WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2020

7

KOPERASI

pesaing yang kompetitif serta peraturan pentadbiran yang perlu dipatuhi. “Saya yakin dengan cetusan idea yang kreatif dan inovatif dari semua pihak

menerusi prinsip berkoperasi, koperasi akan lebih unggul dan cemerlang dan terus diperkasakan pada masa akan datang seiring dengan misi koperasi menuju ke arah sebuah koperasi yang bertaraf korporat.

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad 13A-14A, Plaza Seri Kubu, Jalan Tan Chay Yan, 75300 Melaka. Tel. : 06-2848455/ 2848354 Faks : 06-2823401 E-mel : kpknmb@yahoo.com Laman web : www.koperasimelaka2u.blogspot.com

yang maju dan membangun sekaligus menjadi kebanggaan kepada anggota,” katanya. Beliau berkata, koperasi akan terus sentiasa bersiap siaga melakukan transformasi demi menghadapi kekangan dan risiko era ekonomi yang tidak menentu, » Pengurus Pakar Dobi Sdn. Bhd. Cik Nuraini Roslan ketika ditemui di EzyDobi milik koperasi yang dikendalikan syarikatnya di Kolej 12 & 14 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

» Hajah Marsitah bersama Sijil penghargaan, plak dan replika cek yang dimenangi Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad pada Majlis Anugerah Koperasi Terbaik Negeri 2020 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Julai lalu.

Jalin Kerjasama Tingkat Pertumbuhan Ekonomi Koperasi

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah (duduk empat dari kanan) bergambar di Wisma Koperasi Tentera.

A NGKASA dan Koperasi Tentera berhasrat untuk menjalin kerjasama lebih erat bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi koperasi melalui penglibatan lebih aktif dalam hidang perniagaan. Kerjasama tersebut penting sebagai pemangkin untuk memacu budaya keusahawanan dan memperkasakan lagi gerakan koperasi dalam kalangan B40 dan masyarakat luar bandar. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika berucap dalam sesi kunjungan hormat ANGKASA ke Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) di Wisma

Koperasi Tentera, Kuala Lumpur, 22 September 2020. Menurut beliau, Kerjasama ini juga dapat membantu kedua belah pihak membentuk gerakan koperasi yang lebih kuat menerusi ekosistem yang lengkap, sempurna selain menambah peluang pekerjaan kepada anggota koperasi, keluarga dan masyarakat. Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee Mazlan (Bersara) yang menyambut kehadiran delegasi ANGKASA berkata, dimensi kerja- sama dengan ANGKASA boleh menjadikan Koperasi Tentera bergerak ke tahap yang lebih membanggakan dan menjadikannya sebagai persediaan kukuh bagi

berdepan dengan cabaran perniagaan masa depan. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Dato’ Ahmad Zahudi Haji Salleh; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease