14 KOPERASI KOPUTRA Utama Kesejahteraan Anggota Oleh: NADIAH KAMARUDIN K operasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) berjaya muncul sebagai koperasi ke-26 dalam ranking ‘100 Koperasi Terbaik Malaysia 2019’ berbanding kedudukan ke-28 pada tahun 2018.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah merasmikan MAPT KOPUTRA ke-34 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 19 September 2020. Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (kanan).
Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPUTRA ke-34, pada 19 September 2020 di Hotel Tenera, Bangi Selangor. Katanya, sumbangan sesebuah koperasi kepada masyarakat perlu diukur secara keseluruhan dan bukan hanya dinilai daripada jumlah pemberian dividen. Sementara itu, Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dalam ucapan aluannya menyatakan kesyukuran dengan pencapaian dan prestasi kewangan KOPUTRA walaupun negara mengalami ketidaktentuan dan kelembapan ekonomi. Jumlah pendapatan KOPUTRA meningkat daripada RM15.64 juta pada tahun 2018 ke RM19.19 juta pada 2019 manakala aset terkumpul sehingga Disember 2019 adalah bernilai RM100.9 juta. Pada MAPT KOPUTRA yang ke-33, mesyuarat telah meluluskan penubuhan ‘Tabung Tahfiz’ yang bertujuan untuk membantu pusat-pusat tahfiz dan seterusnya mengumpul dana bagi membina sebuah pusat tahfiz milik koperasi sendiri. Sebagai rekod, dianggarkan sejumlah RM84 ribu telah diagihkan kepada sembilan buah pusat tahfiz yang memerlukan bantuan. Pelan Strategik Lima Tahun (2019-2023) iaitu ‘FORWARD23’ yang dirangka oleh KOPUTRA juga sudah mula menunjukkan hasilnya. Menerusinya, sebanyak lima sektor telah diberi tumpuan iaitu Sektor Pembiayaan Takaful dan Keanggotaan, Sektor Pelaburan dan Pembangunan Hartanah, Sektor Hospitaliti dan Peruncitan, Sektor KPC Property Care dan Sektor Modal Insan dan Pentadbiran. KOPUTRA dengan kerjasama Intllab Sdn. Bhd. akan membangunkan sebuah projek perumahan yang merangkumi rumah mampu milik satu tingkat, teres dua tingkat dan banglo di tanah seluas 11.8 ekar di Jelebu, Negeri Sembilan. Sebidang tanah berkeluasan 0.46 ekar yang terletak bersebelahan dengan Apartment White Rose milik KOPUTRA di Cameron Highland juga telah dibeli untuk tujuan pembangunan resort yang baharu.
Hasil kolaborasi antara KOPUTRA dengan Star Physio Service, sebuah pusat fisioterapi iaitu ‘Prophysio’ juga telah dibuka pada 20 Januari 2020 di Tamarind Square, Cyberjaya. Perniagaan Ar-Rahnu juga menunjukkan prestasi yang positif setelah Berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM88 ribu sepanjang tahun lalu. KOPUTRA juga sedang merancang untuk membuka cawangan Ar-Rahnu keduanya di Bandar Baru Bangi. Kedai serbaneka ‘SHOPPE KOPUTRA’ yang bertempat di Menara Bank Muamalat, Kuala Lumpur pula berjaya mencatat prestasi yang memberangsangkan apabila meraih pendapatan sebanyak RM590 ribu pada tahun 2019 berbanding RM211 ribu pada 2018. Hadir bersama ke majlis perasmian tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mustaqim Nazran.
» Dr. Mohd. Azlan Yahya menyampaikan sijil penghargaan, satu unit Gold Bar KOPUTRA dan wang tunai kepada adik Mawaddah Saifulzaman yang menerima Anugerah Tunas Puteri Harapan KOPUTRA 2019.
» Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias menyampaikan replica cek bantuan tabung tahfiz kepada Pengerusi MAAHAD Tahfiz Nurul Yaqin, Ustaz Suhaimi Hassan Al-Hafiz.
» Lakaran ‘Embun Bayu’ iaitu projek pembangunan perumahan KOPUTRA di Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama intllab Sdn Bhd sebagai Project Management Consultant . (Sumber gambar: http://intllab.com/pmc/ koputra-titi/).
» Jualan air mineral KOPUTRA adalah antara penyumbang utama kepada kenaikan pendapatan SHOPPE KOPUTRA. (Sumber gambar: Facebook rasmi KOPUTRA).
» Prophysio menyediakan perkhidmatan dalam bidang kesihatan, pemulihan dan rehabilitasi. (Sumber gambar: Facebook Prophysio Centre).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease