3
KOPERASI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ KoPPIM Bina Kekuatan Ekonomi Muslim M enyedari belum ada gerakan untuk mengubah ekonomi Muslim secara menyeluruh, idea penubuhan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) direalisasikan bermatlamat menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi. Menariknya, KoPPIM juga turut mengambil inspirasi Persatuan mewujudkan asas yang kukuh menerusi Ekosistem Ekonomi Islam. Ia sekaligus berupaya memecah monopoli syarikat- syarikat besar dengan menggalakkan usahawan Muslim berniaga di samping mewujudkan suasana yang kompetitif antara syarikat besar dan syarikat kecil. “Terdapat ribuan individu ber-
pengaruh (influencer) Muslim dan ribuan jutawan Muslim yang dihormati di sekeliling kita di Malaysia tetapi tidak diberikan ruang untuk menyumbang dalam skala berimpak tinggi. “KoPPIM menaruh harapan dan impian tinggi untuk melihat gerakan koperasi dapat mengubah ekonomi Muslim secara menyeluruh memandangkan banyak produk Muslim yang berkualiti tinggi tetapi lemah dari segi pemasaran. “Justeru, melalui penglibatan anggota KoPPIM dalam industri perniagaan, kami mahu melihat ia menjadi landasan utama Muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian dan bertitik tolak dari situ, KoPPIM membuka peluang kepada ummah untuk menceburkan diri dalam perniagaan dalam skala global berimpak tinggi,” katanya ketika ditemui PELANCAR di MALAKAT Mall, Cyberjaya. Dato’ Nadzim berkata, Malakat Mall yang diuruskan oleh KoPPIM adalah antara projek berimpak
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang memperjuangkan hak pengguna sejak 1997. Menurut Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim Johan yang juga merupakan Ketua Aktivis PPIM, KoPPIM diurus tadbir oleh barisan ahli korporat terlatih dan usahawan berjaya. Penubuhannya bertujuan untuk menjadi sumber dana kepada pelaburan strategik dalam usaha untuk membangunkan ekosistem ekonomi Islam di negara ini. Menurutnya, dengan moto “Pengguna Pemilik Ekonomi”, KoPPIM kini dalam misi membina satu juta keahlian koperasi menerusi Tiga Teras Strategi iaitu Pembangunan Ahli Koperasi Pengguna Islam, Pembangunan Syarikat Pembayar Zakat dan Pembangunan Ekosistem Ekonomi Beretika. Katanya, tiga strategi teras tersebut adalah bermatlamat ke arah
» Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim Johan.
secara khusus dan komuniti Muslim secara umum. Beliau berkata, MALAKAT Mall yang mula beroperasi pada Mac lalu merupakan pusat beli belah pertama Muslim di negara ini yang mengumpulkan 100 peratus usahawan Muslim berniaga di bawah satu bumbung di samping menjadi pusat perniagaan latihan untuk pelajar, dropship, dealer, ejen dan pelanggan. Selain itu, Raudhah Grocer (dikenali sebagai Raudhah Mart) antara projek yang sedang beroperasi di Bangi & Cyberjaya. Kejayaan projek ini mendorong KoPPIM merancang 10,000 unit Raudhah Grocer dalam tempoh 10 tahun (2020-2030) sekaligus membuka peluang keusahawanan Antara projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan KoPPIM adalah seperti Raudhah City, Muslim Distribution Center (DC), RaudhahPay dan Hayib.com.
tinggi yang dilaksanakan di samping beberapa projek lain bersesuaian dengan hala tuju koperasi yang membina landasan “Ekosistem Baru Ekonomi Islam” melalui pergerakan secara besar-besaran demi memberi manfaat besar kepada anggota KoPPIM
MANFAAT ANGGOTA KoPPIM Diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Matlamatnya adalah untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.
» MALAKAT Mall di Cyberjaya.
Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) Raudhah City, Jalan SP 10/1, Selangor Cyber Valley, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Hotline: 016-282 9075 Telefon: 03-840 81878
» Ruang kaunter bayaran MALAKAT Mall.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease