WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2020

12 WAWANCARA

Cabaran menangani wabak diambil secara bersama-sama lebih kepada mencari penyelesaian dan memberi sumbangan kepada anggota mahupun koperasi. Sama- sama menyumbang memberi idea dan tenaga dalam memulih dan menjana pendapatan bersama. Apakah bentuk sumbangan ANGKASA dalam meringankan beban dan membantu mereka? Saya percaya gerakan koperasi boleh meneruskan kelangsungan hayat koperasi masing-masing dalam dalam apa jua keadaan. Gerakan koperasi dilihat menjalankan aktiviti keusahawanan sama seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana, namun realitinya terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Justeru, dicadangkan agar pindaan dibuat oleh pihak kerajaan pada polisi agar gerakan koperasi mendapat insentif yang sama seperti PKS. Penyertaan dalam memberi sumbangan, terbuka daripada ANGKASA Pusat malah sehingga ke peringkat negeri-negeri. Semoga ia dapat membantu koperasi selain dapat memberi masa kepada kepimpinan koperasi untuk melihat semula pelan perniagaan.

Pasti banyak perkara perlu diubah suai dengan aktiviti koperasi, supaya mereka boleh meneruskan hayat dan terus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). kepada gerakan koperasi yang turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 di negara kita dan bagaimana koperasi boleh memanfaatkan keadaan yang terbit daripada penularan wabak tersebut. Nasihat dan harapan Dato’ Gaya hidup anggota dan masyarakat banyak berubah walaupun semasa apatah lagi selepas langkah PKP diadakan, teknologi e-dagang menjadi semakin popular. Koperasi juga boleh mengambil peluang melalui pembelian barang asas (BA100), kelolaan ANGKASA yang menggunakan sistem jimatshop.com. Memanfaatkan sistem pembelian atas talian yang semakin meningkat permintaannya. Apa yang penting, anggota dan masyarakat perlu memastikan bekalan makanan mencukupi.

Gerakan koperasi boleh meneruskan kelangsungan hayat koperasi masing- masing dalam dalam apa jua keadaan. Gerakan koperasi dilihat menjalankan aktiviti keusahawanan sama seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana, namun realitinya terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Justeru, dicadangkan agar pindaan dibuat oleh pihak kerajaan pada polisi agar gerakan koperasi mendapat insentif yang sama seperti PKS.

Oleh : RAHMAT MOHD DID ANGKASA dan Kelab Kebajikan Nur Insaniah Salur Bantuan Kepada 50 Asnaf Kuala Langat

S eiring dengan usaha untuk meringankan beban masyarakat, ANGKASA dengan kerjasama Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor telah menjayakan program menyantuni 50 warga asnaf di sekitar Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Sumbangan dalam bentuk barang keperluan asas melalui Program Barang Asas 100 (BA100) itu telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Pihak Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor juga turut menyediakan set makanan kepada golongan asnaf melalui Program Darul Infaq. ANGKASA memperuntukkan sebanyak RM2 juta khas untuk tujuan sumbangan sewaktu pandemik Covid-19 dan RM1 juta diperuntukkan untuk program sumbangan barang asas dan keperluan penjagaan kesihatan kepada golongan bersasar khususnya petugas barisan hadapan dan golongan yang memerlukan bantuan. Program Jelajah Santuni Asnaf merupakan kesinambungan siri program ‘Coop Care’ anjuran ANGKASA bagi membantu meringankan beban yang dihadapi golongan yang terkesan secara langsung kerana kesan pandemik Covid-19.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (hadapan dua dari kiri) bergambar bersama barisan petugas dan penerima asnaf.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Encik Ismail Md. Dom, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat,

Encik Halim Ibrahim dan Pengerusi Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor, Encik Md Zamri Sadarom.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease