WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2020

8

KOPERASI

4 K o p p e r a A

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad (KPPKNK)

Prestasi Cemerlang Jadikan KPPKNK Sinonim Dengan Anugerah Peringkat Negeri, Kebangsaan

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad, Dato’ Haji Abdullah Sani bin Haji Ibrahim di pejabat beliau.

P restasi cemerlang dalam setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Kope- rasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad (KPPKNK) menjadi titik tolak kepada kejayaan koperasi tersebut memberi pulangan bermakna kepada anggota dan masyarakat sehingga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Kedah pada Hari Koperasi Malaysia 2020. KPPKNK yang dahulunya dikenali sebagai Kedah Government Servants telah di- tubuhkan pada 23 Ogos 1952 dan didaftarkan pada 23 April 1953. Sehingga kini, koperasi tersebut mempunyai seramai hampir lima ribu anggota yang terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk

syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pengalaman dan ilmu yang diraih melalui operasi tiga buah stesen minyak di Alor Setar dan Changlun sejak tahun 1983 memberi keyakinan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk meluaskan jaringan perniagaan. KPPKNK juga sedang dalam proses untuk mem- buka tiga lagi stesen minyak iaitu di Changlun dan Kuala Nerang, Kedah dan di Beseri, Perlis. Melihat pada prestasi baik yang direkodkan perniagaan Ar- Rahnu di Alor Setar dan Guar Chempedak sepanjang lima tahun (2014-2018), koperasi dalam perancangan untuk membuka cawangan Ar-Rahnu yang ketiga di Changlun.

» Bangunan yang digunakan sebagai pejabat rasmi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad terletak di Taman Koperasi Kedah dan dibeli oleh koperasi ini pada tahun 1987.

» Barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang terdiri daripada Pengerusi, Dato’ Haji Abdullah Sani bin Haji Ibrahim (tengah); Bendahari, Haji Munir bin Badrul Jamil (dua dari kanan); Setiausaha, Haji Majib bin Jussoh (dua dari kiri) dan Anggota Lembaga, Haji Anuar bin Ibrahim (paling kiri) serta Pengurus Besar, Haji Mohd. Shukri bin Hassan (paling kanan).

» Koperasi meraih anugerah Koperasi Terbaik Negeri Kedah pada Hari Koperasi Malaysia 2020 yang telah diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 26 Julai 2020. Sumber gambar: Facebook Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad.

» Stesen minyak Petronas yang terletak di Jalan Tun Razak, Alor Setar merupakan stesen minyak pertama yang dioperasikan oleh koperasi.

» Stesen minyak Shell yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar telah mula beroperasi pada 17 April 2015.

» Ar-Rahnu cawangan Alor Setar yang terletak di Taman Koperasi Kedah, Alor Setar telah mula beroperasi pada 1 Julai 1999.

» Ar-Rahnu cawangan Guar Chempedak yang terletak di Kompleks Majlis Daerah Yan telah mula beroperasi pada 22 Oktober 2002.

» Stesen minyak Caltex yang terletak di Lebuhraya Utara Selatan, Changlun telah mula beroperasi pada 16 Jun 1998.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease