10
Promosi Produk Pilihan Koperasi Oleh: BAHAGIAN KEPIMPINAN MODAL INSAN & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Muruku Rangup
Resipi Warisan
K operasi Usahawan Wilayah Utara (KUWITA) merupakan salah satu pengeluar produk Muruku Kacang Dal dan Muruku Pulut yang tersenarai antara 100 Product Champion. Muruku tersebut yang menggunakan resipi warisan dihasilkan tanpa bahan pengawet selain pembungkusannya yang mudah ditutup selepas dibuka.
Koperasi Usahawan Wilayah Utara Berhad B 26, Jalan SM1E/3 Bandar Baru, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 013-588 7905 Hubungi : Puan Zaitun Matt
Selain berada di pasar raya seperti MYDIN dan AEON, produk ini juga turut dijual di luar negara seperti Brunei selain dipromosikan di Jepun, Shanghai, Naning dan Singapura.
Kekal Aroma dan Cita Rasa Tradisional Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1
K operasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu mengeluarkan produk kopi Pra Campuran 2 Dalam 1. Pengeluaran produk Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1 keluaran Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad bermula pada tahun Tahun 2010. Koperasi tersebut masih mengekalkan cita rasa dan aroma tradisional kopi dan terpilih sebagai 100 Product Champion ANGKASA. Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1 itu juga turut menerima pensijilan Halal daripada JAKIM melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah selain pensijilan MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berhad
Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad Kampung Lubuk Batu, Mukim Pelubang, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tel. : 04-917 1470 Hubungi : Puan Ruszan Musa
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease