5
ANGKASA
ABMS Tingkat Upaya Sistem Pengurusan Antirasuah
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Presiden ANGKASA merangkap Presiden Asean Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, pelaksanaan pensijilan ABMS yang diperkenalkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu diharap dapat meningkat reputasi, mengurangkan kos operasi, mengukuhkan prestasi kewangan, membudayakan integriti dan meningkatkan moral pekerja. Sehubungan itu, koperasi diseru supaya menyertai ABMS dalam usaha untuk membangunkan sistem pengurusan antirasuah di koperasi masing-masing. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Seminar Pengurusan Antirasuah Koperasi 2020 Anjuran Bersama SPRM di Petaling Jaya, 14 September 2020. Seminar tersebut menyaksikan penyertaan seramai 100 peserta yang mewakili koperasi sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan sepanjang dua hari program berlangsung. Kertas kerja pertama bertajuk “Sistem Piawaian Malaysia Standard (MS) ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)” telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil pada hari tersebut. Dalam kertas kerja ini, peserta diberi pendedahan mengenai mengenai skop rasuah, konteks pengurusan organisasi, kepimpinan, perancangan, penilaian prestasi dan penambahbaikan dalam melaksanakan pengurusan sistem ini sekaligus membolehkan risiko rasuah dapat dikenal pasti dengan cepat. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Institut Koperasi Malaysia (IKM) Encik Mohd Zaib Mat Yunus; Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi JPAN Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengerusi JPAN Negeri Perlis, Haji Sahimi Shari; Pengerusi JPAN Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin; Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji M.Nasir Ramli; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. P engurusan Tadbir Urus Dalam Koperasi melalui Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) berdasarkan Standard ISO 37001:2016 berupaya memberi panduan kepada koperasi untuk melaksana dan menambahbaik Sistem Pengurusan Antirasuah.
» Dato’ Abdul Fattah dan Haji Nasir Khan turut mendengar pembentangan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil bertajuk Sistem Piawaian Malaysia Standard (MS) ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) .
» Sebahagian peserta dalam kalangan anggota dan pengurusan koperasi.
MS ISO 37001: 2016 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)
OBJEKTIF
antirasuah. 02
01 Langkah
pencegahan, pengesanan dan bertindak balas ke atas rasuah untuk membentuk budaya kerja yang lebih beretika.
Mengenal pasti dan menguruskan
rasuah dengan pengwujudan sistem risiko
Signikan Pelaksanaan ABMS 37001
01 Menjadi amaran dan peringatan kepada individu menjauhi rasuah.
02
03
Jaminan pimpinan ANGKASA kepada warganya untuk mencegah jenayah rasuah.
Sebagai bukti bahawa ANGKASA telah mengambil
langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.
Sumber: Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease