MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
JUN 2020 JILID: WP02 / 6
ANGKASACoop
www.angkasa.coop RM1.00
ANGKASA TERUS CAKNA
Pelan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi Bukti Keprihatinan Kerajaan Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
P elan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi berjumlah RM452.8 juta yang ditawarkan Kementerian Pem- bangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) bakal memberi manfaat kepada sejumlah 21,847 usahawan mikro, Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), usahawan sosial, pemula niaga dan koperasi terjejas akibat COVID-19. Inisiatif yang diumumkan oleh Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 27 Mei lalu bertujuan untuk menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan ope- rasi perniagaan dan memastikan sektor koperasi kekal mapan dan berdaya saing. Pelan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi merupakan inisiatif MEDAC dalam membantu kelompok tersebut untuk terus bertahan menjalankan perniagaan, memastikan pemulihan serta kelestarian operasi perniagaan usahawan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Usaha yang dilaksanakan adalah sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan dan sektor koperasi sentiasa mendapat sokongan dan dapat beroperasi seperti biasa ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan seluruh negara.
muka 8
Berita Penuh
ANGKASA Hargai Khidmat Bakti Pasukan Bomba
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
PELAN PEMULIHAN USAHAWAN DAN KOPERASI
muka 12
Berita Penuh
muka 14
Berita Penuh
Berita Penuh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad Satu Hati Penting Lestarikan Kejayaan
muka 13
bersambung di muka surat 2
2
ANGKASA
mahupun koperasi perlu bersedia menjalankan perniagaan mereka menerusi pendekatan norma baharu dan diharapkan mereka tidak cuba mengekalkan perniagaan tradisional sebagaimana sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Mereka boleh cuba menjalankan perniagaan dalam bentuk e-dagang yang merupakan platform baru yang menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan dan koperasi melebarkan sayap perniagaan masing-masing,” ujar beliau. Menurut Dr. Hajah Salmah, bagi sektor koperasi, Bahagian Pembangunan Koperasi MEDAC bersama agensi-agensi pelaksana iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM) selain Tekun serta Institut Keusahawanan negara (INSKEN) telah memperhalusi program- program pemulihan secara menyeluruh dalam menggerakkan semula perniagaan sektor koperasi termasuk pemberian geran kepada koperasi yang sedang membaik pulih bidang perniagaan sedia ada. Program sedia ada dan baharu seperti pemulihan koperasi terjejas; geran sepadan koperasi; pembiayaan Ar-Rahnu; E-commerce Onboarding Coaching Programme (E-Board) bagi menyediakan koperasi menjalankan perniagaan menerusi platform e-dagang dan Mapping of Supply Chain telah dicadang oleh MEDAC untuk dilaksanakan bagi membantu memulihkan koperasi terjejas teruk kesan daripada pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP. Katanya, pelaksanaan program di bawah Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi adalah bagi memastikan outcome untuk kumpulan sasar setiap strategi tercapai, seterusnya akan membantu memulihkan semula ekonomi negara selain memastikan kesejahteraan anggota koperasi terjamin. “Berdasarkan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada bulan April 2020, pertumbuhan ekonomi dunia adalah pada kadar
negatif iaitu tiga peratus. Buat kali pertama sejak kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an, negara-negara maju dan membangun mengalami penguncupan ekonomi. “PKPB yang bermula pada 29 April 2020 sehingga hari ini, telah memperlihatkan kesan ke atas ekonomi Malaysia dan kadar pengangguran di Malaysia adalah pada paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020. “Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei 2020, kadar pengangguran dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk keseluruhan tahun 2020. Dengan mengambil kira situasi yang mencabar ini, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini berikutan usaha pembendungan penularan wabak COVID-19 yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara,” katanya. Menerusi hasil kajian yang telah dijalankan oleh SKM berkaitan impak penularan wabak COVID-19 ke atas aktiviti keseluruhan perniagaan koperasi katanya, ia telah memperlihatkan peratusan berikut iaitu operasi perniagaan terjejas (32%), penurunan pendapatan/ jualan (29%) manakala selebihnya adalah berkaitan dengan penurunan kehadiran pelanggan (17%), rangkaian bekalan/ perkhidmatan terjejas (13%) dan kesukaran mendapatkan input/bekalan (9%). Oleh itu, rata-rata prestasi perniagaan untuk sektor utama merosot semasa musim PKP yang bermula pada 18 Mac 2020. “Selari dengan kajian impak hasil kesan wabak COVID-19 tersebut, MEDAC mengambil langkah proaktif dengan meneliti analisa bantuan untuk mempergiatkan proses pemulihan ekonomi sektor koperasi bagi memantapkan semula prestasi dan merangsang pembangunan perniagaan bagi kesejahteraan ahli koperasi.
» DR. HAJAH SALMAH ISHAK Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi MEDAC
Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi MEDAC yang juga wakil MEDAC di ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak menyatakan pelan tersebut telah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri pada 6 Mei 2020. Jumlah peruntukan inisiatif adalah sebanyak RM362.8 juta untuk 30 program merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada. Ia merupakan sokongan MEDAC dalam ekosistem keusahawanan negara bagi memulih operasi perniagaan yang terjejas dan seterusnya memastikan usahawan tempatan kekal berdaya saing dan mampan. “Dalam hal ini, saya berpandangan setiap usahawan mahupun gerakan koperasi perlu merebut peluang yang disediakan melalui inisiatif yang ditawarkan oleh MEDAC untuk bangkit kembali dan dapat meneruskan perniagaan masing-masing. “Walau bagaimanapun, semua usahawan
bersambung di muka surat 3
Dari Meja Presiden ANGKASA
perniagaan pada masa ini.
Semoga perancangan yang dibuat dapat memberi impak yang positif demi masa depan koperasi serta menjamin kesejahteraan anggota.
Kerjasama ANGKASA dan agensi lain yang berkaitan sentiasa terbuka kepada mana-mana koperasi yang ingin mendapatkan sokongan dan bantuan terutamanya khidmat nasihat perniagaan koperasi. Kita tidak mahu melihat berlakunya kesilapan dalam keputusan sesuatu pelaburan dan perbelanjaan tadbir urus. Koperasi bukan sahaja berpeluang meningkatkan kapasiti pengeluaran atau perkhidmatan melalui pendekatan baharu yang lebih canggih malah mempunyai masa dan ruang yang terbuka untuk menilai kembali potensi sesuatu keputusan yang telahpun dirancang sebelum ini.
P rogram pembangunan keusaha- wanan koperasi yang lebih kondusif adalah antara elemen yang perlu diberi perhatian dalam usaha untuk membantu koperasi dan anggotanya bergerak dalam ekosistem yang lebih terjamin. Keutamaan terhadap program pembangunan produk atau perkhid- matan kini bukan lagi satu persoalan yang harus ditekankan, malah pen- dekatan pemasaran juga haruslah diberi keutamaan terutamanya setelah kita terpaksa berhadapan dengan situasi yang
tidak dijangka seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) perlu dimanfaatkan secara bijak dengan koperasi digalakkan mengambil peluang tersebut dengan penggunaan teknologi dan kepakaran yang baharu. Kita tidak boleh bergantung harap kepada pendekatan konvensional yang semakin tenggelam dengan arus situasi semasa terutamanya setelah menilai kesan-kesan yang sedang melanda dunia
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3
ANGKASA
“Kerajaan telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh premis yang akan membuka semula perniagaan mereka dalam tempoh PKP, PKPB dan PKPP. Dalam hal ini, MEDAC telah membangunkan SOP bagi pengoperasian premis Ar-Rahnu dan Koperasi Kredit untuk memastikan aktiviti perniagaan koperasi dapat terus dilaksana dan membantu menjana pendapatan. “Fokus utama MEDAC menerusi Pelan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi ini adalah bagi memastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil dalam jangka masa setahun. Selain itu, dapat membantu sektor koperasi menampung kerugian kelewatan perbelanjaan pengguna yang menyebabkan penurunan permintaan dan
perbelanjaan tempatan semasa PKP, PKPB dan PKPP. Beliau berkata, MEDAC menjangkakan menerusi pelan ini, ia dapat membantu memulihkan aktiviti perniagaan koperasi dalam tempoh jangka pendek dan seterusnya dapat merancakkan semula ekonomi negara mengucup akibat pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP,” katanya. Dr. Hajah Salmah berkata, susulan kepada
langkah Kerajaan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi” yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 5 Jun 2020 lalu, MEDAC sedang meneliti senarai bantuan yang bersesuaian untuk mempergiatkan proses pemulihan ekonomi PKS termasuk koperasi bagi menjana semula ekonomi negara. Pelbagai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dan Kementerian khususnya, diharap dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi untuk memulihkan semula perniagaan terjejas mengikut normal baharu ke arah merancakkan ekonomi negara.
5
WAWANCARA ANGKASA
Banteras Pemalsuan & Penyalahgunaan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA Laporan Oleh : Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
S ejak akhir ini (khususnya semasa PKP/PKPB), terdapat beberapa syarikat dan pihak tertentu telah memalsukan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA dengan tujuan mengaburi mata orang awam dan koperasi untuk mengaut keuntungan dengan cara menipu prospek untuk membuat pelaburan. Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA adalah satu inisiatif yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA dan mendapat mandat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku Konsultan Syariah Luaran Koperasi seiring dengan Garis Panduan (GP) 28, Bahagian B, No. 5C.
Berdasarkan garis panduan yang di- berikan SKM, ANGKASA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan Pematuhan Syariah dan mengeluarkan Sijil Pematuhan Syariah kepada produk, aktiviti atau transaksi koperasi sahaja. Menerusi pemilikan sijil tersebut, koperasi mampu menambah keyakinan anggota dan orang ramai untuk melakukan transaksi dengan koperasi, bebas daripada sebarang unsur riba, syubhah, gharar, maisir dan sebagainya di samping menerapkan syariah Islam kerana setiap pembayaran yang dibuat kepada koperasi bukanlah semata- mata untuk mendapat keuntungan duniawi semata-mata. Setakat 29 Mei 2020,
terdapat empat buah syarikat yang telah dikenal pasti memalsukan sijil Pematuhan Syariah ANGKASA iaitu KMA Trading Sdn. Bhd., Hijarath Traders Sdn. Bhd., Ruhannas Forex Sdn. Bhd. dan FXDAX Private Investment. Usaha sedang giat dilakukan untuk membanteras kegiatan jenayah ini. Sebagai contoh, pihak ANGKASA telah membuat laporan polis, laporan polis jenayah komersial, terbitan di media sosial, media cetak dan lain-lain untuk memastikan ia dapat dibanteras habis- habisan. Sebagai info, sepanjang 2016 hingga 2019, sebanyak 359 organisasi dan koperasi di seluruh Malaysia telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA yang diperakukan oleh SKM. Diharapkan dengan penyenaraian ini, masyarakat awam/ koperasi dapat menyemak terus kepada
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
ANGKASA untuk memastikan kesahihan sijil yang disogokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Usaha pengukuhan dan pemastian ‘kekebalan’ sijil serta integriti pengurusan dan pembangunan sijil ini terus dijalankan, antaranya termasuklah langkah-langkah berikut: 1. Tadbir urus baik - Laporan & Perbin- cangan dengan SKM, SSM dan Pelbagai Pihak Berkepentingan. 2. Kekebalan ‘Sijil’ - ‘Watermarks’ dan Kualiti Sijil. 3. Integriti - Siasatan Dalaman & Tindakan Undang-Undang. Sebarang keraguan boleh menghubungi Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian +603-78846613 bagi mendapatkan maklumat dan membuat semakan mengenai pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA.
6
RENCANA
Isu Semasa COVID-19, PKP, PKS, Koperasi dan PRIHATIN Yang Memberi Kesan Terhadap Pembangunan Ekonomi Negara Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA
Pengenalan Artikel adalah bagi membincangkan tentang persekitaran perniagaan koperasi masa kini yang terkesan akibat dari penularan wabak penyakit Coronavirus atau COVID-19 yang melanda negara dan dunia. Perbincangan secara terperinci akan dilakukan terhadap bahagian- bahagian penting dalam sistem perniagaan. COVID-19 adalah ‘strain’ baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernak dikenal pasti. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titian pernafasan atau sentuhan. Gejala dari COVID-19 ini adalah apabila individu itu mengalami gejala demam, batuk, selsema dan sukar bernafas. Akibat dari penularan wabak ini, kerajaan telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 iaitu merujuk kepada tindakan pencegahan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020. Oleh itu “kawalan gerakan” dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 di mana kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada dari beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai “Kuarantin Malaysia”. Akibat dari perintah PKP ini juga menyebabkan ekonomi negara terjejas dan gerakan koperasi turut menerima tempiasnya. Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum ekonomi negara menjadi lebih buruk lagi. Antara langkah kerajaan yang diperkenalkan ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang memperuntukkan sebanyak RM250 bilion. Kepada golongan isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan kakitangan kerajaan yang bergrad B40 layak menerima bantuan ini. Sementara itu gerakan koperasi turut tidak ketinggalan dimana melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengumpul dana berjumlah RM1.09 bilion yang akan diagihkan kepada lebih 14,000 koperasi di seluruh negara bagi menangani masalah dihadapi susulan penularan COVID-19. Jumlah itu akan digunakan bagi pelaksanaan penangguhan pembayaran dan masalah hutang yang mungkin dihadapi koperasi membabitkan kira-kira 6.6 juta ahli di seluruh negara. Bantuan kemudahan Khas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM250 bilion dan Usahawan Mikro sebanyak RM4.5 bilion turut diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), selain memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan sebelum ini. Ini adalah kerana PKS adalah tunjang utama ekonomi negara yang menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di samping hampir 40 peratus kepada ekonomi negara ini. Tambahan bernilai RM10 bilion turut diberikan baru-baru ini bagi memperkukuhkan lagi ekonomi PKS. Ia adalah kesinambungan kepada pakej PRIHATIN PKS bernilai RM250 bilion yang diumumkan sebelum ini. Ia juga adalah susulan negara pada masa kini melaksanakan PKP bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19. Memandangkan terdapat banyak perkembangan dalam ekonomi sejak tahun 2005 seperti inflasi harga, perubahan struktur dan perubahan trend dalam perniagaan, semakan definisi telah dilaksanakan pada tahun 2013 dan definisi PKS telah disahkan dalam
Mesyuarat NSDC ke-14 pada bulan Julai 2013. PKS boleh dikategorikan mengikut skala dimana jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Perkhidmatan dan sektor lain pula adalah jualan tahunan yang tidak melebihi RM20 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang atau mana yang lebih rendah. 2. Pengaruh Isu-Isu Ke Atas Faktor-Faktor Per- sekitaran Luaran Khusus Perniagaan 2.1 Pelanggan Kesan kepada pelanggan adalah apabila banyak produk makanan di beberapa pasaraya dikatakan habis terjual, apabila pengguna berpusu-pusu mendapatkan stok barangan sebagai persediaan. Rak paparan produk dikatakan banyak mulai kosong. Bercakap soal pembelian panik, tindakan itu biasanya berlaku disebabkan adanya faktor pencetus. Contohnya kes di Singapura, tindakan kerajaan negara tersebut meningkatkan tahap amaran penularan Covid-19 menjadi punca rakyat bimbang jika berlaku sekatan, menyebabkan bekalan sukar diperolehi. Kesan lain adalah apabila berlakunya risiko panik dalam komuniti, berlakunya terus-menerus menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19 khususnya melalui media sosial. Kita juga tahu harga barangan di pasaran berkait rapat dengan permintaan dan bekalan. Jika permintaan meningkat mendadak sedangkan bekalan tidak mencukupi, risikonya akan menyebabkan harga barangan meningkat mendadak. Pelanggan akan terkesan apabila terpaksa membayar sesuatu barangan itu pada harga yang lebih mahal dan tidak munasabah. 2.2 Pembekal Kesan kepada pembekal pula adalah apabila berlakunya penularan wabak penyakit berjangkit seperti Covid-19 menyebabkan hasil jualan mereka merudum dan berkurangan kerana pelanggan akan berkurangan untuk membeli barangan mereka. Sumber bahan mentah yang mula sukar didapati kerana pengusaha lain tidak dapat membekalkan bahan mentah kepada pembekal kerana PKP. Operasi perniagaan terpaksa ditutup buat sementara waktu atas arahan kerajaan melalui PKP. Di negara ini sehingga dua bulan operasi perniagaan terpaksa ditutup akibat penularan wabak Covid-19. 2.3 Pesaing Kesan pada pesaing dalam perniagaan akan terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19 dimana perniagaan tidak dapat diteruskan dan akan mengalami penurunan keuntungan yang ketara. Cara terbaik adalah dengan bergabung dikalangan perniagaan yang memiliki jenis perniagaan yang sama bagi meningkatkan persaingan yang sihat. 2.4 Institusi Kewangan Institusi kewangan negara dijangka mengalami kekangan pada tahun ini terutamanya dari segi pertumbuhan pendapatan dan pinjaman disebabkan oleh impak pandemik COVID-19 yang memberi kesan buruk terhadap ekonomi tempatan serta global. Bagaimanapun, institusi kewangan yang mempunyai permodalan yang utuh akan mendepani cabaran ini dalam kedudukan yang kuat dan menjalani pemulihan yang kukuh.
2.5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sejak bermula PKP akibat penularan Covid-19, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut terkesan dan mengambil langkah membantu mangsa-mangsa yang tertekan. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia mewujudkan Tabung Bantuan COVID-19 i-Bantu. Begitu juga, individu seperti Syed Azmi Alhabshi dan pasukannya, melalui inisiatif BANTUAN Kes Covid-19 tampil membantu menyumbangkan makanan mentah dan keperluan asas kepada yang memerlukan terutama golongan B40. Koperasi melalui ANGKASA mewujudkan Tabung Bantuan COVID-19 melalaui produknya BA100 membantu koperasi-koperasi yang terkesan terutamanya dalam bidang pemborongan dan peruncitan. Terdapat juga beberapa usaha organisasi lain menyumbangkan tenaga kerja dalam membantu kumpulan barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM). 3D Printing Malaysia Community for COVID-19 umpamanya berkumpul menyumbangkan face shields kepada hospital yang memerlukan. 2.6 Agensi Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang diumumkan kerajaan adalah bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Agensi-agensi kerajaan yang terkesan akibat wabak ini diarahkan menutup semua premis kerajaan dan swasta, kecuali perkhidmatan yang penting sahaja. Bermakna, kebanyakan pejabat agensi- agensi kerajaan diarahkan tutup. Pekerja industri pelancongan dan penerbangan yang diantaranya merupakan milik agensi kerajaan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Selain menutup semua pejabat yang tidak termasuk dalam perkhidmatan penting, perintah kawalan pergerakan itu turut melarang rakyat keluar dari Malaysia. Akibat terkesan dan terjejas dengan teruk juga, agensi kerajaan, NGO-NGO, parti-parti politik dan lain-lain lagi tampil menghulurkan bantuan disamping membantu kerajaan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat dan PKS serta Koperasi. 3. Pengaruh Isu-Isu ke atas Faktor-Faktor Persekitaran Dalaman Perniagaan 3.1 Sumber Manusia Pengaruh isu semasa seperti penularan wabak Covid-19 mengakibatkan aktiviti sumber manusia yang pada dasarnya selari dengan misi dan visi organisasi terpaksa membuat sedikit perubahan atau anjakan dasar bagi mengelakkan perniagaan dari terus mengalami kerugian. Budaya perniagaan yang baik adalah amalan kepercayaan, adat dan amalan-amalan ahli sumber manusia yang mempengaruhi tingkah laku dan sikap mereka. Akibat dari itu, perniagaan yang berunsurkan monopoli atau autokratik akan mengalami banyak masalah pusingan ganti pekerja. Ini akan mengakibatkan sukar untuk mendapatkan, menggantikan dan membuat pemilihan pekerja baru untuk perniagaan tersebut. 3.2 Sumber Kewangan Sumberkewanganyangsediaadaakanmempengaruhi dasar-dasar dan amalan-amalan perniagaan. Penularan
7
RENCANA
pendamik Covid-19 mengakibatkan sumber kewangan perniagaan menjadi terhad dan terbatas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kesulitan kewangan pada belanjawan dan latihan dalam organisasi. 3.3 Sumber Bahan Mentah Sumber bahan mentah pula akan menjadi terhad malah akan berlaku rencatan pengeluarannya akibat dari penularan wabak Covid-19. Ini adalah kerana pihak pembekal tidak dapat membekalkan kepada pembeli kerana operasi terpaksa dihentikan serta merta bagi mengekang penularan wabak tersebut. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan lagi menyukarkan pengeluaran sumber bahan mentah tersebut. 3.4 Sumber Teknologi COVID-19 menyerang tanpa mengira darjat, kaum, agama atau sempadan negara. Malapetaka ini memberi impak sangat besar kepada dunia perniagaan. Di Malaysia, seperti dianggarkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), lebih 2.4 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan disebabkan ketidakupayaan majikan membayar gaji dan banyak syarikat terpaksa menamatkan perniagaan. Akan tetapi dengan adanya sumber teknologi perniagaan Teknoprenur. Teknoprenur mempunyai banyak kelebihan berbanding pesaing yang tidak berasaskan teknologi. Kelebihan ini adalah aset paling besar dalam mengekal dan menstabilkan perniagaan. Justeru, COVID-19 akan memberi ‘kelebihan’ kepada teknoprenur dalam tiga perkara, iaitu peningkatan
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan produk berasaskan sains dan teknologi, penggunaan internet benda (IoT) serta melaksanakan inovasi berasaskan ekonomik ( frugal innovation ). 4. Kesimpulan Secara keseluruhannya, apa yang boleh diperkatakan tentang kesan atas isu-isu semasa seperti penularan wabak pendamik Covid-19 ke atas keusahawanan PKS dan koperasi di negara ini adalah dimana ia boleh memberi kesan negatif dan positif juga. Kesan negatif yang kita boleh lihat adalah seperti berlakunya pembelian panik oleh masyarakat pada perniagaan yang mengakibatkan kehabisan stok barangan, penyebaran berita palsu tentang Covid-19 yang menyebabkan masyarakat dalam komuniti terkena risiko panik yang menjadi huru-hara dan tidak ketentuan. Selain daripada itu, kesan yang teramat besar menurut Bank Dunia adalah dari segi ekonomi negara dimana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan menguncup di antara 0.1 peratus hingga 4.6 peratus tahun ini berikutan kesan buruk yang ditimbulkan wabak COVID-19. Ia juga akan terkesan ke atas pelaburan langsung asing (FDI), komoditi dan pelancongan selain kejutan domestik susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Unjuran ini dilakukan adalah kerana kebanyakan PKS di Malaysia merupakan antara perusahaan yang amat berkaitan dengan rantaian bekalan global. Manakala kesan positif adalah di mana keupayaan prestasi sesebuah perniagaan PKS tidak lagi hanya tertumpu dengan sekadar keuntungan semata-mata. Setiap perniagaan
PKS harus mengambil kira pengalaman servis khidmat pelanggan dan menaik taraf cara operasi harian dalam mendepani ancaman virus COVID-19 masa kini. Negara kita mampu bersatu padu dalam mendepani cabaran yang mendatang akibat wabak COVID-19 ini. Ekonomi Digital boleh memberikan seribu satu peluang yang lebih baik untuk dikongsi bersama. Secara nyatanya antara solusi yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan dan syarikat perniagaan PKS adalah menggunakan Teknologi Digital seperti Produktiviti Dengan Ruang Kerja Digital, Potensi Perniagaan melalui e-Dagang, Pendigitalan Operasi Perniagaan, Senarai Penyedia Penyelesaian Teknologi, Dana untuk Syarikat Awalan ‘Startups’ dan juga Platform Kerjaya dan Kesukarelawan yang boleh diperkenalkan semasa negara sedang dilanda penularan wabak ini. Rujukan l Abdul Aziz Ab Latif, et.al. (2011) Asas Keusaha- wanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan sederhana. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu. l Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 13 issue 4 (117-125) © 2017, ISSN 2180- 2491. l Mohsein Shariff (2020): Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) https://mdec.my/digitalvscovid- perniagaan.
Normal Baharu Rangsang Ekonomi Koperasi Kredit Negara Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
P enularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut menyaksikan perubahan sistem atau cara bekerja bagi kebanyakan individu dan syarikat sama ada dalam sektor kerajaan mahu pun swasta. Jika sebelum ini, pekerja perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas bertahun-tahun lamanya terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar untuk menuju ke pejabat, kini rutin itu mulai berubah apabila pekerja mahu pun majikan mulai bekerja dari rumah sepanjang tempoh ini. Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hampir semua sektor ekonomi negara kembali beroperasi mulai 4 Mei 2020 berupaya merancakkan semula aktiviti ekonomi negara. Langkah berhati-hati pihak Kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan Prosedur Standard Operasi (SOP) ditetapkan ini dilakukan bagi memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran kerana penularan wabak COVID-19 masih merupakan ancaman yang besar kepada negara. Sektor koperasi negara seperti aktiviti Ar-Rahnu dan Koperasi Kredit merupakan antara industri yang perniagaan yang dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, pembukaan operasi tersebut perlu mengikut peraturan dan ketetapan yang digariskan pihak kerajaan. Garis Panduan Pembukaan Semula Ekonomi Aktiviti Ar-Rahnu Dan Koperasi Kredit ini dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sementara SOP adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Garis panduan tersebut melibatkan waktu operasi perniagaan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala waktu kehadiran pelanggan adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Ia melibatkan sejumlah antara 50 hingga70 peratus kapasiti pekerja.
Normal baharu ini merangkumi garis panduan yang ditetapkan meliputi:
1. Mengamalkan langkah-langkah kesihatan a. Penjarakan sosial ( social distancing ) sekurang-kurangnya satu meter, sebaik-baiknya dua meter dalam semua keadaan. b. Memakai pelitup muka ( face mask ) digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu sama ada pekerja atau pun pelanggan. 2. Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi a. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. b. Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan. c. Memastikan pembersihan ( sanitizing ) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang- kurangnya dua kali sehari. 3. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan a. Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan. b. Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenal pasti simptom COVID-19 termasuk pemeriksaan suhu badan. c. Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. d. Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19. e. Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul.
4. Kebersihan Premis a. Proses sanitasi dan pembersihan hendaklah dilaksanakan sebelum dan selepas operasi.
5. Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan a. Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola sepak, dan kelab malam tidak dibenarkan. b. Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan ( contact ) tidak dibenarkan. c. Majlis kenduri-kendara/rumah terbuka/aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Perak
SUMBANGAN JAWATAN ANGKASA NEGERI-NEGERI ANGKASA TE
» Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman (tiga dari kiri) menyampaikan tiga kotak sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang disumbangkan oleh ANGKASA kepada Hospital Teluk Intan. Hadir sama Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd. Rosli Haji Basri (dua dari kiri).
Mela
» Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung turut menerima sumbangan PPE daripada ANGKASA Negeri Perak.
Pahang Zon 1
» Peng dan Ahl menunj petugas
» Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad membekalkan barangan keperluan asas yang disumbangkan menerusi program BA100 kepada wakil 36 buah Koperasi Daerah Hilir Perak untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.
» Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain menyampaikan sumbangan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Negeri Sembilan
» Anggota-anggota RELA turut menerima sumbangan daripada ANGKASA Negeri Pahang Zon 1.
» Haji M
» Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd Latif memberikan sumbangan barangan keperluan asas kepada anggota koperasi.
» Pekerja-pekerja penghantaran Foodpanda Kuala Pilah menerima sumbangan Aildifitri daripada ANGKASA Negeri Sembilan.
Selangor
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sumbangan pek barangan asas keperluan harian menerusi Pr Asas 100 (BA100) kepada wakil Koperasi Warga Barokah PAF Berhad (KOWAKAF).
» Pejabat Sukarelawan Polis Daerah Seremban menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.
» ANGKASA Negeri Sembilan bersama pasukan RELA daerah Jempol yang telah menerima sumbangan Aidilfitri.
» Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff menghulurkan sumbangan kepada wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Terengganu
Pahang Z
Pahang Zon 3
NKUASA PERHUBUNGAN SEPANJANG TEMPOH PKP ERUS CAKNA
aka
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan) mengetuai kunjungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 ke Hospital Kuala Lipis untuk memberikan sumbangan sebanyak 120 pek beras. Hadir sama, Pengerusi ANGKASA Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (enam dari kanan).
» Anggota koperasi turut menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas yang dibekalkan oleh Koperasi Peneroka FELDA Tersang Tiga Berhad dan Koperasi Peserta FELDA Sungai Koyan Dua Berhad.
gerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md. Shah (kanan) li Jawatankuasa ANGKASA Negeri Melaka, Encik Jumat Mat Lani jukkan barangan-barangan keperluan asas yang diberikan kepada s-petugas barisan hadapan.
» Balai Polis Bentong menerima sumbangan 120 pek beras daripada ANGKASA Negeri Pahang Zon 3.
Muslim menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas sekatan jalan raya.
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa menyerahkan sumbangan pek barangan asas keperluan harian menerusi Program Barangan Asas 100 (BA100) kepada wakil Koperasi Wanita Bersaudara Berhad.
menyerahkan rogram Barangan F2K Selangor
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa menyerahkan sumbangan pek barangan asas keperluan harian menerusi Program Barangan Asas 100 (BA100) kepada wakil Koperasi.
» Haji Mansor melakukan simbolik penyerahan sumbangan keperluan barangan asas sebanyak 100 pek dan 100 kit keselamatan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Yusri Othman.
Zon 2
Wilayah Persekutuan
» Timbalan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli menyampaikan sumbangan kepada pengawal keselamatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
» ANGKASA Wilayah Persekutuan telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas kepada pelajar- pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, ibu tunggal, asnaf, fakir miskin dan tidak dilupakan petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.
Pulau Pinang
Sarawak
» ANGKASA Negeri Sarawak juga menghulurkan sumbangan berupa 300 pek beras kepada beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di sekitar Kuching untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
» Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin menerima sumbangan pelitup muka ( face mask ) daripada wakil Malaysian Relief Agency.
» Pengerusi ANGKASA Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kedah
» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) kepada wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, Kedah.
» Dr. Haji Mohd Azlan menyampaikan sumbangan makanan berbuka puasa kepada petugas pembersihan di Hospital Sultanah Bahiyah.
Perlis
» Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh menyampaikan sumbangan makanan berbuka puasa kepada pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
» Anggota koperasi menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh.
Kelantan
» Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada orang awam yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
» ANGKASA Negeri Kelantan menyumbang sebanyak 350 bungkus makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Sumbangan telah diterima sendiri oleh Pengarah HRPZ II, Dato’ Dr. Hajah Selasawati Haji Ghazali (empat dari kanan).
Johor
» Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid menyampaikan sumbangan sebanyak 20 kit barangan keperluan asas kepada Presiden Persatuan Orang Pekak Johor, Encik Mohd Yazid Bain.
» 20 kit barangan keperluan asas dibekalkan oleh Koperasi Pelabuhan Johor Berhad melalui kedai imCoop.
» Petugas Klinik Kesihatan Nibong Tebal menerima sumbangan barangan keperluan asas yang disampaikan oleh Haji Mohd Jamil Othman.
Sabah
» Golongan asnaf dan ibu tunggal di Labuan turut menerima sumbangan daripada ANGKASA Negeri Sabah.
» Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh memberikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
» Haji Sahimi memberi cecair pembasmi kuman ( hand sanitizer ) kepada orang awam di Pasar Besar Sena, Kangar.
» ANGKASA Negeri Perlis yang diketuai Pengerusinya, Haji Sahimi Shari menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada anggota-anggota polis dan RELA.
ANGKASA 12
ANGKASA Hargai Khidmat Bakti Pasukan Bomba
Oleh : MOHD FARID AZMI
M ajlis Kerjasama ANGKASA dengan SINAR HARIAN untuk Program Moreh 1 Meter Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah berlangsung pada sebelah malam di Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam. Kehadiran Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah » Dato’ Abdul Fattah menyampaikan sumbangan pek BA100 kepada anggota bomba dan penyelamat yang diterima oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba, Tuan Wan Md Razali bin Wan Ismail.
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail turut menyampaikan sumbangan kepada wakil anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15, Shah Alam.
» Bergambar kenangan di ruang operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam.
diraikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Tuan Wan Md Razali bin Wan Ismail dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Dato’ Baharom Mahusin. Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota barisan hadapan khususnya pasukan bomba yang sentiasa cakna dan
bersedia 24 jam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat walaupun pada saat negara sedang dilanda musibah COVID-19. Pada majlis tersebut. ANGKASA telah menyumbang sebanyak 100 pek produk Barangan Asas 100 (BA100) kepada anggota Bomba dan Penyelamat.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Alamat : C-504, Blok C, Glomac Business Centre Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Maklumat Perhubungan
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
13 KOPERASI Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad Satu Hati Penting Lestarikan Kejayaan
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
B erbeza dengan apa yang dihadapi pemimpin koperasi lain, penularan wabak Covid ternyata membuatkan anggota Koperasi Peserta- Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad yang diterajui Pengerusinya, Encik Jumat Mat Lani berasa syukur, apabila sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), produk koperasi laris dijual. Sepanjang tempoh tersebut juga, koperasi telah memberi peluang pekerjaan baharu kepada 18 penduduk tempatan dan secara tidak langsung, berjaya menarik golongan belia untuk menceburi bidang pertanian. Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1991 berperanan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi peserta FELCRA di Projek Gugusan Sri Mendapat. Pada permulaan penubuhan koperasi, seramai 212 orang peserta FELCRA yang terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Kampung Jerimbun, Kampung Paya Rambut, Kampung Lanchang, Kampung Paya Jenuang, Kampung Sri Mendapat dan Kampung Bukit Kepok mula menyertai koperasi dengan menjalankan aktiviti berasaskan pertanian dan perkhidmatan.
Koperasi juga bertanggungjawab membantu FELCRA menguruskan pelaksanaan kerja-kerja memelihara kawasan tanaman (MKT) pengangkutan Buah Tandan Segar dan kerja-kerja dalam ladang koperasi. Selain menjaga ladang sawit seluas 230 hektar, koperasi juga turut memberi fokus kepada kerja-kerja MKT dan penuaian serta penjualan BTS. Namun pada awal tahun 2016, pihak FELCRA melaksanakan Program Tanam Semula di semua tapak projek. Kedudukan kewangan koperasi pada ketika itu yang agak meruncing membuatkan koperasi berubah hala tuju ke bidang lain yang lebih stabil. Pada April 2016, koperasi berjaya menyewa tanah milik Kerajaan Persekutuan seluas 19 ekar di Mukim Serkam di Jasin selama tiga tahun. Keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) memutuskan supaya tanah tersebut ditanam dengan nanas MD2. Satu kertas kerja telah dibuat melibatkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan yang membantu melaksanakan perancangan tersebut. Akhirnya, koperasi telah berjaya dilantik untuk melaksanakan program penanaman nanas MD2 secara komersial. Pihak koperasi juga telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan beberapa pihak yang
berhasrat membeli hasil ladang koperasi. Jualan nanas juga mendapat sambutan menggalakkan di pasaran dan pada masa yang sama koperasi dapat membantu pekebun-pekebun kecil sekitar untuk memasarkan nanas mereka. Koperasi juga turut menanam betik “satu kaki” sebanyak 2,000 pokok di Mukim Semujuk. Tanaman pokok betik itu diselang dengan pokok pisang. Pihak koperasi juga menerima geran RM15,000 daripada ANGKASA Pusat untuk projek tanaman cili fertigasi yang menghasilkan sebanyak 1,000 buah polibeg. Pihak koperasi juga menambah 1,000 buah polibeg lagi supaya projek tersebut bertambah maju. Hingga kini, koperasi menanam dua pusingan cili kulai dan masih lagi mengeluarkan hasil. Semua hasil cili itu dijual ke pusat pengumpulan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat. Penularan wabak Covid-19 itu juga membuka minda ALK untuk lebih proaktif dengan membuka gerai menjual hasil pertanian di tepi jalan selepas mendapat kebenaran Majlis Tempatan apabila peraih tidak membeli hasil ladang akibat PKP. Pembukaan gerai itu berjaya mengatasi masalah lambakan hasil ladang seperti betik, nanas, cili dan pisang. Koperasi juga banyak membantu petani- petani dengan menjual hasil ladang mereka. Satu lagi projek besar koperasi adalah ladang tembikai yang giat diusahakan di kawasan seluas 40 ekar. Selepas tamat tempoh PKP, koperasi akan memasuki sektor pembuatan produk berasaskan. Koperasi telah membeli mesin kisar dan perahan nanas dan berhasrat untuk menghasilkan jus nanas MD2. Koperasi telah membuat kajian terhadap jus nanas dan ia mampu bertahan segar sehingga tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk beku. Encik Jumat berharap petani akan dapat meneruskan projek tanaman nanas supaya bekalan sentiasa mencukupi. Paling penting katanya, ALK perlu sentiasa bersatu hati dalam menjalankan amanah dan melaksanakan program yang dirancang. Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad No. 1, Gerai Makan,
» Sejumlah 2,000 pokok betik jenis betik satu kaki telah ditanam di Lot 905, Mukim Merlimau, Melaka.
» Sebanyak 2,000 polibeg cili fertigasi telah ditanam dan menghasilkan enam matrik tan hingga kini.
Medan Selera Bukit Kepok, 77300 Merlimau, Melaka. E-mel : kprsm@gmail.com Tel. : 06-263 1803
» Pokok tanaman tembikai di Lot 2439, Mukim Semujuk.
» Jualan nanas MD2 di gerai buah-buahan koperasi.
14 ANGKASA NIAGA
Ke Arah Memperkasa Perniagaan Koperasi Taklimat BA100 Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
S atu taklimat BA100 telah diadakan pada 31 Mei lalu melalui aplikasi Zoom antara Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor dengan 55 peserta daripada 34 buah koperasi. Objektif taklimat adalah untuk memperkenalkan Program Barangan Asas 100 (BA100) kepada koperasi-koperasi di negeri tersebut. Koperasi yang terlibat adalah yang mempunyai kedai runcit dan anggota yang mempunyai kedai runcit. Antara panel yang terlibat dalam taklimat itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh; Pengurus Besar Sektor Peruncitan dan Pemborongan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Pengurus BA100 ANGKASA, Encik Husnaidy Ibrahim. Taklimat tersebut turut memberi pendedahan tentang proses atau cara menempah barangan jualan daripada produk tertentu seperti Nestle, Adabi, Faiza dan lain-lain untuk kedai, selain menunjukkan cara mengisi tempahan belian (PO). Peserta juga turut diperkenalkan dengan laman web Jimat biz untuk para peruncit mendapatkan penerangan secara lebih jelas mengenai kelebihan perniagaan tersebut dan manfaat yang boleh diperoleh. Unit BA100 akan membantu koperasi mendaftar dan pembelian daripada koperasi melalui sistem jimatbiz dan jimatshop. Selepas sahaja zoom kursus, beberapa buah koperasi telah memberikan sambutan apabila terus membuat tempahan melalui sistem Jimat Biz. Koperasi juga boleh memohon untuk menyertai taklimat BA100 secara zoom meeting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan menghubungi:
Pengurus BA100 ANGKASA Encik Husnaidy Ibrahim Tel. : 011-1670 0011 / 011-2200 0055 E-mel : husnaidyibrahim.angkasa@gmail.com
PROJEK BARANGAN ASAS (BA100) Dilaksana di Peringkat Nasional (NACCOL) untuk rantaian koperasi sebagai pemacu pengurangan kos sara hidup rakyat melalui aktiviti pemborongan/peruncitan.
Prospek Perniagaan Baharu Koperasi Di Bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA
PROJEK INDUSTRI JAGUNG BIJIAN NEGARA (AJB 100) Bank tanah koperasi dalam penanaman & penghasilan ANGKASA Jagung Bijian (AJB100).
PROJEK PERNIAGAAN COOP FARMASI (PHARMAWELLNESS) Gerakan Koperasi menceburi industri farmaseutikal & kesihatan melalui jaringan Coop Farmasi & Coop Wellness.
ANGKASA Menawarkan Projek Perniagaan Baharu Yang Berdaya Saing Untuk Gerakan Koperasi Bagi Merealisasikan Hasrat Koperasi Sebagai ‘Third Driving Force of Economy’
COOP UMRAH Koperasi sebagai Ejen Penyatuan Umrah di bawah jaringan Coop Umrah.
Selaras Dengan Aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).
Sebarang pertanyaan sila hubungi: BAHAGIAN ANGKASA NIAGA 03-7800 8128 / 6012-3492427 E-mel: angkasaniaga.angkasa@gmail.com ENCIK CHE MAHALIM CHE HASHIM Pengurus ANGKASA Niaga
Koperasi Dipelawa Untuk Menyertai Projek Perniagaan Baharu Bersama ANGKASA.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease