILID: WP02 / 10 ANGKASACoop Koperasi Dipelawa Jadi Rakan Kongsi Strategik MALAKAT Mall Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
www.angkasa.coop RM1.00
SAJAK
KALA LAMPU MENCURI BINTANG
Kala lampu mencuri bintang menerangi kampung dan jalan raya menyambung sudut-sudut kota rumah-rumah buruh dan tukang beca bengkel karat dan jalan tak berturap juga rumahnya. Dia cuba kenang kembali anak-anaknya yang berkelahi dan menggemakan suaranya di sekujur tubuh pondok desa seperti harapnya pada sebilah puisi.
Dia pulang tapi di simpangan antara; fajar yang memulai baris dan malam yang melukis titik masih tersisa harum kopi rokok separuh hangus, dan gurat di kertas tua.
» YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi meninjau produk jualan di MALAKAT Mall.
K operasi dipelawa menjadi pemilik bersama dan rakan kongsi strategik MALAKAT Mall dalam usaha untuk meningkatkan pemilikan nilai pasaran runcit daripada RM8 bilion kepada RM50 bilion menjelang 2030.
(Harapan harus tetap hidup walau kepayahan dan kesakitan merantai kaki mendongak angkasa).
MALAKAT Mall adalah selaras dengan objektif Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) iaitu ‘Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mampan’. Usaha tersebut katanya diharap dapat membantu usahawan terlibat mahupun koperasi memainkan peranan bagi memulihkan semula ekonomi negara pasca COVID-19. MALAKAT Mall berfungsi sebagai pusat membeli-belah yang mengumpulkan produk usahawan Muslim sebagai satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi dan menguatkan ekosistem ekonomi usahawan Muslim termasuk koperasi.
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berucap dalam majlis perasmian MALAKAT Mall berkata, kerajaan mengambil inisiatif tambahan menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang dilancarkan pada 27 Mei 2020 bagi memastikan momentum perniagaan usahawan mikro dan juga koperasi kembali stabil dalam jangka masa setahun. Inisiatif tersebut juga merupakan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terhadap ekosistem keusahawanan negara bagi memulih operasi perniagaan yang terjejas dan seterusnya memastikan usahawan tempatan dan koperasi terus kekal berdaya saing. Jumlah peruntukan inisiatif pelan tersebut adalah sebanyak RM362.8 juta merangkumi 18 program baharu dan 11 program sedia ada. Katanya lagi, usaha yang dijalankan oleh
Setiausaha Agung Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), Aras 5, Wisma DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. TUAN ASRI HUSIN (WACANA MINDA)
bersambung di muka surat 2
ABMS Tingkat Upaya Sistem Pengurusan Anti Rasuah
Derma Darah – Simbol Solidariti Koperasi Kepada Masyarakat
Platform Digital BA100 Bantu Perkasa Jualan Kedai Runcit Koperasi
muka 5
muka 13
muka 15
Berita Penuh
Berita Penuh
Berita Penuh
2
KOPERASI
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohammad Radhi Bin Abdul Razak dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) Kementerian Pem- bangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Haji Zami Saleh.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (baju batik biru) turut hadir di majlis perasmian MALAKAT Mall.
Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) pula menjadi platform penyatuan kuasa pengguna Islam yang akan menjadikan satu juta pengguna sebagai pemilik bersama MALAKAT Mall dengan simpanan hanya RM100 sebulan secara konsisten, Antara yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Setiausaha
Formula 5 dalam 1 membabitkan
keriasama Usahawan,
antara
MALAKAT Koperasi
Mall,
Pekerja, Pem- bangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dan koperasi utama lain yang mempunyai struktur kewangan kukuh untuk sama-sama menjadi rakan kongsi strategik dalam pengembangan MALAKAT Mall.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi meninjau ruang produk sejuk beku keluaran usahawan tempatan.
Dari Meja Presiden ANGKASA
perkongsian modal yang lebih adil dan tidak membebankan anggotanya. Melalui platform koperasi siswa juga, sebarang bentuk penambahbaikan tadbir urus boleh dibuat secara musyawarah dan setiap pelajar dengan bantuan dan sokongan pentadbir atau pensyarah boleh memainkan peranan tersebut secara bersama. Mungkin bermula dari situlah, pelajar akan dapat mempelajari
S emangat untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama siswazah sebenarnya sudah lama diterapkan oleh kerajaan melalui pelbagai inisiatif berkaitan bidang keusahawanan. Anjakan paradigma tersebut juga seiring dengan hasrat untuk memastikan golongan siswazah lebih kreatif dalam menentukan masa depan mereka melalui cabang perniagaan selain meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan itu sendiri. Umum mengakui, apabila bercakap tentang perniagaan, selalunya fikiran akan mudah terpengaruh dengan hasil pulangannya yang lebih tinggi dan menguntungkan berbanding kerja makan gaji. Walaupun semangat seumpama itu baik sebagai motivasi dalam menghadapi dunia perniagaan, minda
pelajar harus dikawal daripada terus hanyut dengan angan-angan yang boleh melalaikan dan merosakkan fikiran. Penerapan nilai-nilai keusahawanan yang tulen haruslah berteraskan kepada pendekatan ilmu yang lebih matang dan dinamik selaras dengan kepakaran dan kelebihan ilmu yang dimiliki. Justeru, koperasi siswa dilihat sebagai platform yang cukup sesuai sebagai panel perunding keusahawanan. Menerusinya, golongan siswa boleh mendapatkan maklumat dan cuba jalankan aktiviti perniagaan melalui platform koperasi. Asas koperasi itu sendiri yang berpegang kepada prinsip bersatu padu dalam membina dan menjalankan sesebuah aktiviti ekonomi dapat membantu mengawal perjalanannya secara bersama selain membentuk
selok-belok dunia perniagaan secara lebih mantap sekaligus dapat mencorakkan dunia perniagaan sebenar kelak dengan lebih yakin. Selamat maju jaya.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkifli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3
KOPERASI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ KoPPIM Bina Kekuatan Ekonomi Muslim M enyedari belum ada gerakan untuk mengubah ekonomi Muslim secara menyeluruh, idea penubuhan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) direalisasikan bermatlamat menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi. Menariknya, KoPPIM juga turut mengambil inspirasi Persatuan mewujudkan asas yang kukuh menerusi Ekosistem Ekonomi Islam. Ia sekaligus berupaya memecah monopoli syarikat- syarikat besar dengan menggalakkan usahawan Muslim berniaga di samping mewujudkan suasana yang kompetitif antara syarikat besar dan syarikat kecil. “Terdapat ribuan individu ber-
pengaruh (influencer) Muslim dan ribuan jutawan Muslim yang dihormati di sekeliling kita di Malaysia tetapi tidak diberikan ruang untuk menyumbang dalam skala berimpak tinggi. “KoPPIM menaruh harapan dan impian tinggi untuk melihat gerakan koperasi dapat mengubah ekonomi Muslim secara menyeluruh memandangkan banyak produk Muslim yang berkualiti tinggi tetapi lemah dari segi pemasaran. “Justeru, melalui penglibatan anggota KoPPIM dalam industri perniagaan, kami mahu melihat ia menjadi landasan utama Muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian dan bertitik tolak dari situ, KoPPIM membuka peluang kepada ummah untuk menceburkan diri dalam perniagaan dalam skala global berimpak tinggi,” katanya ketika ditemui PELANCAR di MALAKAT Mall, Cyberjaya. Dato’ Nadzim berkata, Malakat Mall yang diuruskan oleh KoPPIM adalah antara projek berimpak
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang memperjuangkan hak pengguna sejak 1997. Menurut Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim Johan yang juga merupakan Ketua Aktivis PPIM, KoPPIM diurus tadbir oleh barisan ahli korporat terlatih dan usahawan berjaya. Penubuhannya bertujuan untuk menjadi sumber dana kepada pelaburan strategik dalam usaha untuk membangunkan ekosistem ekonomi Islam di negara ini. Menurutnya, dengan moto “Pengguna Pemilik Ekonomi”, KoPPIM kini dalam misi membina satu juta keahlian koperasi menerusi Tiga Teras Strategi iaitu Pembangunan Ahli Koperasi Pengguna Islam, Pembangunan Syarikat Pembayar Zakat dan Pembangunan Ekosistem Ekonomi Beretika. Katanya, tiga strategi teras tersebut adalah bermatlamat ke arah
» Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim Johan.
secara khusus dan komuniti Muslim secara umum. Beliau berkata, MALAKAT Mall yang mula beroperasi pada Mac lalu merupakan pusat beli belah pertama Muslim di negara ini yang mengumpulkan 100 peratus usahawan Muslim berniaga di bawah satu bumbung di samping menjadi pusat perniagaan latihan untuk pelajar, dropship, dealer, ejen dan pelanggan. Selain itu, Raudhah Grocer (dikenali sebagai Raudhah Mart) antara projek yang sedang beroperasi di Bangi & Cyberjaya. Kejayaan projek ini mendorong KoPPIM merancang 10,000 unit Raudhah Grocer dalam tempoh 10 tahun (2020-2030) sekaligus membuka peluang keusahawanan Antara projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan KoPPIM adalah seperti Raudhah City, Muslim Distribution Center (DC), RaudhahPay dan Hayib.com.
tinggi yang dilaksanakan di samping beberapa projek lain bersesuaian dengan hala tuju koperasi yang membina landasan “Ekosistem Baru Ekonomi Islam” melalui pergerakan secara besar-besaran demi memberi manfaat besar kepada anggota KoPPIM
MANFAAT ANGGOTA KoPPIM Diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Matlamatnya adalah untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.
» MALAKAT Mall di Cyberjaya.
Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) Raudhah City, Jalan SP 10/1, Selangor Cyber Valley, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Hotline: 016-282 9075 Telefon: 03-840 81878
» Ruang kaunter bayaran MALAKAT Mall.
4
ANGKASA
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI Zakat ANGKASA Johor 2019 Meningkat
A gihan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor telah menunjukkan kenaikan daripada RM151,400.62 pada tahun 2018 kepada RM157,294.13 pada tahun 2019. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor untuk tahun 2019 telah berlangsung dalam satu majlis khas di Johor Bahru pada 7 September 2020. Zakat tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad bagi pihak MAIJ. Antara yang hadir di majlis serahan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Dr. Haji Nooh Gadut; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
» Dato’ Abdul Fattah (paling kanan) menyampaikan replika cek zakat kepada YAB Datuk Haji Hasni sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Haji Abdul Rashid A. Rahman (dua dari kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Haji Tosrin Jarvanthi (paling kiri).
Agihan Zakat ANGKASA Bagi Tahun Kewangan 31 Disember 2019 Mengikut Jumlah Keahlian ANGKASA Tahun Bilangan Koperasi
Jumlah Agihan (RM)
2015 2016 2017 2018 2019
847 886 914 939 978
101,514,28 128,563,14 139,048,24 151,400,62 157,294,13
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut berkesempatan menyampaikan buku bertajuk ‘Proses Pemantapan Tadbir Urus Koperasi Sekolah’
5
ANGKASA
ABMS Tingkat Upaya Sistem Pengurusan Antirasuah
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Presiden ANGKASA merangkap Presiden Asean Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, pelaksanaan pensijilan ABMS yang diperkenalkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu diharap dapat meningkat reputasi, mengurangkan kos operasi, mengukuhkan prestasi kewangan, membudayakan integriti dan meningkatkan moral pekerja. Sehubungan itu, koperasi diseru supaya menyertai ABMS dalam usaha untuk membangunkan sistem pengurusan antirasuah di koperasi masing-masing. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Seminar Pengurusan Antirasuah Koperasi 2020 Anjuran Bersama SPRM di Petaling Jaya, 14 September 2020. Seminar tersebut menyaksikan penyertaan seramai 100 peserta yang mewakili koperasi sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan sepanjang dua hari program berlangsung. Kertas kerja pertama bertajuk “Sistem Piawaian Malaysia Standard (MS) ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)” telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil pada hari tersebut. Dalam kertas kerja ini, peserta diberi pendedahan mengenai mengenai skop rasuah, konteks pengurusan organisasi, kepimpinan, perancangan, penilaian prestasi dan penambahbaikan dalam melaksanakan pengurusan sistem ini sekaligus membolehkan risiko rasuah dapat dikenal pasti dengan cepat. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Institut Koperasi Malaysia (IKM) Encik Mohd Zaib Mat Yunus; Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi JPAN Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengerusi JPAN Negeri Perlis, Haji Sahimi Shari; Pengerusi JPAN Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin; Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji M.Nasir Ramli; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. P engurusan Tadbir Urus Dalam Koperasi melalui Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) berdasarkan Standard ISO 37001:2016 berupaya memberi panduan kepada koperasi untuk melaksana dan menambahbaik Sistem Pengurusan Antirasuah.
» Dato’ Abdul Fattah dan Haji Nasir Khan turut mendengar pembentangan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil bertajuk Sistem Piawaian Malaysia Standard (MS) ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) .
» Sebahagian peserta dalam kalangan anggota dan pengurusan koperasi.
MS ISO 37001: 2016 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)
OBJEKTIF
antirasuah. 02
01 Langkah
pencegahan, pengesanan dan bertindak balas ke atas rasuah untuk membentuk budaya kerja yang lebih beretika.
Mengenal pasti dan menguruskan
rasuah dengan pengwujudan sistem risiko
Signikan Pelaksanaan ABMS 37001
01 Menjadi amaran dan peringatan kepada individu menjauhi rasuah.
02
03
Jaminan pimpinan ANGKASA kepada warganya untuk mencegah jenayah rasuah.
Sebagai bukti bahawa ANGKASA telah mengambil
langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.
Sumber: Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA
6
KOPERASI
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad Pelbagaikan Aktiviti Untuk Tingkat Pendapatan Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
» Pejabat Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad yang terletak di Jalan 13A, Plaza Seri Kubu, Jalan Tan Chay Yan, Melaka.
» Pengerusi koperasi, Hajah Marsitah (empat dari kanan) bersama barisan ALK yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan koperasi
» Sesi mesyuarat sentiasa dijalankan bagi mendapatkan kata sepakat untuk kemajuan koperasi.
T ahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi sektor koperasi dan tidak terkecuali kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad kerana tidak dapat melaksanakan pelbagai aktiviti koperasi dengan lancar disebabkan pandemik COVID-19. Bagaimanapun, prestasi koperasi yang berterusan telah memberi pulangan dan keuntungan kepada anggota sekali gus memberi keyakinan kepada anggota koperasi untuk terus menyokong koperasi seterusnya menjana keuntungan berdasarkan perbelanjaan berhemah Menurut Pengerusinya, Hajah Marsitah Othman, tahun 2019 menyaksikan kejayaan dan kemajuan yang dibanggakan dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.8 juta. Katanya, dengan keanggotaan seramai 3,952 orang, pelbagai aktiviti yang disediakan terdiri daripada kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan dan tabung khairat kematian menjadikan koperasi ini diiktiraf sebagai koperasi terbaik di peringkat negeri dan negara.
”Bagi
mempelbagaikan
sumber
pengajian tinggi (IPT),” katanya yang merupakan pengerusi pertama wanita koperasi sejak koperasi ditubuhkan pada 1926 lalu. Seterusnya katanya, bagi mengekalkan penjanaan pendapatan koperasi setiap tahun dan bermula pada tahun ini, sebanyak 19 lot industri milik koperasi disewakan kepada usahawan-usahawan yang berminat dan berpotensi menjalankan perniagaan atau Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). “Koperasi tidak berhasrat untuk menjual mana-mana bangunan milik koperasi untuk meraih keuntungan segera tetapi menjadikannya sebagai sumber dan medan untuk menjana dan mengekalkan pendapatan bagi tujuan memperkasakan kedudukan ekonomi serta pengeluaran dividen koperasi yang lebih mantap pada masa kini dan akan datang. Berdasarkan aset-aset yang ada, koperasi yakin akan terus kukuh dan berada pada landasan yang betul dengan satu tujuan serta satu matlamat untuk menjadi koperasi
pendapatan aktiviti pembiayaan kredit, sewaan bangunan, insurans, koperasi kini telah menceburi bidang baharu di dalam perniagaan dobi layan diri kepada penuntut universiti bertempat di Kolej Mohd Rasit, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dengan empat buah mesin basuh dan empat buah mesin pengering. koperasi selain “Perkhidmatan ini telah bermula sejak bulan Mac 2019 melibatkan peruntukan sebanyak RM234,000 dan pendapatan kasar dalam bulan pertama operasi adalah sebanyak RM5,536. “Perniagaan yang dikenali EzyDobi ini dikendalikan oleh syarikat Pakar Dobi Sdn. Bhd. Kajang Utama dan kini kami sedang dalam proses menambah sebuah lagi perniagaan dobi layan diri di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) dalam masa terdekat selepas melihat perkembangan positif bidang baharu perniagaan ini di peringkat institusi
7
KOPERASI
pesaing yang kompetitif serta peraturan pentadbiran yang perlu dipatuhi. “Saya yakin dengan cetusan idea yang kreatif dan inovatif dari semua pihak
menerusi prinsip berkoperasi, koperasi akan lebih unggul dan cemerlang dan terus diperkasakan pada masa akan datang seiring dengan misi koperasi menuju ke arah sebuah koperasi yang bertaraf korporat.
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad 13A-14A, Plaza Seri Kubu, Jalan Tan Chay Yan, 75300 Melaka. Tel. : 06-2848455/ 2848354 Faks : 06-2823401 E-mel : kpknmb@yahoo.com Laman web : www.koperasimelaka2u.blogspot.com
yang maju dan membangun sekaligus menjadi kebanggaan kepada anggota,” katanya. Beliau berkata, koperasi akan terus sentiasa bersiap siaga melakukan transformasi demi menghadapi kekangan dan risiko era ekonomi yang tidak menentu, » Pengurus Pakar Dobi Sdn. Bhd. Cik Nuraini Roslan ketika ditemui di EzyDobi milik koperasi yang dikendalikan syarikatnya di Kolej 12 & 14 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
» Hajah Marsitah bersama Sijil penghargaan, plak dan replika cek yang dimenangi Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad pada Majlis Anugerah Koperasi Terbaik Negeri 2020 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Julai lalu.
Jalin Kerjasama Tingkat Pertumbuhan Ekonomi Koperasi
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
» Delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah (duduk empat dari kanan) bergambar di Wisma Koperasi Tentera.
A NGKASA dan Koperasi Tentera berhasrat untuk menjalin kerjasama lebih erat bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi koperasi melalui penglibatan lebih aktif dalam hidang perniagaan. Kerjasama tersebut penting sebagai pemangkin untuk memacu budaya keusahawanan dan memperkasakan lagi gerakan koperasi dalam kalangan B40 dan masyarakat luar bandar. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika berucap dalam sesi kunjungan hormat ANGKASA ke Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) di Wisma
Koperasi Tentera, Kuala Lumpur, 22 September 2020. Menurut beliau, Kerjasama ini juga dapat membantu kedua belah pihak membentuk gerakan koperasi yang lebih kuat menerusi ekosistem yang lengkap, sempurna selain menambah peluang pekerjaan kepada anggota koperasi, keluarga dan masyarakat. Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee Mazlan (Bersara) yang menyambut kehadiran delegasi ANGKASA berkata, dimensi kerja- sama dengan ANGKASA boleh menjadikan Koperasi Tentera bergerak ke tahap yang lebih membanggakan dan menjadikannya sebagai persediaan kukuh bagi
berdepan dengan cabaran perniagaan masa depan. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Dato’ Ahmad Zahudi Haji Salleh; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
8
KOPERASI
4 K o p p e r a A
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad (KPPKNK)
Prestasi Cemerlang Jadikan KPPKNK Sinonim Dengan Anugerah Peringkat Negeri, Kebangsaan
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad, Dato’ Haji Abdullah Sani bin Haji Ibrahim di pejabat beliau.
P restasi cemerlang dalam setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Kope- rasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad (KPPKNK) menjadi titik tolak kepada kejayaan koperasi tersebut memberi pulangan bermakna kepada anggota dan masyarakat sehingga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Kedah pada Hari Koperasi Malaysia 2020. KPPKNK yang dahulunya dikenali sebagai Kedah Government Servants telah di- tubuhkan pada 23 Ogos 1952 dan didaftarkan pada 23 April 1953. Sehingga kini, koperasi tersebut mempunyai seramai hampir lima ribu anggota yang terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk
syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pengalaman dan ilmu yang diraih melalui operasi tiga buah stesen minyak di Alor Setar dan Changlun sejak tahun 1983 memberi keyakinan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk meluaskan jaringan perniagaan. KPPKNK juga sedang dalam proses untuk mem- buka tiga lagi stesen minyak iaitu di Changlun dan Kuala Nerang, Kedah dan di Beseri, Perlis. Melihat pada prestasi baik yang direkodkan perniagaan Ar- Rahnu di Alor Setar dan Guar Chempedak sepanjang lima tahun (2014-2018), koperasi dalam perancangan untuk membuka cawangan Ar-Rahnu yang ketiga di Changlun.
» Bangunan yang digunakan sebagai pejabat rasmi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad terletak di Taman Koperasi Kedah dan dibeli oleh koperasi ini pada tahun 1987.
» Barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang terdiri daripada Pengerusi, Dato’ Haji Abdullah Sani bin Haji Ibrahim (tengah); Bendahari, Haji Munir bin Badrul Jamil (dua dari kanan); Setiausaha, Haji Majib bin Jussoh (dua dari kiri) dan Anggota Lembaga, Haji Anuar bin Ibrahim (paling kiri) serta Pengurus Besar, Haji Mohd. Shukri bin Hassan (paling kanan).
» Koperasi meraih anugerah Koperasi Terbaik Negeri Kedah pada Hari Koperasi Malaysia 2020 yang telah diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 26 Julai 2020. Sumber gambar: Facebook Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad.
» Stesen minyak Petronas yang terletak di Jalan Tun Razak, Alor Setar merupakan stesen minyak pertama yang dioperasikan oleh koperasi.
» Stesen minyak Shell yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar telah mula beroperasi pada 17 April 2015.
» Ar-Rahnu cawangan Alor Setar yang terletak di Taman Koperasi Kedah, Alor Setar telah mula beroperasi pada 1 Julai 1999.
» Ar-Rahnu cawangan Guar Chempedak yang terletak di Kompleks Majlis Daerah Yan telah mula beroperasi pada 22 Oktober 2002.
» Stesen minyak Caltex yang terletak di Lebuhraya Utara Selatan, Changlun telah mula beroperasi pada 16 Jun 1998.
9
KOPERASI
» Perniagaan LPG jenama Petron dimulakan oleh koperasi pada 16 November 2016 di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
» Koperasi turut menjalankan perniagaan perkhidmatan servis kereta di Taman Koperasi Kedah.
» Stesen minyak Petron di Beseri, Perlis sedang dalam pembinaan.
Walaupun terpaksa berdepan saingan sengit dengan pengusaha- pengusaha Ar-Rahnu yang lain, prestasi perniagaan Ar-Rahnu di Alor Setar meningkat daripada RM340 ribu pada tahun 2014 kepada RM684 ribu pada tahun 2018. Pada tahun 2016, KPPKNK telah dilantik oleh Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad sebagai stokis dan wakil penjual gas petroleum cecair (LPG) sekaligus berjaya merekodkan keuntungan bersih hampir RM700 ribu sepanjang tiga tahun beroperasi. Koperasi juga telah mewujud- kan Kumpulan Wang Derma Kematian (Khairat Kematian)
pada tahun 1997 dengan tujuan membantu meringankan beban anggota serta waris dan tanggungan mereka. Dari tahun 1997 hingga 2018, koperasi telah membuat pembayaran sebanyak RM6.15 juta kepada 4,259
tuntutan. Pelan
ada dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan bagi meningkatkan perolehan.
strategik
yang
di-
rangka
setiap
lima
tahun
dijadikan
panduan koperasi
untuk
memantapkan
lagi
perniagaan
sedia
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad (KPPKNK) No. 2 & 4, Taman Koperasi Kedah, Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel. : 04-7311144 / 7310799 / 7348741 E-mel : kppknk@kopkedah.com.my Laman web : www.kopkedah.com.my Facebook : www.facebook.com/kopkedah
10
Promosi Produk Pilihan Koperasi Oleh: BAHAGIAN KEPIMPINAN MODAL INSAN & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Muruku Rangup
Resipi Warisan
K operasi Usahawan Wilayah Utara (KUWITA) merupakan salah satu pengeluar produk Muruku Kacang Dal dan Muruku Pulut yang tersenarai antara 100 Product Champion. Muruku tersebut yang menggunakan resipi warisan dihasilkan tanpa bahan pengawet selain pembungkusannya yang mudah ditutup selepas dibuka.
Koperasi Usahawan Wilayah Utara Berhad B 26, Jalan SM1E/3 Bandar Baru, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 013-588 7905 Hubungi : Puan Zaitun Matt
Selain berada di pasar raya seperti MYDIN dan AEON, produk ini juga turut dijual di luar negara seperti Brunei selain dipromosikan di Jepun, Shanghai, Naning dan Singapura.
Kekal Aroma dan Cita Rasa Tradisional Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1
K operasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu mengeluarkan produk kopi Pra Campuran 2 Dalam 1. Pengeluaran produk Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1 keluaran Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad bermula pada tahun Tahun 2010. Koperasi tersebut masih mengekalkan cita rasa dan aroma tradisional kopi dan terpilih sebagai 100 Product Champion ANGKASA. Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1 itu juga turut menerima pensijilan Halal daripada JAKIM melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah selain pensijilan MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berhad
Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad Kampung Lubuk Batu, Mukim Pelubang, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tel. : 04-917 1470 Hubungi : Puan Ruszan Musa
11 WAWANCARA
Bersama Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Anggota Lembaga ICA
Perniagaan Koperasi : Cabaran Dan Kekuatan Sepanjang Pandemik COVID-19
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Segmen khas COVID-19 kali ini, mengetengahkan wawancara PELANCAR bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail untuk membicarakan tajuk : “Perniagaan Koperasi : Cabaran Dan Kekuatan”
hadapan yang bertugas, selain menyediakan makanan dan minuman. Pelbagai tabung juga ditubuhkan bagi memberi pinjaman kepada anggota yang memerlukan. Membina rangkaian atau gabungan daripada beberapa buah koperasi juga adalah salah satu kesan daripada krisis ekonomi yang berlaku, ditambah dengan penularan wabak COVID-19. Kekuatan bergabung modal, tenaga dan idea pasti boleh membawa gerakan koperasi kemercu kejayaan semula, sekiranya segala cabaran ditangani secara bersama. Koperasi yang tidak mempunyai modal yang besar, boleh bergabung dengan koperasi lain atau koperasi yang besar dalam sektor yang sama. Modal atau syer juga perlu dtambah. Anggota koperasi juga perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada pemimpin koperasi dan berani menghadapi risiko dalam menjalankan perniagaan yang besar.
pelbagai cabaran, seperti masalah dalam melunaskan sewaan premis perniagaan ataupun pejabat, pembayaran gaji pekerja, pengeluaran produk yang tidak dapat dilaksanakan dan banyak lagi. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) amat prihatin terhadap impak penularan wabak tersebut ke atas aktiviti perniagaan koperasi di Malaysia. Ini kerana aktiviti koperasi yang terjejas turut memberi kesan kepada kebajikan seramai enam juta anggota koperasi di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, koperasi-koperasi besar seperti Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Berhad juga mempunyai kelebihan dan boleh meringankan beban anggota mereka dan juga petugas barisan hadapan negara seperti KKM dan lain-lain jabatan. Menyediakan kemudahan penginapan di hotel-hotel milik koperasi untuk petugas barisan
Pada antara cabaran ekonomi yang dihadapi gerakan koperasi akibat penularan wabak COVID-19? pendapat Dato’, apakah Perniagaan mahupun apa sahaja kegiatan yang dijalankan koperasi, khususnya koperasi kecil pasti terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Antaranya ialah koperasi-koperasi yang menjalankan sektor hartanah. Mereka terkesan apabila urusan dengan Negara China terjejas dan tertangguh akibat penularan wabak COVID-19. Mana-mana koperasi yang berurusan membeli peralatan pembinaan di Wuhan terpaksa menangguhkan urusan jual beli. Dua bulan pertama tahun 2020 sahaja nilai barang yang tidak dapat diimport oleh sektor koperasi adalah sebanyak RM8 juta. Tempoh PKP akibat penularan wabak COVID-19, sepanjang tahun ini, dijangka koperasi terbabit mengalami kerugian yang tinggi. Bagaimanakah cabaran daripada wabak COVID-19 ini dapat memberi kekuatan kepada perniagaan koperasi? PKP yang diadakan bagi menghentikan penularan atau rantaian wabak COVID-19, tentunya menjadikan koperasi menjadi lebih kuat dan lebih berani berhadapan dengan
Membina rangkaian atau gabungan daripada beberapa buah koperasi juga adalah salah satu kesan daripada krisis ekonomi yang berlaku, ditambah dengan penularan wabak COVID-19. Kekuatan bergabung modal, tenaga dan idea pasti boleh membawa gerakan koperasi kemercu kejayaan semula, sekiranya segala cabaran ditangani secara bersama.
12 WAWANCARA
Cabaran menangani wabak diambil secara bersama-sama lebih kepada mencari penyelesaian dan memberi sumbangan kepada anggota mahupun koperasi. Sama- sama menyumbang memberi idea dan tenaga dalam memulih dan menjana pendapatan bersama. Apakah bentuk sumbangan ANGKASA dalam meringankan beban dan membantu mereka? Saya percaya gerakan koperasi boleh meneruskan kelangsungan hayat koperasi masing-masing dalam dalam apa jua keadaan. Gerakan koperasi dilihat menjalankan aktiviti keusahawanan sama seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana, namun realitinya terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Justeru, dicadangkan agar pindaan dibuat oleh pihak kerajaan pada polisi agar gerakan koperasi mendapat insentif yang sama seperti PKS. Penyertaan dalam memberi sumbangan, terbuka daripada ANGKASA Pusat malah sehingga ke peringkat negeri-negeri. Semoga ia dapat membantu koperasi selain dapat memberi masa kepada kepimpinan koperasi untuk melihat semula pelan perniagaan.
Pasti banyak perkara perlu diubah suai dengan aktiviti koperasi, supaya mereka boleh meneruskan hayat dan terus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). kepada gerakan koperasi yang turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 di negara kita dan bagaimana koperasi boleh memanfaatkan keadaan yang terbit daripada penularan wabak tersebut. Nasihat dan harapan Dato’ Gaya hidup anggota dan masyarakat banyak berubah walaupun semasa apatah lagi selepas langkah PKP diadakan, teknologi e-dagang menjadi semakin popular. Koperasi juga boleh mengambil peluang melalui pembelian barang asas (BA100), kelolaan ANGKASA yang menggunakan sistem jimatshop.com. Memanfaatkan sistem pembelian atas talian yang semakin meningkat permintaannya. Apa yang penting, anggota dan masyarakat perlu memastikan bekalan makanan mencukupi.
Gerakan koperasi boleh meneruskan kelangsungan hayat koperasi masing- masing dalam dalam apa jua keadaan. Gerakan koperasi dilihat menjalankan aktiviti keusahawanan sama seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana, namun realitinya terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Justeru, dicadangkan agar pindaan dibuat oleh pihak kerajaan pada polisi agar gerakan koperasi mendapat insentif yang sama seperti PKS.
Oleh : RAHMAT MOHD DID ANGKASA dan Kelab Kebajikan Nur Insaniah Salur Bantuan Kepada 50 Asnaf Kuala Langat
S eiring dengan usaha untuk meringankan beban masyarakat, ANGKASA dengan kerjasama Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor telah menjayakan program menyantuni 50 warga asnaf di sekitar Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Sumbangan dalam bentuk barang keperluan asas melalui Program Barang Asas 100 (BA100) itu telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Pihak Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor juga turut menyediakan set makanan kepada golongan asnaf melalui Program Darul Infaq. ANGKASA memperuntukkan sebanyak RM2 juta khas untuk tujuan sumbangan sewaktu pandemik Covid-19 dan RM1 juta diperuntukkan untuk program sumbangan barang asas dan keperluan penjagaan kesihatan kepada golongan bersasar khususnya petugas barisan hadapan dan golongan yang memerlukan bantuan. Program Jelajah Santuni Asnaf merupakan kesinambungan siri program ‘Coop Care’ anjuran ANGKASA bagi membantu meringankan beban yang dihadapi golongan yang terkesan secara langsung kerana kesan pandemik Covid-19.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (hadapan dua dari kiri) bergambar bersama barisan petugas dan penerima asnaf.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Encik Ismail Md. Dom, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat,
Encik Halim Ibrahim dan Pengerusi Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor, Encik Md Zamri Sadarom.
ANGKASA 13
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Derma Darah – Simbol Solidariti Koperasi Kepada Masyarakat B ertepatan dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan 2020 iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan peranan
Kempen yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya itu juga merupakan manifestasi penghayatan kemerdekaan warga ANGKASA sebagai solidariti sebagai rakyat Malaysia yang cakna kepada negara. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dalam ucapannya menyeru seluruh warga koperasi supaya menjadikan amalan menderma darah sebagai sebahagian daripada rutin sebagai sumbangan bermakna kepada yang memerlukan. Katanya, koperasi di seluruh Malaysia koperasi itu sendiri sebagai tunjang perpaduan masyarakat yang memberikan manfaat kepada anggotanya, ANGKASA dengan Kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Program Coop Care Jom Derma Darah pada 10 September 2020.
» Dato’ Abdul Fattah diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya melawat salah seorang penderma darah.
juga perlu mengambil inisiatif dan sama- sama berganding bahu melaksanakan kempen derma darah bagi membantu menampung bekalan darah negara. Program Coop Care Jom Derma Darah berjaya mencapai matlamatnya dengan penyertaan seramai 85 penderma berbanding sasaran asal iaitu 80 penderma. Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin.
» Dari kiri, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin, Dato’ Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
» Mantan Ketua Pengarah IKM, Haji Ariffin Mamat turut berkongsi pengalamannya sebagai bekas pesakit Covid-19 dan melancarkan buku tulisannya bertajuk “Coronavirus”.
» Dato’ Abdul Fattah menjalani pemeriksaan kesihatan yang turut diadakan semasa program tersebut.
14 KOPERASI KOPUTRA Utama Kesejahteraan Anggota Oleh: NADIAH KAMARUDIN K operasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) berjaya muncul sebagai koperasi ke-26 dalam ranking ‘100 Koperasi Terbaik Malaysia 2019’ berbanding kedudukan ke-28 pada tahun 2018.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah merasmikan MAPT KOPUTRA ke-34 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 19 September 2020. Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (kanan).
Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPUTRA ke-34, pada 19 September 2020 di Hotel Tenera, Bangi Selangor. Katanya, sumbangan sesebuah koperasi kepada masyarakat perlu diukur secara keseluruhan dan bukan hanya dinilai daripada jumlah pemberian dividen. Sementara itu, Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dalam ucapan aluannya menyatakan kesyukuran dengan pencapaian dan prestasi kewangan KOPUTRA walaupun negara mengalami ketidaktentuan dan kelembapan ekonomi. Jumlah pendapatan KOPUTRA meningkat daripada RM15.64 juta pada tahun 2018 ke RM19.19 juta pada 2019 manakala aset terkumpul sehingga Disember 2019 adalah bernilai RM100.9 juta. Pada MAPT KOPUTRA yang ke-33, mesyuarat telah meluluskan penubuhan ‘Tabung Tahfiz’ yang bertujuan untuk membantu pusat-pusat tahfiz dan seterusnya mengumpul dana bagi membina sebuah pusat tahfiz milik koperasi sendiri. Sebagai rekod, dianggarkan sejumlah RM84 ribu telah diagihkan kepada sembilan buah pusat tahfiz yang memerlukan bantuan. Pelan Strategik Lima Tahun (2019-2023) iaitu ‘FORWARD23’ yang dirangka oleh KOPUTRA juga sudah mula menunjukkan hasilnya. Menerusinya, sebanyak lima sektor telah diberi tumpuan iaitu Sektor Pembiayaan Takaful dan Keanggotaan, Sektor Pelaburan dan Pembangunan Hartanah, Sektor Hospitaliti dan Peruncitan, Sektor KPC Property Care dan Sektor Modal Insan dan Pentadbiran. KOPUTRA dengan kerjasama Intllab Sdn. Bhd. akan membangunkan sebuah projek perumahan yang merangkumi rumah mampu milik satu tingkat, teres dua tingkat dan banglo di tanah seluas 11.8 ekar di Jelebu, Negeri Sembilan. Sebidang tanah berkeluasan 0.46 ekar yang terletak bersebelahan dengan Apartment White Rose milik KOPUTRA di Cameron Highland juga telah dibeli untuk tujuan pembangunan resort yang baharu.
Hasil kolaborasi antara KOPUTRA dengan Star Physio Service, sebuah pusat fisioterapi iaitu ‘Prophysio’ juga telah dibuka pada 20 Januari 2020 di Tamarind Square, Cyberjaya. Perniagaan Ar-Rahnu juga menunjukkan prestasi yang positif setelah Berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM88 ribu sepanjang tahun lalu. KOPUTRA juga sedang merancang untuk membuka cawangan Ar-Rahnu keduanya di Bandar Baru Bangi. Kedai serbaneka ‘SHOPPE KOPUTRA’ yang bertempat di Menara Bank Muamalat, Kuala Lumpur pula berjaya mencatat prestasi yang memberangsangkan apabila meraih pendapatan sebanyak RM590 ribu pada tahun 2019 berbanding RM211 ribu pada 2018. Hadir bersama ke majlis perasmian tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mustaqim Nazran.
» Dr. Mohd. Azlan Yahya menyampaikan sijil penghargaan, satu unit Gold Bar KOPUTRA dan wang tunai kepada adik Mawaddah Saifulzaman yang menerima Anugerah Tunas Puteri Harapan KOPUTRA 2019.
» Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias menyampaikan replica cek bantuan tabung tahfiz kepada Pengerusi MAAHAD Tahfiz Nurul Yaqin, Ustaz Suhaimi Hassan Al-Hafiz.
» Lakaran ‘Embun Bayu’ iaitu projek pembangunan perumahan KOPUTRA di Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama intllab Sdn Bhd sebagai Project Management Consultant . (Sumber gambar: http://intllab.com/pmc/ koputra-titi/).
» Jualan air mineral KOPUTRA adalah antara penyumbang utama kepada kenaikan pendapatan SHOPPE KOPUTRA. (Sumber gambar: Facebook rasmi KOPUTRA).
» Prophysio menyediakan perkhidmatan dalam bidang kesihatan, pemulihan dan rehabilitasi. (Sumber gambar: Facebook Prophysio Centre).
15
Platform Digital BA100 Bantu Perkasa Jualan Kedai Runcit Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Barangan keperluan asas BA100 yang dijual di kedai runcit milik Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad.
» Pengarah Urusan Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad, Encik Mohd Ghafari bersama produk BA100 yang dijual di kedai runcit koperasi berkenaan.
» Kedai Runcit 89 Fresh Mart yang terletak di Persiaran Puteri 3/1, Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak.
P erkembangan teknologi masa kini menuntut banyak industri untuk menceburi perniagaan dalam talian termasuk sektor koperasi untuk tidak ketinggalan meneroka peluang ini. Program BA100 yang diperkenalkan sejak Mei 2019 lalu, telah banyak memberi manfaat kepada peruncit koperasi dalam memodenkan perniagaan masing-masing khususnya melalui platform digital. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah sendiri turut menyasarkan sejumlah 3,000 peruncit koperasi dan tiga juta pengguna akan menggunakan platform perniagaan JIMATbiz dan JIMATshop menjelang tahun depan. Malah katanya, platform perniagaan digital atau e-dagang ini berupaya meningkatkan sehingga lima peratus nilai jualan menerusi pendekatan pemasaran secara dalam talian. Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad adalah antara koperasi yang menyertai Program BA100 dengan sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak menerusi aktiviti peruncitan di kedai koperasi tersebut. Kedai runcit tersebut adalah milik sekumpulan 21 orang anggota yang terdiri daripada golongan belia dari pelbagai bidang keusahawanan. Pengarah Urusan koperasi ber- kenaan, Encik Ghafari Mohd. Nasir ketika ditemui PELANCAR berkata, sejak menyertai Program BA100 pada Ogos 2020, sambutan jualan di kedai koperasi yang dikenali Kedai Runcit 89 Fresh Mart amat menggalakkan.
“Sejak menyertai Program BA100, permintaan terhadap produk barangan asas semakin meningkat,khususnya menerusi platform dalam talian dan kebanyakan pelanggan mula membuat tempahan barangan melalui aplikasi www.JIMATshop.com. Inisiatif dan langkah proaktif ANGKASA ini selaras dengan usaha kerajaan dalam membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Koperasi sewajarnya merebut peluang yang ditawarkan dalam Program BA100 kerana platform digital ini mampu memberi kekuatan baharu dalam urusniaga peruncitan koperasi. “Dengan jumlah syer berjumlah RM17,610, modal sebanyak RM593,938 (Mei 2020), aset bernilai RM350,000 dan perolehan berjumlah RM706,115 (Mei 2020), Koperasi Bintang Makmur Kuala
Kangsar Berhad bertekad untuk terus komited dan berusaha meletakkan koperasinya sebaris dengan koperasi maju yang lain,”katanya. Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad juga turut menjalankan aktiviti pertanian menerusi konsep fertigasi sayur- sayuran dan buah-buahan,
pembekalan peralatan per- tanian dan projek ternakan ikan air tawar. Menariknya, hasil yang diusahakan ini turut dijual di kedai runcit koperasi selain dipasarkan ke pasar borong dan pasar besar berdekatan termasuk di Pasar Borong Selayang.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease