WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2020

15

Platform Digital BA100 Bantu Perkasa Jualan Kedai Runcit Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Barangan keperluan asas BA100 yang dijual di kedai runcit milik Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad.

» Pengarah Urusan Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad, Encik Mohd Ghafari bersama produk BA100 yang dijual di kedai runcit koperasi berkenaan.

» Kedai Runcit 89 Fresh Mart yang terletak di Persiaran Puteri 3/1, Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak.

P erkembangan teknologi masa kini menuntut banyak industri untuk menceburi perniagaan dalam talian termasuk sektor koperasi untuk tidak ketinggalan meneroka peluang ini. Program BA100 yang diperkenalkan sejak Mei 2019 lalu, telah banyak memberi manfaat kepada peruncit koperasi dalam memodenkan perniagaan masing-masing khususnya melalui platform digital. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah sendiri turut menyasarkan sejumlah 3,000 peruncit koperasi dan tiga juta pengguna akan menggunakan platform perniagaan JIMATbiz dan JIMATshop menjelang tahun depan. Malah katanya, platform perniagaan digital atau e-dagang ini berupaya meningkatkan sehingga lima peratus nilai jualan menerusi pendekatan pemasaran secara dalam talian. Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad adalah antara koperasi yang menyertai Program BA100 dengan sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak menerusi aktiviti peruncitan di kedai koperasi tersebut. Kedai runcit tersebut adalah milik sekumpulan 21 orang anggota yang terdiri daripada golongan belia dari pelbagai bidang keusahawanan. Pengarah Urusan koperasi ber- kenaan, Encik Ghafari Mohd. Nasir ketika ditemui PELANCAR berkata, sejak menyertai Program BA100 pada Ogos 2020, sambutan jualan di kedai koperasi yang dikenali Kedai Runcit 89 Fresh Mart amat menggalakkan.

“Sejak menyertai Program BA100, permintaan terhadap produk barangan asas semakin meningkat,khususnya menerusi platform dalam talian dan kebanyakan pelanggan mula membuat tempahan barangan melalui aplikasi www.JIMATshop.com. Inisiatif dan langkah proaktif ANGKASA ini selaras dengan usaha kerajaan dalam membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Koperasi sewajarnya merebut peluang yang ditawarkan dalam Program BA100 kerana platform digital ini mampu memberi kekuatan baharu dalam urusniaga peruncitan koperasi. “Dengan jumlah syer berjumlah RM17,610, modal sebanyak RM593,938 (Mei 2020), aset bernilai RM350,000 dan perolehan berjumlah RM706,115 (Mei 2020), Koperasi Bintang Makmur Kuala

Kangsar Berhad bertekad untuk terus komited dan berusaha meletakkan koperasinya sebaris dengan koperasi maju yang lain,”katanya. Koperasi Bintang Makmur Kuala Kangsar Berhad juga turut menjalankan aktiviti pertanian menerusi konsep fertigasi sayur- sayuran dan buah-buahan,

pembekalan peralatan per- tanian dan projek ternakan ikan air tawar. Menariknya, hasil yang diusahakan ini turut dijual di kedai runcit koperasi selain dipasarkan ke pasar borong dan pasar besar berdekatan termasuk di Pasar Borong Selayang.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease