3
ANGKASA
“Kerajaan telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh premis yang akan membuka semula perniagaan mereka dalam tempoh PKP, PKPB dan PKPP. Dalam hal ini, MEDAC telah membangunkan SOP bagi pengoperasian premis Ar-Rahnu dan Koperasi Kredit untuk memastikan aktiviti perniagaan koperasi dapat terus dilaksana dan membantu menjana pendapatan. “Fokus utama MEDAC menerusi Pelan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi ini adalah bagi memastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil dalam jangka masa setahun. Selain itu, dapat membantu sektor koperasi menampung kerugian kelewatan perbelanjaan pengguna yang menyebabkan penurunan permintaan dan
perbelanjaan tempatan semasa PKP, PKPB dan PKPP. Beliau berkata, MEDAC menjangkakan menerusi pelan ini, ia dapat membantu memulihkan aktiviti perniagaan koperasi dalam tempoh jangka pendek dan seterusnya dapat merancakkan semula ekonomi negara mengucup akibat pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP,” katanya. Dr. Hajah Salmah berkata, susulan kepada
langkah Kerajaan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi” yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 5 Jun 2020 lalu, MEDAC sedang meneliti senarai bantuan yang bersesuaian untuk mempergiatkan proses pemulihan ekonomi PKS termasuk koperasi bagi menjana semula ekonomi negara. Pelbagai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dan Kementerian khususnya, diharap dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi untuk memulihkan semula perniagaan terjejas mengikut normal baharu ke arah merancakkan ekonomi negara.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease