WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2020

4

ANGKASA

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI Zakat ANGKASA Johor 2019 Meningkat

A gihan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor telah menunjukkan kenaikan daripada RM151,400.62 pada tahun 2018 kepada RM157,294.13 pada tahun 2019. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor untuk tahun 2019 telah berlangsung dalam satu majlis khas di Johor Bahru pada 7 September 2020. Zakat tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad bagi pihak MAIJ. Antara yang hadir di majlis serahan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Dr. Haji Nooh Gadut; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

» Dato’ Abdul Fattah (paling kanan) menyampaikan replika cek zakat kepada YAB Datuk Haji Hasni sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Haji Abdul Rashid A. Rahman (dua dari kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Haji Tosrin Jarvanthi (paling kiri).

Agihan Zakat ANGKASA Bagi Tahun Kewangan 31 Disember 2019 Mengikut Jumlah Keahlian ANGKASA Tahun Bilangan Koperasi

Jumlah Agihan (RM)

2015 2016 2017 2018 2019

847 886 914 939 978

101,514,28 128,563,14 139,048,24 151,400,62 157,294,13

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut berkesempatan menyampaikan buku bertajuk ‘Proses Pemantapan Tadbir Urus Koperasi Sekolah’

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease