13 KOPERASI Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad Satu Hati Penting Lestarikan Kejayaan
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
B erbeza dengan apa yang dihadapi pemimpin koperasi lain, penularan wabak Covid ternyata membuatkan anggota Koperasi Peserta- Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad yang diterajui Pengerusinya, Encik Jumat Mat Lani berasa syukur, apabila sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), produk koperasi laris dijual. Sepanjang tempoh tersebut juga, koperasi telah memberi peluang pekerjaan baharu kepada 18 penduduk tempatan dan secara tidak langsung, berjaya menarik golongan belia untuk menceburi bidang pertanian. Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1991 berperanan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi peserta FELCRA di Projek Gugusan Sri Mendapat. Pada permulaan penubuhan koperasi, seramai 212 orang peserta FELCRA yang terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Kampung Jerimbun, Kampung Paya Rambut, Kampung Lanchang, Kampung Paya Jenuang, Kampung Sri Mendapat dan Kampung Bukit Kepok mula menyertai koperasi dengan menjalankan aktiviti berasaskan pertanian dan perkhidmatan.
Koperasi juga bertanggungjawab membantu FELCRA menguruskan pelaksanaan kerja-kerja memelihara kawasan tanaman (MKT) pengangkutan Buah Tandan Segar dan kerja-kerja dalam ladang koperasi. Selain menjaga ladang sawit seluas 230 hektar, koperasi juga turut memberi fokus kepada kerja-kerja MKT dan penuaian serta penjualan BTS. Namun pada awal tahun 2016, pihak FELCRA melaksanakan Program Tanam Semula di semua tapak projek. Kedudukan kewangan koperasi pada ketika itu yang agak meruncing membuatkan koperasi berubah hala tuju ke bidang lain yang lebih stabil. Pada April 2016, koperasi berjaya menyewa tanah milik Kerajaan Persekutuan seluas 19 ekar di Mukim Serkam di Jasin selama tiga tahun. Keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) memutuskan supaya tanah tersebut ditanam dengan nanas MD2. Satu kertas kerja telah dibuat melibatkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan yang membantu melaksanakan perancangan tersebut. Akhirnya, koperasi telah berjaya dilantik untuk melaksanakan program penanaman nanas MD2 secara komersial. Pihak koperasi juga telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan beberapa pihak yang
berhasrat membeli hasil ladang koperasi. Jualan nanas juga mendapat sambutan menggalakkan di pasaran dan pada masa yang sama koperasi dapat membantu pekebun-pekebun kecil sekitar untuk memasarkan nanas mereka. Koperasi juga turut menanam betik “satu kaki” sebanyak 2,000 pokok di Mukim Semujuk. Tanaman pokok betik itu diselang dengan pokok pisang. Pihak koperasi juga menerima geran RM15,000 daripada ANGKASA Pusat untuk projek tanaman cili fertigasi yang menghasilkan sebanyak 1,000 buah polibeg. Pihak koperasi juga menambah 1,000 buah polibeg lagi supaya projek tersebut bertambah maju. Hingga kini, koperasi menanam dua pusingan cili kulai dan masih lagi mengeluarkan hasil. Semua hasil cili itu dijual ke pusat pengumpulan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat. Penularan wabak Covid-19 itu juga membuka minda ALK untuk lebih proaktif dengan membuka gerai menjual hasil pertanian di tepi jalan selepas mendapat kebenaran Majlis Tempatan apabila peraih tidak membeli hasil ladang akibat PKP. Pembukaan gerai itu berjaya mengatasi masalah lambakan hasil ladang seperti betik, nanas, cili dan pisang. Koperasi juga banyak membantu petani- petani dengan menjual hasil ladang mereka. Satu lagi projek besar koperasi adalah ladang tembikai yang giat diusahakan di kawasan seluas 40 ekar. Selepas tamat tempoh PKP, koperasi akan memasuki sektor pembuatan produk berasaskan. Koperasi telah membeli mesin kisar dan perahan nanas dan berhasrat untuk menghasilkan jus nanas MD2. Koperasi telah membuat kajian terhadap jus nanas dan ia mampu bertahan segar sehingga tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk beku. Encik Jumat berharap petani akan dapat meneruskan projek tanaman nanas supaya bekalan sentiasa mencukupi. Paling penting katanya, ALK perlu sentiasa bersatu hati dalam menjalankan amanah dan melaksanakan program yang dirancang. Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sri Mendapat Melaka Berhad No. 1, Gerai Makan,
» Sejumlah 2,000 pokok betik jenis betik satu kaki telah ditanam di Lot 905, Mukim Merlimau, Melaka.
» Sebanyak 2,000 polibeg cili fertigasi telah ditanam dan menghasilkan enam matrik tan hingga kini.
Medan Selera Bukit Kepok, 77300 Merlimau, Melaka. E-mel : kprsm@gmail.com Tel. : 06-263 1803
» Pokok tanaman tembikai di Lot 2439, Mukim Semujuk.
» Jualan nanas MD2 di gerai buah-buahan koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease