WADAH PELANCAR EDISI JUN 2020

14 ANGKASA NIAGA

Ke Arah Memperkasa Perniagaan Koperasi Taklimat BA100 Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

S atu taklimat BA100 telah diadakan pada 31 Mei lalu melalui aplikasi Zoom antara Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor dengan 55 peserta daripada 34 buah koperasi. Objektif taklimat adalah untuk memperkenalkan Program Barangan Asas 100 (BA100) kepada koperasi-koperasi di negeri tersebut. Koperasi yang terlibat adalah yang mempunyai kedai runcit dan anggota yang mempunyai kedai runcit. Antara panel yang terlibat dalam taklimat itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh; Pengurus Besar Sektor Peruncitan dan Pemborongan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Pengurus BA100 ANGKASA, Encik Husnaidy Ibrahim. Taklimat tersebut turut memberi pendedahan tentang proses atau cara menempah barangan jualan daripada produk tertentu seperti Nestle, Adabi, Faiza dan lain-lain untuk kedai, selain menunjukkan cara mengisi tempahan belian (PO). Peserta juga turut diperkenalkan dengan laman web Jimat biz untuk para peruncit mendapatkan penerangan secara lebih jelas mengenai kelebihan perniagaan tersebut dan manfaat yang boleh diperoleh. Unit BA100 akan membantu koperasi mendaftar dan pembelian daripada koperasi melalui sistem jimatbiz dan jimatshop. Selepas sahaja zoom kursus, beberapa buah koperasi telah memberikan sambutan apabila terus membuat tempahan melalui sistem Jimat Biz. Koperasi juga boleh memohon untuk menyertai taklimat BA100 secara zoom meeting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan menghubungi:

Pengurus BA100 ANGKASA Encik Husnaidy Ibrahim Tel. : 011-1670 0011 / 011-2200 0055 E-mel : husnaidyibrahim.angkasa@gmail.com

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease