WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2020

11 WAWANCARA

Bersama Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Anggota Lembaga ICA

Perniagaan Koperasi : Cabaran Dan Kekuatan Sepanjang Pandemik COVID-19

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Segmen khas COVID-19 kali ini, mengetengahkan wawancara PELANCAR bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail untuk membicarakan tajuk : “Perniagaan Koperasi : Cabaran Dan Kekuatan”

hadapan yang bertugas, selain menyediakan makanan dan minuman. Pelbagai tabung juga ditubuhkan bagi memberi pinjaman kepada anggota yang memerlukan. Membina rangkaian atau gabungan daripada beberapa buah koperasi juga adalah salah satu kesan daripada krisis ekonomi yang berlaku, ditambah dengan penularan wabak COVID-19. Kekuatan bergabung modal, tenaga dan idea pasti boleh membawa gerakan koperasi kemercu kejayaan semula, sekiranya segala cabaran ditangani secara bersama. Koperasi yang tidak mempunyai modal yang besar, boleh bergabung dengan koperasi lain atau koperasi yang besar dalam sektor yang sama. Modal atau syer juga perlu dtambah. Anggota koperasi juga perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada pemimpin koperasi dan berani menghadapi risiko dalam menjalankan perniagaan yang besar.

pelbagai cabaran, seperti masalah dalam melunaskan sewaan premis perniagaan ataupun pejabat, pembayaran gaji pekerja, pengeluaran produk yang tidak dapat dilaksanakan dan banyak lagi. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) amat prihatin terhadap impak penularan wabak tersebut ke atas aktiviti perniagaan koperasi di Malaysia. Ini kerana aktiviti koperasi yang terjejas turut memberi kesan kepada kebajikan seramai enam juta anggota koperasi di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, koperasi-koperasi besar seperti Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Berhad juga mempunyai kelebihan dan boleh meringankan beban anggota mereka dan juga petugas barisan hadapan negara seperti KKM dan lain-lain jabatan. Menyediakan kemudahan penginapan di hotel-hotel milik koperasi untuk petugas barisan

Pada antara cabaran ekonomi yang dihadapi gerakan koperasi akibat penularan wabak COVID-19? pendapat Dato’, apakah Perniagaan mahupun apa sahaja kegiatan yang dijalankan koperasi, khususnya koperasi kecil pasti terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Antaranya ialah koperasi-koperasi yang menjalankan sektor hartanah. Mereka terkesan apabila urusan dengan Negara China terjejas dan tertangguh akibat penularan wabak COVID-19. Mana-mana koperasi yang berurusan membeli peralatan pembinaan di Wuhan terpaksa menangguhkan urusan jual beli. Dua bulan pertama tahun 2020 sahaja nilai barang yang tidak dapat diimport oleh sektor koperasi adalah sebanyak RM8 juta. Tempoh PKP akibat penularan wabak COVID-19, sepanjang tahun ini, dijangka koperasi terbabit mengalami kerugian yang tinggi. Bagaimanakah cabaran daripada wabak COVID-19 ini dapat memberi kekuatan kepada perniagaan koperasi? PKP yang diadakan bagi menghentikan penularan atau rantaian wabak COVID-19, tentunya menjadikan koperasi menjadi lebih kuat dan lebih berani berhadapan dengan

Membina rangkaian atau gabungan daripada beberapa buah koperasi juga adalah salah satu kesan daripada krisis ekonomi yang berlaku, ditambah dengan penularan wabak COVID-19. Kekuatan bergabung modal, tenaga dan idea pasti boleh membawa gerakan koperasi kemercu kejayaan semula, sekiranya segala cabaran ditangani secara bersama.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease