6
KOPERASI
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad Pelbagaikan Aktiviti Untuk Tingkat Pendapatan Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
» Pejabat Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad yang terletak di Jalan 13A, Plaza Seri Kubu, Jalan Tan Chay Yan, Melaka.
» Pengerusi koperasi, Hajah Marsitah (empat dari kanan) bersama barisan ALK yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan koperasi
» Sesi mesyuarat sentiasa dijalankan bagi mendapatkan kata sepakat untuk kemajuan koperasi.
T ahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi sektor koperasi dan tidak terkecuali kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad kerana tidak dapat melaksanakan pelbagai aktiviti koperasi dengan lancar disebabkan pandemik COVID-19. Bagaimanapun, prestasi koperasi yang berterusan telah memberi pulangan dan keuntungan kepada anggota sekali gus memberi keyakinan kepada anggota koperasi untuk terus menyokong koperasi seterusnya menjana keuntungan berdasarkan perbelanjaan berhemah Menurut Pengerusinya, Hajah Marsitah Othman, tahun 2019 menyaksikan kejayaan dan kemajuan yang dibanggakan dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.8 juta. Katanya, dengan keanggotaan seramai 3,952 orang, pelbagai aktiviti yang disediakan terdiri daripada kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan dan tabung khairat kematian menjadikan koperasi ini diiktiraf sebagai koperasi terbaik di peringkat negeri dan negara.
”Bagi
mempelbagaikan
sumber
pengajian tinggi (IPT),” katanya yang merupakan pengerusi pertama wanita koperasi sejak koperasi ditubuhkan pada 1926 lalu. Seterusnya katanya, bagi mengekalkan penjanaan pendapatan koperasi setiap tahun dan bermula pada tahun ini, sebanyak 19 lot industri milik koperasi disewakan kepada usahawan-usahawan yang berminat dan berpotensi menjalankan perniagaan atau Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). “Koperasi tidak berhasrat untuk menjual mana-mana bangunan milik koperasi untuk meraih keuntungan segera tetapi menjadikannya sebagai sumber dan medan untuk menjana dan mengekalkan pendapatan bagi tujuan memperkasakan kedudukan ekonomi serta pengeluaran dividen koperasi yang lebih mantap pada masa kini dan akan datang. Berdasarkan aset-aset yang ada, koperasi yakin akan terus kukuh dan berada pada landasan yang betul dengan satu tujuan serta satu matlamat untuk menjadi koperasi
pendapatan aktiviti pembiayaan kredit, sewaan bangunan, insurans, koperasi kini telah menceburi bidang baharu di dalam perniagaan dobi layan diri kepada penuntut universiti bertempat di Kolej Mohd Rasit, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dengan empat buah mesin basuh dan empat buah mesin pengering. koperasi selain “Perkhidmatan ini telah bermula sejak bulan Mac 2019 melibatkan peruntukan sebanyak RM234,000 dan pendapatan kasar dalam bulan pertama operasi adalah sebanyak RM5,536. “Perniagaan yang dikenali EzyDobi ini dikendalikan oleh syarikat Pakar Dobi Sdn. Bhd. Kajang Utama dan kini kami sedang dalam proses menambah sebuah lagi perniagaan dobi layan diri di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) dalam masa terdekat selepas melihat perkembangan positif bidang baharu perniagaan ini di peringkat institusi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease